Saturday, December 26, 2009

Last Day

Gua ingat kejap lagi gua dah nak siap-siap kemas gua punya barang kat opis.Lepas kemas-kemas barang,gua ingat nak terus gerak pegi department mane yang patut pastu mintak cop diorang.Keje kat sini pun ada buat clearence ke.Gua ingat masa gua study kat ITM je ada buat clearence bila lu nak blah atau pun lu dah grad.

Tapi takpe.Semua benda tu gua akan buat jugak.Gua tak nak nama gua di black listkan kat company ni.Mana tau satu ari nanti gua nak kerja semula kat company ni tapi untuk position lain.

p/s : terima kasih untuk semua yang pernah berada di sekeliling gua selama mana gua berada kat sini.Kalau lu orang macam ada rasa rindu kat gua,tutup mata,sebut nama gua 3 kali.Insyaallah akan terubat rasa rindu tu.Hehehehe.

Wednesday, December 16, 2009

Ni baru true...

Gua tengok budak ni.Gua tersengih sorang-sorang.Hehehe.



Gua tak tau sama ada budak ni main pakai hembus atau by heart.Tapi gua suka.Gua dah ulang banyak kali dah tengok budak ni.Mungkin sebab dia kiut macam sorang brader ni cakap.Try klik sini.

Tuesday, December 15, 2009

Headbangers mesti tengok cerita ni....

Malam tadi gua lepak kat rumah sambil layan satu cerita.Apa ceritanya...GLOBAL METAL!!!


Gua bagi lu orang sinopsis sikit pasal cerita ni.Brader yang kat dalam gambar ni merantau ke beberapa negara untuk mengkaji bagaimana muzik Metal masuk ke negara tu.Pengembaraan mamat ni di mulakan di Brazil,tempat kelahiran band Sepultura. Kemudian ke Jepun,India,China,Indonesia dan Israel.

Antara band yang di interview,Sepultura,Metallica,Iron Maiden,Siksa Kubur dan beberapa lagi band.Scene Metal memang semakin berkembang.DI SELURUH DUNIA.Untuk budak-budak yang kononnya melabelkan diri diorang Underground,lu memang tak true kalau lu tak tengok cerita ni.

Jadi...lu layan la video-video kat bawah ni.









Amacam?Gua dah rasa nak headbanging sampai tercabut kepala ni...

p/s : kepada oraganizer-organizer kat Malaysia,bila lu nak buat gig Metal ala-ala macam Rock The World.Walaupun gua bukan Metallers,tapi kalau ada gig Metal yang besar,gua rasa gua konpem pergi.

Monday, December 14, 2009

Whatever happened there,stay there....

Misi gua kali ni berjaya!!Hasrat gua untuk pergi jalan-jalan naik lori tercapai.Terima kasih kepada 2 orang ni yang banyak membantu.




Tapi gua nak bagi tau satu benda kat lu orang,Pontian,Benut memang banyak road block.




Semalam merupakan hari gua yang penuh,sendat,padat dan agak memenatkan.Tapi agak seronok sebab banyak benda yang gua buat semalam.

Saturday, December 12, 2009

Lagi satu entri,cukup 100 entri yang telah di postkan kat blog ni...

Gua ingat besok gua nak pergi jalan-jalan.Tapi kali ni punya jalan-jalan gua ingat gua nak naik lori.Lori dah deal,tinggal tunggu driver konpem je.Sebab gua tak pernah pergi mana-mana naik lori.Kali ni gua mesti naik lori dan pergi sejauh yang boleh.Tak kira sampai mana pun.Sebab gua dah malas nak hidup kat muka bumi ni.

Gua mengaharap sangat yang driver lori tu on.Gua dah malas nak cari lori lain la,brader.Susah nak sewa lori yang harga boleh sikit lebih kurang.

p/s : Doa-doakan gua supaya hari esok akan menjadi lebih indah dari hari-hari sebelumnya.

Thursday, December 10, 2009

Ulasan

Terus terang gua cakap dengan lu,kalau gua dengar lagu mesti ada satu lagu rock dalam playlist gua.Yeah, rock.Sebab lu takkan jadi rockers kalau lu tak dengar lagu rock.Gua rockers.Jadi,semalam gua dengar lagu tapi takde satu lagu rock pun dalam playlist gua.What the fuck!!Tapi gua bukannya nak cerita pasal fundamental of rock.Cuma gua nak ulas pasal lagu Taylor Swift yang gua dengar semalam.

List:
1) Love Story
2) Crazier
3) Our Song
4) You Belong With Me
5) A Place In This World

Keseluruhan,lagu-lagu minah ni memang senang di dengar(easy-listening),catchy,sedikit sentuhan country,sikit folk.Jadi daripada 5 bintang,aku akan bagi 4 bintang.Memang tak rugi bila gua buang masa dengar lagu minah ni.

p/s : dalam pada gua dengar lagu Taylor Swift,gua cuba-cuba try nak sing-along lagu dari brader-brader ni.Lagi-lagi time dia tengah nyanyi stail ala-ala rapping.



Lu orang ni gua rasa mcam dah takde benda lain nak tulis dalam lirik.Dadah,dadah,dadah.Tapi takpe,gua suka.It's still sex,drug and rock n roll(walaupun band lu orang band pop rock).

Wednesday, December 9, 2009

Coba

Gua ingat hari ni gua nak try layan lagu Tylor Swift yang semalam gua baru download.Mungkin gua akan layan beberapa lagu sebab gua download pun 5 lagu je.


Gua tertanya-tanya,lagu minah ni sedap ke??Sebab gua rasa macam dia dapat banyak pencalonan kat satu majlis anugerah yang gua sendiri dah lupa nama dia.Tu yang membuatkan gua tertanya-tanya sama ada suara dia betul-betul sedap atau lu orang saja reka-reka cerita.

Monday, December 7, 2009

Sambungan Kisah Dewi Cinta

Dewi Cinta dengan selamba cakap,"Cari la sendiri,buat apa lu nak bagitau kat gua plak".Hati Kecil gua bersahut girang dengan mengatakan "Hooraayyyy".Perjalanan kisah adventure gua masih diteruskan.Mungkin gua akan bertemu yang lagi baik dari Dewi Cinta,mungkin.

"Gua takut lu terasa."balas gua.

"Nak terasa apa?"Tanya Dewi Cinta.

"Manalah tau..."gua saja buat ayat tergantung.

"Please."balas Dewi Cinta dengan muka kerek.

"Tapi lu kena ingat,gua akan sayang lu sampai bila-bila walaupun gua dah ada yang baru."kata gua macam Mat Jiwang yang pakai baju Hawaii sambil ucap kata-kata cinta kepada kekasih hati-nya.

"Siapa lah yang rugi sangat dapat lu ek??"kata Dewi Cinta yang mempunyai tahap gurauan yanh agak tinggi.

"Lu nak gua baca waiting list ni ke?"sambil menunjukkan list-list nama yang ada kat tangan gua.

"Sebut nama-nama tu..."minta Dewi Cinta.

"Semua??"jawab gua

"A'ah"dengan pantas Dewi Cinta kembali menyerang.

"Niss,Maggy,Shelby,Danisha,Eleanor...."baru sebut empat nama Dewi Cinta dah suruh stop.

"Good luck" kata Dewi Cinta sambil berlalu meninggalkan gua keseorangan.

"Cilakak.Lu tinggalkan gua ea..Takpe,lain kali lu tahulah."bisik Hati Kecil gua.

Satu perkataan satu hari

Hari ni gua terpikir pasal satu perkataan.Perkataan ni selalu gua pakai.Gua rasa pun lu orang selalu pakai gak.Lu tau apa perkataan dia....

GILA BABI

Jadi dengan keadaan gua yang takde kerja ni,gua pergi meng-google-kan perkataan ni kat...mana lagi kalau bukan google!!Bingai!!

Lu tau apa gua jumpe....


Lepas tu gua jumpe ni...


Yang paling tak boleh handle,yang ni...



"Amacam??Ensem tak gua??" kata Mr.HANSHEM GILA BABI.

Amaran : Gambar-gambar ini akan lu jumpa bila lu guna google search image sahaja.Titik.

p/s : Gua dah cakap dengan Dewi Cinta yang gua kena ada teman bukannya teman tapi mesra.Dewi Cinta dengan selamba cakap,"Cari la sendiri,buat apa lu nak bagitau kat gua plak".Hati Kecil gua bersahut girang dengan mengatakan "Hooraayyyy".Perjalanan kisah adventure gua masih diteruskan.Mungkin gua akan bertemu yang lagi baik dari Dewi Cinta,mungkin.Bersambung....

Wednesday, December 2, 2009

Let's sing along...

Tahun 2009 dah nak sampai penghujung.Tapi....

Flashback(menggunakan mesin masa kembali ke era Rock n Roll),



Axl Rose :
man, don't tell me about love and peace
when one of the Joneses have a handgun
pointed at me
don't tell me to just say no
i'm an addict, i say don't let me go
whatever happened to sex drugs n' rock n' roll?
now we just have AIDS crack and techno


Amacam?Gua dah tak boleh nak kata apa lagi.Lu orang??

Thursday, November 26, 2009

when you walk...through the storm...

Gua pun tak tau kenapa tiba-tiba lagu anthem Liverpool ni terngiang-ngiang kat telinga gua.Tapi,gua bukan kipas-susah-mati Liverpool.Tu yang gua pelik.Mungkin lagu ni antara lagu anthem bola yang sedap atau gua sebenarnya teringat kat cerita Formula 51??



Tapi sebenarnya,masa gua bukak blog sokernet gua ada jumpe benda ni..Lu layan je la.


Bila lu orang tengok dua gambar kat atas ni,apa lu pikir?Cuba lu bayangkan Fara Benitez pakai baju macam ni masa ada kat tepi padang sambil marah-marah kat Lucas dan apa benda yang Gerrard buat kat atas padang tu??


Untuk brader-brader yang sokong Liverpool,gua takde niat pun nak menghina team lu orang. Cuma gua tengok gambar-gambar kat atas ni gua rase macam nak tergelak sambil guling-guling atas lantai sambil nyanyi lagu anthem Liverpool.When you walk through the storm,hold your heads,up high...

p/s : Gua dah malas nak cerita pasal Dewi Cinta.Mungkin ini adalah penghujung kepada kisah gua dengan Dewi Cinta.Tapi pengakhiran yang macam ni,tak best langsung...

Monday, November 23, 2009

Semua buat hal sendiri...

Dekat seminggu rupanya gua tak update blog.Bukan pasal gua sibuk ke apa.Cuma kepala gua macam malas nak pikir.Malas nak pikir apa yang nak tulis kat blog ni.Sudahnya,seminggu lebih blog ni terabai.Tapi takpe.Gua sudah kembali atau cakap orang jawe,I'm back.

Takde banyak benda yang gua buat dalam seminggu ni.Perkara rutin.Itu semestinya.Malam minggu aritu,gua didatangi oleh pesakit-pesakit dari Unit Integrasi Tahanan Mental untuk membawa mereka pergi mancing.Gua pun ikut sekali.Lokasi mancing,Kg Pasir Putih,Pasir Gudang,Johor.

Kalau tak salah gua,ni kali kedua diorang datang sini.Kali pertama,memang menghampakan.Kali ni,nasib baik ada jugak ikan yang naik.Sebab gua bawak diorang mancing kat kelong.Sebenarnya gua ikut diorang pun bukannya nak mancing sangat.Cuma nak tenangkan kepala otak gua yang gua rase berselirat macam kabel elektrik yang tak di atur dengan kemas.

Otak gua sekarang pun dah tak serabut.Tu yang gua boleh update blog.Sesi memancing start pukul 2 pagi sampai lepas Subuh.Bagi gua,ni trip mancing yang biasa-biasa je,sebab ikan pun takde lah banyak sangat dan takde lah besau-besau.Janji mancing.

p/s : Gua pun dah lama tak berbual dengan Dewi Cinta sebab gua rasa malas nak cakap dengan dia.Gua ingat minggu ni gua tak nak pikir apa-apa.Gua tak nak pikir pasal hidup,gua tak nak pikir pasal masa depan gua,gua tak nak pikir pasal Dewi Cinta dan gua tak nak pikir tentang segala-galanya.

Friday, November 13, 2009

Let it happen...

Aku akan tinggalkan semuanya.Tinggalkan dibelakang dan terus mara kehadapan.Tapi aku perlukan seseorang yang boleh buat aku tersenyum untuk menempuhi hari-hari yang men-datang dan penuh dengan liku-liku hidup.Liku-liku hiduplah yang akan mewarnai kehidupan aku.

"Gembira,sedih,suka,duka,tu semua biasa..mana ada orang yang hidup dia gembira je.Mesti ada sedih jugak."kata Dewi Cinta yang muncul entah dari mana.

"Memang la..Tapi kau apa tau..kau bukan aku..dan aku bukan kau..jadi,mungkin kau tak paham diri aku."aku bagitau kat Dewi Cinta.

"Macam mana aku nak paham kau kalau kau sendiri tak nak kongsi kisah hidup kau dengan orang lain."Dewi Cinta balas balik kata-kata aku.

"Nak kongsi kisah hidup aku dengan siapa?Bagitau aku?"tanya aku dengan sedikit nada marah,tapi tak marah pun sebenarnya.

"Dengan aku,mungkin."Kata Dewi Cinta ringkas.

"Kenapa nak kongsi kisah hidup aku dengan kau..Kau bukan sesiapa pun dalam hidup aku."ayat yang keluar dari mulut aku.

"Mungkin aku boleh jadi sebahagian dari hidup kau...mungkin..."balas Dewi Cinta.

"Haha...mungkin.Mungkin aku akan kongsi kisah hidup aku dengan kau,dan mungkin juga tidak."aku balas balik.

"Terpulang pada kau.Tapi macam mana pun aku tetap sedia untuk mendengar kisah hidup kau."kata Dewi Cinta yang bunyinya seakan-akan merajuk lalu Dewi Cinta berlalu pergi meninggalkan aku lagi.

p/s : Gua rasa gua dah boleh bikin ayat macam mana Ahadiat Akasha bikin ayat.Tapi gua rasa,ayat gua lagi power dari ayat dia.Perasan??Memang gua perasan.Sebab gua manusia yang ada perasaan.

Monday, November 9, 2009

Masalah ni!!!


Pertama kali gua tulis blog menggunakan bahasa lu-gua-lu-gua.Titik.

"I can't remember shit"

Gua dah lama ada masalah ni.Masalah apa??Masalah mudah lupa.Gua bukan melayu mudah lupa.Cuma gua nak cakap yang sekarang ni gua senang nak lupa benda-benda yang dah lepas atau mungkin benda yang dah lama berlaku.Cuma untuk ingat balik benda-benda tu semua,gua kena rilek,ingat balik benda yang gua dah lupa.

Masa gua kerja kat kedai makan tak lama dulu,ada sorang awek ni tengok-tengok gua macam nak mengorat gua.Tapi gua buat-buat rilek.Dalam hati gua,mungkin awek ni tengok orang lain kot.Sampai masa gua nak hantar makanan kat meja awek ni,dia start tegur gua.

"Lu ni mat top kan?"tanya awek tu.

"A'ah..."gua jawab selamba.

"Ingat gua tak?"awek ni macam ragu-ragu dengan gua.

"Ishhh...jap-jap...gua kasi ingat jap."gua bagitau kat dia.

"Owh...lu yang selalu dengan Fatihah kan..."sambung gua.

Perbualan kat atas ni menunjukkan yang memory gua memang dah tak berapa nak elok.Jadi bagi kawan-kawan gua,gua nak cakap satu benda je,lu orang bukan berada kat dalam otak gua.Jadi gua tak payah susah-susah nak ingat kat lu orang.Sebab lu orang sentiasa ada kat hati gua.Cewah.Tapi itu lah reality dude.Sebab memory card dalam otak gua memang dah penuh-sendat-padat dengan macam-macam benda lain.Tapi gua tak tau yang gua ni sebenarnya ada masalah short-term memory lost atau long-term memory lost.Jadi doakan gua sihat-sihat selalu.

p/s : Aku cakap kat Dewi Cinta yang aku ni senang lupa.Tapi dia jawab balik senang je,"Janji tak lupa aku dah la."Aku cakap lagi,"macam mana kalau aku lupa kat kau?".Dengan selamba badak Dewi Cinta jawab,"Berani ar lupa kat aku,aku amek clorox,cuci habis otak kau,baru kau tau."Aku diam seribu bahasa.

Monday, November 2, 2009

Permulaan yang di tunggu-tunggu...

Aku dah tak sabar nak tunggu sampai 4 November 2009,jatuh kat hari Rabu.Tarikh ni bukan tarikh aku bertunang,lagi pulak kahwin.Itu jauh daripada perancangan bulan ni.Tapi tetap,aku tak sabar nak tunggu hari Rabu.



Aku rasa dah menang walaupun plan aku belum direalisasikan dalam bentuk fizikal.Yang ada sekarang ni cuma bentuk idea,tapi aku tetap rasa menang.Aku teringat masa zaman sekolah dulu,tu yang aku letak video ni.

Kalau betul la apa yang aku plan ni menjadi,mungkinkah aku akan jadi engineer,kontraktor,inspektor polis yang paling korup atau ahli perniagaan paling lihai??Buat masa ni takde siapa pun yang tahu.Hanya Tuhan saja yang tahu kerana Dia yang mencipta hidupan di muka bumi ini.Kalau dilihat dari skop perfileman,seperti cerita-cerita box office yang lain,Tuhan adalah direktornya dan kita adalah pelakon untuk cerita kita sendiri.

p/s : Aku dah luahkan isi hati aku pada Dewi Cinta.Tapi tak luahkan habis cuma bunga-bunga je.Tak tahulah kalau Dewi Cinta ni boleh pikir ke tak apa yang aku cakap dengan dia.Sebab dia buat-buat rilek je.Aku tak tahu sama ada dia punya perasaan yang sama atau tak.Tapi aku tak kisah.Sebab aku dah bersedia untuk hilang sesuatu.Sepertimana kata-kata ini,"Untuk dapatkan sesuatu,kita kena hilang sesuatu".Munkin ini boleh diguna pakai.

Saturday, October 31, 2009

...but somewhere along the line,you change...

Malam tadi tengah aku syok lepak-lepak kat satu bundle kat Pasir Gudang,datang seorang brader.Aku tengok brader ni rilek je.Brader ni senyum kat aku,aku balas balik senyuman brader tu.Aku meneruskan aktiviti aku,hisap rokok.

Habis sebatang je rokok,aku terus naik.Mula-mula aku usha tingkat bawah.Tengok-tengok baju.Tengok-tengok seluar.Maklumlah orang takde duit.Mana mampu pergi butik-butik yang kat Jusco Tebrau mahupun kat City Square.Aku dah aim beberapa helai baju yang tergantung kat atas.

"Naik atas dulu la",gesa hati aku.Bundle yang aku pergi ni ada 2 tingkat.Naik tingkat yang atas,aku jumpa brader tadi sekali lagi.Aku tengok dia ni betul-betul khusyuk tengok,memilih,try segala benda yang dilihat menarik.Biarlah.Dia buat kerja dia,aku buat kerja aku.

Tengah syok memilih,membelek, tiba-tiba brader ni datang kat aku.Maka bermulalah kisah hidup antara aku dengan brader-yang-suka-membeli-belah-di-bundle.Banyak benda yang aku ngan brader ni bualkan.

"Kenapa lu suka beli barang-barang kat bundle?"tanya aku dalam kebingungan sebab aku tengok brader ni pakai jam mahal.

"Gua suka cari barang kat bundle,takde orang kacau."jawab brader tu.

"Takde orang kacau,ape maksud lu?"lagi bingung aku di buatnya.Cilakak.

"Lu pernah pergi kedai-kedai yang macam kat City Square ke,butik-butik kat Jusco ke?"tanya brader-yang-suka-membeli-belah-di-bundle.

"Pernah..."jawab aku ringkas.Tapi padat.

"Kalau lu masuk,apa pekerja diorang buat?"tanya brader tu lagi.

"Diorang layan lah customer yang masuk tu.Dah memang tu kerja diorang."jawab aku macam nak tumbuk je rusok brader sorang ni.

"Tu yang gua tak berapa suka.Gua sukakan kebebasan masa gua memilih,membelek,men-try,dan segala men-lah semasa gua ber-shopping.Tu namanya freedom dude.Orang tak marah lu nak stay lama-lama kat bundle diorang.Bundle biasanya tak ramai orang.Tu yang syok kalau pilih lama-lama.Kalau lu pergi butik plak,mesti orang ramai.Nak stay lama-lama pun macam malas sebab fitting room kadang-kadang penuh dan banyak lagi lah."terang brader sorang ni panjang lebar.

"Haha.Lu lagi sanggup beli seluar harga rm100 kat bundle ke beli seluar harge rm100 kat butik?"tanya aku lagi.

"Of course la bundle."jawab brader tu sengih-sengih.


Dewi Cinta pernah cakap kat aku yang dia pun suka shopping kat budle.Tapi dalam hati aku,Dewi Cinta bukan suka sangat pergi shopping kat bundle,cuma dia suka shopping ngan dia suka menghabiskan duit aku.Macam haram.Titik.

Quote yang aku suka pagi ni,"Is it too late now to write the philosophy and find the remedy?".Lu pikir baik-baik yang ni.

Tuesday, October 27, 2009

Cuti yang biasa-biasa je..

Percutian kali ini agak biasa-biasa je.Tiada pulau,tiada pemandangan yang indah,tiada gunung ganang yang mendamaikan dan segala-apa-benda-jadahnya yang lawa-lawa.Semua tak de.

Yang ada cuma gunung-gunung yang di bawa oleh manusia kehulu dan kehilir.Haha.

First day,
Bertolak dari Pasir Gudang jam 9 pagi.Naik bas transnasional 2 tingkat.Ye la,tak pernah naik bas 2 tingkat la katakan.Perjalan mulanya ok,sampai separuh jalan bas dah mula buat perangai.Mereka-mereka yang ada dalam bas terpaksa turun.Dalam hati aku,permulaan yang kurang baik ni.Macam GAMPANG!!tapi aku buat-buat rilek jugak.Tak lama lepas tu bas sampai.Tapi cuma satu bas.Ye la,kitorang kan naik bas 2 tingkat,mana muat nak tukar bas 1 tingkat.Jadi terpaksa tunggu lagi 1 bas.Nasib baik tak payah tunggu lama-lama.Kira ok la tu.Tak de la suwey sangat.Sampai ke destinasi lebih kurang jam 4 petang.Tak banyak benda yang aku buat petang tu selain jalan-jalan,usha-usha tempat.Malam,tido.

Second day,
Bangun tengah hari.Rilek-rilek,cari apa nak makan.Makan dulu baru boleh jalan,kata hati aku.Hari tu dapatlah tengok wayang cerita Surrogates.Ingat nak tengok cerita yang brader Brad Pitt berlakon tu.Nasib baik brade Bruce Willis berlakon ok.Kalau tak,taulah nasib diorang.Sebelah malam,dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti melihat panorama alam.Ok.Tak de masalah.

Third day,
Bangun pagi terus check duit kat bank.Cilakak.Gaji tak masuk lagi.Aku terus call orang yang sepatutnya.Dia cakap pun gaji memang belum masuk.Badan dah mula berangin.Hati dah terbakar.Mau saja aku pasang C4 kat bangunan tempat aku bekerja.Semua plan untuk hari ni terpaksa di batalkan.Sial.Tapi nasib baik sorang kawan lama ajak lepak sambil pekena minuman orang melayu.Aku layankan je.Lepak punya lepak.Tempat lepak silih berganti.Tak sedar dah pukul 3 pagi.Balik.Tido.

Fourth and last day,
Kemas-kemas barang.Sebab nak kembali ke selatan tanah air.Malas nak check duit kat bank sebab semua plan tak mengikut perancangan.Rasa macam palat pun ada gak.Sebelum balik,sempat lepak dengan kawan lama.Lebih kurang pukul 11 malam aku bertolak pulang.

Perasaan - Biasa-biasa je + marah sebab gaji tak masuk macam apa yang aku dah plan.
Misi - Gagal.
Keseluruhan - 40% okay.


Masa naik bas dari Pasir Gudang nak ke destinasi yang di tuju,aku harap sangat yang pak cik bawak bas tu terus bawak kitorang kat tempat macam ni.Tapi apa kan daya,pak cik tu dah hafal jalan.

Matematik punya hal

There is a more serious and more damaging reason why math, or at least a particular kind of math, is used in economics. This is inextricably linked with the concept of “economic man.” Economics is essentially a theory about how individuals behave. And the standard theory not only assumes that individuals are self-interested, but that they behave like some sort of supercomputer – always gathering every bit of information relevant to a decision. These individuals then make the best possible decision out of all available options. Not just a good decision, but the very best. Or, as economists like to say, optimal.

There is a whole branch of math devoted to optimal solutions: differential calculus. It is the ideal tool for a theory stating that individuals behave in a way optimal for them, given their tastes and preferences. So, for example, if you eat junk food and weigh 300 pounds as a result, or if you drink heavily and destroy your liver, or if you smoke and get cancer, hey, that’s your choice. You must have been making what you believed to be the best possible lifestyle choice for you, and calculus can prove it!


Di curi dari website adbusters...

Amacam?Lepas ni lu agak-agak ramai tak yang nak jadi pakar matematik macam abang dalam drama siri Numbers tu??

p/s: Aku dah rasa malas nak layan kerenah Dewi Cinta.Banyak hal dan masalah.Tapi aku buat-buat rilek je.Dewi Cinta ada kehidupan dia dan aku punya kehidupan aku.Masing-masing dengan kehidupan masing-masing.Tapi tu tak bermaksud kami berpisah...

Wednesday, October 21, 2009

Dance, Peter...Dance

Aku nak bercuti tapi masih tak tau nak pergi mana.Padahal besok dah start cuti.Adoyai..Aku cuma nak luangkan masa untuk diri sendiri dan dalam kepala hotak aku yang serabut ni cuma pikir,"pergi saja ke mana-mana kamu mahu pergi".

What the HELL!!

Bila di pikir-pikir balik,"ok jugak ni".

Maka,bermulalah kisah pengembaraan yang penuh dengan kegembiraan,mungkin. Siapa tahu.Hanya Tuhan saja yang tahu semua itu.Dan kaki,bawa aku kemana saja yang kau hendak pergi.Aku akan ikut segala kemahuan kau kali ni.


Mungkinkah aku akan sampai di sini?Siapa tahu...


atau berjalan seperti perempuan itu...


atau mungkin duduk di tempat lelaki itu...MUNGKIN.

p/s : Aku saje tak nak ajak Dewi Cinta pergi bercuti.Sebab hari tu aku dah bawak Dewi Cinta jalan-jalan.Pergi meronda-ronda.Sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Monday, October 19, 2009

BENCI....

List BENCI aku untuk entri kali ni...

1) Aku dah mula BENCI pada benda di sekeliling aku.

2) Aku BENCI pada orang yang cakap-tak-serupa-bikin.

3) Aku BENCI pada orang yang tak percaya pada aku.

4) Aku BENCI pada orang yang tanya soalan tapi aku rasa soalan tu dia boleh jawab sendiri.

5) Aku BENCI bila orang berbual pasal nak beli kereta(memang,sebab gua tak mampu nak beli kereta).

6) Aku BENCI bila orang mula mendesak untuk lakukan sesuatu.

7) Aku BENCI pada dunia yang kejam.

8) Ak BENCI pada diri sendiri.

9) Aku BENCI pada hidup ini - Life Sucks!!

10) Aku BENCI segala-galanya.

[Titik]



Dewi Cinta cakap,perempuan dalam band ni adalah ikon "Wanita Rebel" masa kini. Tapi aku cakap band ni hanyalah band pop. Dewi Cinta balas balik,"ingat band main pop,lagu catchy-catchy sket tak rebel ke?".

Aku hanya mampu senyum di sebalik kata-kata Dewi Cinta.

Thursday, October 15, 2009

SALUN EKSOTIKATA

"Tanpa sebuah sajak, seorang anak manusia masih tetap boleh hidup sebagaimana layaknya seorang yang bergelar manusia. Masih tetap boleh dan berhak untuk bersantai bersama keluarga, mengencani kekasih, melepaskan syahwatnya sendiri, menjadi politikus yang licik, menjadi ahli perniagaan paling lihai atau apa sahaja yang diingini serta untuk dan atas segala apa yang diniat dan kehendaknya sendiri.
Tanpa menulis, menerbit dan membaca sajak seorang anak manusia masih tetap bergelar seorang manusia dan kerana inijuga dirinya bukanlah seekor lembu, pedati atau kereta kebal....

Kita memang tidak selalu sempurna dan akan terus belajar berbenah diri."

Petikan di ambil dari buku Salun Eksotika-ta...


Aku dah beli buku ni.Lu orang bila lagi?

p/s : Aku dengan Dewi Cinta macam biasa,cuma semenjak-dua-menjak ni aku selalu ajak Dewi Cinta berbual.Berbual tentang kehidupan,tentang aku dan juga tentang Dewi Cinta...

Sunday, October 11, 2009

Kena tengok ni!!

Lu dengar baik-baik apa dia cakap...



p/s: Malam tadi aku berbual panjang dengan dewi cinta....

Thursday, October 8, 2009

Selepas Se-Tahun


Sedar tak sedar,blog ni dah berusia setahun.Walaupun mula-mulanya blog ni di buat atas sebab assignment.Kalau tak sebab assignment,konpem sampai sekarang pun aku takde blog.



"Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It is a very mean and nasty place and it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't how hard you hit; it's about how hard you can get hit, and keep moving forward. How much you can take, and keep moving forward."

Cheers!!

Bila kau tak berkata apa-apa...

Flashback (3 hari lepas),

Aku duduk,rilek-rilek,main internet.Tiba-tiba aku teringat bait-bait lirik ni:

The smile on your face
Lets me know
That you need me
There's a truth
In your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall....



Lu layan je la video ni.Memang indah untuk yang sedang dilamun cinta.

p/s : bermulalah kisah hidup,aku dan dewi cinta...

Monday, October 5, 2009

Nak tulis bahan ilmiah mestilah panjang...

Dia kata,"Never be complete."

Dia kata,"Stop being perfect."

Dia sambung lagi,"Let's evolve.Let the chips fall where they may."

Aku termenung memikirkan kata-kata itu.Kemudian aku teringat satu phase ayat yang bunyinya lebih kurang macam ni,"orang yang gagal adalah orang yang gagal merancang".

What the f**k!!

Mana yang lu orang lebih suka,merancang sesuatu sebelum melakukan atau lakukan sahaja mengikut gerak hati.Let the chips fall where they may atau everything must be plan?

Aku mula yang ini dulu,everything must be plan...

Ni penting sebenarnya.Tapi apa yang lagi penting sebenarnya lu mesti punya target yang clear untuk dapat apa yang lu nak.Kalau lu sendiri tak tahu apa yang lu nak,macam mana lu nak dapat semua benda tu.Betul tak?Kalau lu tak de plan untuk diri lu sendiri,lu nak jadi apa?bagi aku satu je,"orang yang gagal adalah orang yang gagal merancang".

[,]

Let the chips fall where they may...

Yang ini ok, kalau lu pandai jaga diri lu.Lagi satu lu kena ada asas agama yang kuat,kalau takde,konpem lu akan hanyut punya.Aku pernah lalu keadaan ni.Hidup?Memang rileks.Tak de pikir banyak benda sangat.Tapi aku hanyut.Lost dalam kehidupan sendiri.

[,]

Aku rasa, kalau lu nak ikut dua-dua benda ni pun tak salah.Cuma aku rasa lagi elok lu plan lu punya hidup dulu baru let it go.Paling tak pun,lu dah ada target.Yang lain tu akan follow sendiri.Percayalah.Aku pun bukannya perfectionist.Cuma aku sentiasa belajar untuk hidup dan meneruskan hidup di bumi yang kelam ni.Brader ni pun dah pesan awal-awal dulu...


Apa yang dia pesan,"imagination is more important than knowledge".Tapi kalau knowledge tak de imaginasi akan terhad.Jadi,dua-dua ada kepentingan sendiri.Terpulang pada lu nak pikir macam mana.

Monday, September 28, 2009

Kehidupan Selepas Raya


Raya dah masuk seminggu.Start hari ni dah ramai yang mula masuk kerja lepas cuti raya yang panjang.

"Apa yang korang buat ni dari tadi."tegur sorang brader ni yang dari tadi tengok aku tangkap feel main gunting-gunting kertas.

"Takde apa pun bang.Main gunting-gunting kertas je ni."terang aku untuk menjawab segala kemusykilan brader ni.

"Apalah diorang ni.Raya kan dah lepas.Bila jamuan raya ni?"tanya brader ni macam tak bersungguh-sungguh langsung nak tahu pasal jamuan ni.

"Hari jumaat ni."aku jawab dengan ringkas.

"Budak-budak bolehlah raya sebulan.Dah tua-tua nak raya lagi,apa kejadahnya.Raya 2-3 hari ok lah tu."kata brader ni yang memberi pandangan mengenai raya.

"Betul tu bang.Mana boleh raya lama-lama."aku menyambung kata-kata brader tadi.

Aku sengih.

Thursday, September 24, 2009

Posting Raya Chapter 2

Pagi-pagi lagi hari ni dah hujan.Tak pe.Hujan tu kan rahmat bukannya band Hujan tu.

Flashback,

Malam tadi rumah aku ada buat open house(nak kata open house tu,tak la sangat pasal yang datang cuma sedara mara je).Rumah aku jadi sesak.Kalau nak lalu di celah orang ramai pun boleh jadi semak.Jadi,aku lepak kat luar rumah.Kononnya jadi penyambut tetamu.Janji tak pening kepala.

Sedara mara aku datang pukul 6 lebih.Lepas Maghrib,terus je marhaban.Lepas marhaban tu paham paham la.Sesi mentakedarah a.k.a makan-sampai-tak-ingat-dunia punya.Lepak punya lepak,dalam pukul 10 lebih,diorang semua balik.

Tapi ada perbualan yang aku masih tak dapat lupakan.Bukan nak cakap aku hebat.Cuma dapat menutup mulut seorang penyokong PAS,takde yang lagi gembira daripada tu.Betul,dude.Ni cerita bukan tipu punya.

Perbualan bermula macam biasa,hanya sekadar perbualan antara seorang Pak Cik dan anak sedaranya.Pak Cik aku ni kira dalam adik beradik dia,antara yang berjaya.Ada diploma,degree,master dan apa-lancau-lagi-kelulusan-yang-dia-ada.Banyak benda yang dia tanya kat aku.Dari soal konvokasi hingga soal perancangan masa depan.Tapi aku rilek dengan soalan-soalan yang diberikan.Dengan selamba aku jawab semua soalan.Dia tanya lagi.Aku jawab.Dia tanya lagi.Aku jawab lagi.Sampai lah last sekali.Aku dah tak berapa ingat soalan tu.Tapi jawapan yang aku bagi bunyi dia lebih kurang macam ni la...

"Pak Utih lain,orang lain.Kita tak sama.Sebab tu Tuhan ciptakan manusia ni berbeza-beza.Tak boleh sama semua.Kalau semua manusia sama,tu tandanya ada yang tak kena."

Pak Utih tu merujuk pada Pak Cik aku yang dah ada diploma,degree,master dan apa-lancau-lagi-kelulusan-yang-dia-ada.Tapi bila dengar aku cakap macam tu,automatik.Mulut terkunci macam ada berlian dalam mulut.Puas hati aku.



Aku punya plan aku sendiri yang aku rasa tak ramai yang boleh follow.Aku punya acuan aku sendiri,lu orang punya acuan lu orang sendiri.Habis kalau lu orang pakai acuan aku,aku nak buat kuih raya pakai acuan apa.Cilakak.Dan jangan terlalu terikut-ikut.Kompem,tak jadi punya.

p/s:"Pak Utih lain,orang lain."(orang di dalam ayat ni digunakan sebagai ganti nama).Jadi,lu pikirlah sendiri.

Wednesday, September 23, 2009

Posting Raya


Rileks,dude.

Raya dah raya.Ketupat dah makan.Rendang,ayam masak kicap,ayam masak merah segala macam makanan dah di makan.Puas berjalan rumah sedara mara.Duit raya?Aku mana ada dapat duit raya lagi,gila!!!Aku yang kena hulur kat sedara mara.Pokai la nampaknya bulan ni.Tapi tak pe.Tu kan sedekah namanya.

Raya tahun ni ok,rilek habis,santai.Tu yang paling penting sebenarnya.Penat tu memang penat.Setahun sekali je.Tu pun tak kan nak berkira sangat.Raya orang bujang la katakan.Koboi habis.Titik.

Habis je puasa aku dah pasang azam untuk 2010.Aku dapat rasakan semua benda sekarang ni bergerak sangat laju.Masa,jangan cakaplah.It's not a fight against anybody's,it's a fight against time.Titik.

Raya,jumpa sedara mara semua dah besar-besar.Satu je yang terfikir kat kepala bebal aku ni,cepat betul kita dimamah usia.

Habis.

Friday, September 18, 2009

Posting Pra-Raya Chapter 2

Puasa tinggal lagi barapa hari je.Persiapan raya tahun ni memang agak koboi.Apa yang dapat.Malas nak pikir-pikir pasal benda-benda ni sangat.Lagi satu,masa pun tidak terlalu mengizinkan.Mungkin malam ni aku start TOUR satu jb untuk cari barang-barang raya.Lu orang dah beli barang-barang raya belum??

Sekarang ni memang aku kesuntukan masa.Banyak benda nak kena buat,macam esok dah tak de.Tapi tu semua bisa di atur.Aku memang target tahun 2009 ni tahun yang rilek-rilek.Rilek-rilek pun,tapi plan mesti kena standby.

Aku rasa tahun 2010 akan menjadi tahun yang paling sibuk dalam sejarah hidup aku.Banyak plan untuk tahun 2010.Tapi kenapa 2010??(Dah aku punye plan banyak start tahun 2010.Nak buat macam mana)


p/s: Kad raya pertama yang aku buat sendiri.Lu orang ada ke buat kad raya sendiri macam aku buat ni??

Thursday, September 17, 2009

Posting Pra-Raya

Semua orang dah berada dalam mood raya tapi mood raya aku dah hilang separuh.Masih ada mood.Tapi mungkin tidak seperti orang lain,raya kali ni biasa-biasa je kot.Separuh mood aku dah hilang atas sebab-sebab yang tertentu dan kalau aku pikir-pikir sangat,boleh tercetus satu perang yang amat dahsyat,aku kira.Yang penting aku bukan PERIOD!!!Aku lelaki dude,SUMPAH!!!Kalau lu orang tak percaya nak check pun boleh pe...Aku tak kisah.


Macam mana pun,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada sape-sape yang singgah kat blog aku ni.Tak kiralah aku-kenal-dia ke,dia-kenal-aku ke,aku-tak-kenal-dia-dan-dia-tak-kenal-aku ke,selamat menyambut hari lebaran untuk lu orang semua.Koma.

Memandangkan ekonomi aku masih goyang dengan bacaan 5.1 skala ritcher,tak dapat la nak beraya sakan.Tapi tak pe.Ni semua ujian dari Tuhan.Aku kena buat rilek-rilek jugak walaupun minda tengah berkecamuk tahap dewa ni.Aku ingat kalau percentage mood nak beraya jatuh ke tahap bawah 35 percent,raya ketiga lincah masuk kerja.Titik.

Sunday, September 13, 2009

Rumah api ke rumah terbakar??



Lagu ni membuatkan aku khayal dalam dunia aku sendiri,dude.

Banyak benda nak kena settle ni...

Bangun pagi hari ni,aku terus teringat satu ayat.

"So many to do with so little time".

Masa dah tak banyak lagi dude.Apa saja peluang yang ada depan mata,aku sambar.Dah malas nak pikir detail.Janji benda tu baik dan mendatangkan faedah,aku sambar.Sebab sekarang ni masa untuk take action.Zaman main-main dah lama habis.

Tapi jangan terlalu serius,dude.Bak kata orang...

They say that:
life is just a dream
not to be taken seriously
That is why I try not to be
too serious about everything....

Betul dude.Kalau semua benda lu orang nak ambil serius,tak fun-lah hidup ni.Humor tu penting untuk menceriakan suasana.Walaupun kadang-kadang lu orang memang takde langsung sense of humor,tak pe.Senyum pun dah cukup pe.Senyum tu kan sedekah.Tu bukan aku cakap dude.Nabi kita yang cakap.

Masa dah tak banyak,dude.

Aku kena teruskan kehidupan aku.Lu orang dengan lu orang punya hidup.Ada orang cakap life sucks.Tapi aku tak salahkan diorang yang cakap macam tu dan aku tak membetulkan diorang.Bagi aku kekorupan sistem yang membuatkan life ni jadi sucks.Tapi tu tak berapa penting sebenarnya.

Janji,

Terus Rock n Roll.

Wednesday, September 9, 2009

Mood yang masih dicari-cari

"Apa-apa lu buat,lu mesti ada target.Kalau takde target,tak jadi."sound sorang brader ni pada budak yang baru nak mengenal dunia yang penuh dengan dusta ini.

"Ala bang,kau cakap senang la."balas budak tu.

"Cakap memang senang,tapi sebebnarnya nak buat lagi senang.Kalau lu dah ada target,apa lu nak risau lagi.Tinggal buat je apa yang lu dah plan.Kalau lu tak ikut apa yang lu dah plan,memanglah tak jadi."terang brader sorang ni dengan panjang lebar.

"Lu pernah dengar tak cerita Mat Jenin?"tanya brader tu.

"Pernah."jawab budak tu ringkas.

"Lu tau tak silap Mat Jenin tu kat mane?"tanya brader tu bersungguh-sungguh.

"Silap Mat Jenin tu sebenarnya sikit je.Sape suruh dia berangan atasa pokok.Nak berangan duduk la atas kerusi ke,atas meja ke,ada ke pergi berangan atas pokok.Kalau pokok yang dahan dia jenis tebal-tebal tak pe.Ni berangan kat dahan pokok yang memang dah nak patah."sambung brader tu dengan panjang lebar.

"Kalau lah Mat Jenin tu tak berangan atas pokok,aku ingat Ananda Krishnan,Syed Al-Bukhari,silap-silap Bill Gates pun tak boleh lawan kekayaan yang di miliki Mat Jenin."hujah brader tu lagi.

Budak yang baru-nak-kenal-dunia-periksa-SPM-pun-tak-lagi terdiam...memikirkan kata-kata brader tadi.

Monday, September 7, 2009

Perempuan semua sama...

Okay dude.Ambil serious benda ni.Tapi hanya untuk headline entri kali ni je.Think deeply.Tajuk ni kalau nak discuss boleh jadi kontroversi.Jadi...Titik.

Akhirnya aku berjaya format laptop yang nak dekat sebulan dah tersadai.Padahal format je.Bukannya setting barang dalam dia pun.Kalau aku bukak kedai menjual alat-alat ganti koputer,dah lama aku rasa customer lari.

Siap je format laptop,aku install segala macam driver yang ada.Yang buat problem bab meng-format laptop ni sebenarnya bukan nak format.Format senang je.Cume nak install driver je.Kena cari yang betul-betul ngam baru dia boleh in ngan laptop tu.Kalau tak,takkan memberi sebarang kesan.Sumpah,dude.Tu yang lama tersadai.

Aku meraikan kejayaan meng-format-laptop-yang-dah-sebulan-tersadai dengan lagu Metallica.Puas hati.

Thursday, September 3, 2009

Akhirnya...

Dude,nak cakap gembira tapi aku takde lah gembira sangat.Biasa-biasa je...

Pukul 5 lebih nak dekat pukul 6,

Aku call si Arye.Tapi dia tak angkat.Dalam hati aku,nak kena budak ni.Aku call lagi.Kali ni dia angkat.Baru aku nak start cakap,dia terus potong.Cilakak punya budak.Dia ajak aku keluar teman dia nak beli barang.Aku kata ok.Aku tanya dia pukul berapa.Dia cakap dalam pukul 8 lebih atau pukul 9.

Pukul 8 lebih,

Aku baru sampai rumah.Ingat nak rilek jap,pekena baring dulu.Tengah syok dengar lagu Senapang dan Mawar(Guns n' Roses la),tiba-tiba aku dengar macam bunyi enset aku berdering.Tapi aku buat-buat tak tahu je.Sebab aku tengah melayan perasaan menyanyikan lagu band Senapang dan Mawar.Habis je satu lagu,baru aku sedar ada orang call.Aku angkat.Rupanya budak si Arye.Kacau betollah budak ni,bisik hati aku.

"Jadi tak nak teman Arye pergi Kipmart?"via sms.

Aku call si budak Arye.Aku cakap jadi.Tapi aku cakap helmet ada satu je.Aku cuba untuk mendapatkan helmet satu lagi.Tapi gagal.Aku call dia balik.Aku cakap macam tak jadi je nak teman Arye.Dari kata-kata Arye ni bunyinya macam nak merajuk.Tapi aku rilek je.Buat macam tak da apa-apa yang berlaku.

Lebih kurang pukul 9.20 malam,

Arye call aku.Dia suruh aku amek dia kat rumah kawan dia.Aku amek dia.Dia cakap sebelum naik motor,bawak motor laju-laju sikit.Kita dah lambat ni.Aku dengan pantas memandu seperti orang yang lari dari di kejar oleh Pulis-Pulis(Polis) kerana melakukan kesalahan mencabul binatang yang aku nampak di tepi jalan.

Aku dan si Arye berjaya sampai sebelum kedai-kedai di sana menutup pintu mereka.Dengan pantas kitorang terjah satu persatu kedai kat situ.Hasilnya.Pasti ada.Lepas tu,kitorang lepak di kedai Pak Cik janggut kaler putih.


Dalam pukul 11.20 malam,Aku hantar Arye balik ke rumah.Satu malam yang sangat cepat.Masa bergerak seperti 2 kali ganda lagi laju kalau nak di bandingkan dengan time nak tunggu buka puasa.

Apa-apa pun,terima kasih,Tuhan.

Friday, August 28, 2009

Puasa aku masih full lagi

Malam tadi lepas balik dari kerja,aku terus bukak laptop.

Laptop dah dekat sebulan tak siap-siap format.

Sejak kebelakangan ni aku agak sibuk,dude...betul!!!

Tak pe...tak payah format dulu...aku ingat hujung minggu ni baru aku format laptop tu.

Sebab aku nak dengar lagu.


Lagu yang aku bukak malam tadi:

1) Bonjovi - Living On A Prayer
2) Guns n' Roses - Paradise City
3) Iron Maiden - The Trooper
4) Joan Jett - I Love Rock n Roll
5) Led Zeppelin - Immigrant Song
6) Mr Big - Wild World
7) Rolling Stones - Paint It Black

Lagu ni terus dan terus di mainkan.Aku dengar...tertidur...bangun untuk sahur...dan tidur semula dengan lagu-lagu ni.Tidur aku ditemani dengan bunyi-bunyian daripada rockers-rockers yang tidak akan di lupakan.

Terima kasih,Rock n Roll.

Tuesday, August 25, 2009

Aku masih di sini....



Kehidupan masih sama...tiada beza,kecuali bulan puasa kita tidak di benarkan makan di siang hari...masa untuk berehat...merehatkan perut,otot-otot perut dan semua yang bersangkut paut dengannya...

Flashback,

Aku mengajak si Arye lepak..dia suroh tunggu...aku tunggu...dalam 5 minit aku text Arye ni...

"Kat mane?" sms aku.

"Kat rumah member...jap ea.." balas dia.

Aku dah macam malas nak tunggu..aku pekena baring depan tv...tengok tv3..cerita "Fight Back To School 3"...Stephen Chow tu...aku khayal...

Tengah aku syok layan cerita abang Stephen Chow ni,tiba-tiba budak Arye ni call...aku jawab...bla..bla..bla(perbualan yang memang tak penting pun)...sebenarnya Arye ni call sebab tak dapat nak lepak(aku dah agak dah dari awal,cilakak..)...tapi takpe...abang Stephen Chow ni ade...aku tengok cerita ni sampai habis walaupun aku rasa aku dah tengok cerita ni banyak kali...Titik.

Lepas berbuka hari ni,

Aku ingat nak pergi umah Isam...dia cakap ada projek baik punya malam ni...

"Projek baik mana boleh buat siang-siang..."terang Isam.

"Ok...lepas buka,aku terus gerak pergi sane..."balas aku.

Lu tunggu Isam...lepas buka nanti...aku orang first ketuk pintu rumah lu...aku ingat lepas kasi gegar rumah Isam,aku ingat nak ajak Arye ni lepak...

p/s: lu orang try bukak link ni... Jangan bukak kalau lu orang puasa hari ni...

Monday, August 24, 2009

Aku tak makan pagi...patutlah lapar...



Benda-benda yang aku tak boleh tinggal bulan puasa kali ni...tapi majalah tu sebenarnya,buat menambah perisa je...majalah tu pun bukannya aku punya...Sumpah!!!

Koma,

Lu orang tunggu je lah...tak lama lagi,sebelah gitar Kapok tu akan ada satu lagi gitar...gitar apa...tu aku tak nak bagi tau...tapi sememangnya gitar yang memerlukan arus elektrik untuk mengeluarkan bunyi yang bingit...baru Rock n' Roll...

Titik.

Aku dah mula nak tampal gambar mountain bike kat dalam bilik aku...sebab..."Imagination more power than knowledge"...tu bukan aku cakap dude...tapi brader Albert Einstein yang cakap macam tu...

p/s: harga mountain bike tu sama dengan harga kete Viva sebijik...jadi lu orang pikir-pikirkan lah...

Friday, August 21, 2009

Puasa jang oi....



Selamat Bepuasa,dude...

Wednesday, August 19, 2009

Gila la diorang ni...



Benda ni aku jumpa kat lelong.com.my...dalam kepala otak aku yang berserabut ni hanya terfikir satu benda je...BENDA MACAM NI PUN DIORANG ADA JUAL..GILA ARGH...

Tapi aku tak puas hati dengan orang yang jual MC ni...bukan tak puas hati pasal dia ni mengeksploitasi MC untuk dijadikan bahan lelongan ke apa...tapi MC yang dia jual ni ada satu je...lain kali nak jual biarlah banyak...ni tak...satu je...tak patut(dengan nada kecewa yang teramat sangat)...

Monday, August 17, 2009

Search dan Di Awan Biru..



Entri ni aku tujukan khas untuk brader-brader Search...

Perbualan dengan seorang brader ni yang aku syak mesti rockers jugak...perbualan kami banyak mengisahkan mengenai konsert Search "Di Awan Biru"...brader ni ternyata kecewa bila konsert "Di Awan Biru" di Sarawak dibatalkan...aku??kecewa sebab tak dapat tengok diorang kat JB...masa tu aku tengah exam...nak buat macam mana...

Tapi rata-rata kipas-susah-mati Search mesti kecewa dengan konsert terakhir mereka yang berlangsung kat Kuala Lumpur...aku dah banyak baca review...MENGHAMPAKAN!!!

Untuk brader-brader Search - kalau lu orang betul-betul otai dan ada keberanian,buat konsert last kopek...yang ni kalau lu orang nak cakap last kopek pun aku tak kesah..janji mesti gempak punya..kalau tak,aku akan jerit...PULANGKAN DUIT KAMI!!!

Pc fair,H1N1 dan legaran seget...


Ni antara gambar-gambar di pc fair tahun bila punya,aku pun tak tahu...sebenarnya aku nak tunjuk gambar kesesakan yang berlaku di pc fair...maklumlah..first time pergi dan beli di pc fair...bukan sekadar jalan-jalan,dude...di tambah pulak dengan penyebaran penyakit H1N1...maka lebih dari 70 peratus pengunjung memakai topeng muka...pc fair,seperti biasa...tetap meriah...



Kotor,bau busuk merupakan persepsi setiap orang yang lalu di sungai seget...tapi tu cerita lama...sekarang ni dah lain...dah tak macam dulu...kira lagi ok la...sumpah...kalau lu orang x percaya,cuba pergi sana...agak menarik...tapi aku rasa lagi menarik kalau datang sebelah malam...


lu orang try tengok gambar ni...kalau lu orang boleh teka perasaan dia,lu orang memang terer...aku malas nak gambarkan perasaan mamat ni...lu orang teka sendiri la...

Saturday, August 15, 2009

Aku tengok gambar ni,teringat...



Klasik gile gambar ni...dah macam panglima zaman Kesultanan Melayu Melaka...okay2...serius ni...

Gambar yang di ambil sebelum xpdc mencari dan menyelamat seekor ikan paus pembunuh di Gunung Dato'...xpdc yang disertai oleh pesakit-pesakit dari Unit Integrasi Tahanan Mental, Segamat...

Aku rasa diorang ni betul2 punya sakit...ada ke nak cari ikan paus pembunuh kat Gunung Dato'...kepala hotak hang!!!

Kenapa aku ikut??aku sebenarnya nak menikmati panorama dari puncak gunung...yang lain aku tak kesah...titt..

Thursday, August 13, 2009

Benda ni dah makin serius da...



Mood: Sedih pada mangsa-mangsa yang terkorban, marah tahap maksima pada Amerika dan Israel(sial korang).

Aku dah tak tahu nak cakap apa...penyakit ni dah mengorbankan lagi seorang mangsanya di tempat kerja aku...risau??aku dah tak tahu nak risau macam mana lagi..

Apa-apa pun mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban...

Al-Fatihah...

Wednesday, August 12, 2009

YES! YES! YES!

To my 'selected' strange-minded friends:

If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the Person that sent it to you with 'yes' in the subject line.


--------------------------------------------------------------------------------


Only great minds can read this
This is weird, but
interesting!

fi yuo cna
raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe
out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht
I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch
at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod
are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rgh it
pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm.
Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the
wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
if you can raed tihs forwrad it

p/s: benda senang macam ni takkan lu orang semua tak boleh baca...aku??aku dah baca dah...ok je...lu orang try la baca benda alah ni...

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Sebenarnya benda ni bukan aku tulis pun...korang tak payah pening kepala pikir sape yang tulis benda ni...korang layan je...

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja.... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

Tuesday, August 11, 2009

Apa benda ni??



Sumpah,dude...ni bukan aku punya...tapi aku rasa aku tahu benda ni sapa punya...

Aku tak tahu kenapa diorang nak sokong sangat dengan Tan Sri yang sorang ni...tapi aku peduli ape...



Gambar kat atas yang korang tengok ni antara koleksi gambar matahari terbenam yang aku rasa terbaik sepanjang menggunakan enset yang aku rasa macam nak kena hempas je...

Friday, August 7, 2009

Aku dah mula suka pada...

"Bos,apa macam...ada bagus.."tegur aku kepada seorang yang aku syak berjawatan sebagai jurutera.

"Bagus-bagus...tuan apa macam...awal sampai..."balas jurutera ni.

"Tak da la...baru je sampai ..."aku jawab ringkas.

Mode perbualan ringkas yang di gunakan pada waktu pagi.Koma.



Gambar atas ni aku letak sebab aku dah tak dapat tengok lagi cerita Sinetron Upik, Abu dan Laura kat tv3 pukul 2.30 petang..Sumpah,dude...Aku tengok cerita ni...Koma.

Kalau la aku dapat awek lawa macam ni...Ishh..Isshh..Ishhh..memang gila ah...boleh ribut satu kampung...tu baru jadi awek,kalau jadi bini...perghhhh..aku dah malas nak pikir..Titik.

Wednesday, August 5, 2009

Bangun pagi, gosok gigi da...

Bunyi-bunyian malar segar untuk hari ini..

1) Aerosmith:

- Crazy
- Crying
- Dream On
- Dude Looks Like A Lady
- I Don't Want to Miss A Thing
- Livin On The Edge
- Love Hurts
- Rag Doll

2) Lagu jiwang sampai nak menangis kalau dengar:

Celine Dion - My heart will go on
Richard Marx - Right here waiting for you
Micheal Jackson - You are not alone

3) Indon mali(dah ni yg tertulis kat playlist aku,nak buat macam mane..):

Kangen Band - Kembali Pulang
Wali Band - Cari jodoh

Biarpun list bunyi-bunyian aku untuk hari ni tak begitu Rock,tapi...aku suka...yang penting dalam list bunyi-bunyian aku mesti ada yang rock n roll...Aerosmith rock n roll jugak pe...

p/s: aku bukannya ikut trend sangat bab bunyi-bunyian ni...apa yang aku dengar...sedap...maka masuklah dalam list bunyi-bunyian aku..tapi yang penting mesti ada lagu rock dalam list..sebab kite mesti rockin' sentiasa...

Monday, August 3, 2009

13 angka berhantu...kepala hotak kau!!!

"Jika anda melancong ke Amerika Syarikat atau Kanada, mungkin anda akan berasa pelik kerana salah satu nombor pada butang lif bangunan seolah-olah hilang.

Nombor 10,11 dan 12 ada tetapi kemudian terus melompat ke angka 14. Ke mana menghilangnya nombor tingkat 13.

Menurut laman sesawang National Geographic, angka 13 dipercayai membawa sial, disumpah dan berhantu. Malah ia akan membawa malang atau maut kepada mereka yang menggunakannya."


ni adalah petikan dari Kosmo yang bertarikh 2 Ogos 2009...aku malas nak cerita pasal benda ni...kalau korang nak percaya...terserah...aku tak campur...masing-masing ada kepercayaan masing-masing...tu kita tak boleh kacau...

Tapi yang aku pelik,diorang ni dah tak de modal lain ke nak tulis dalam paper...tulis la cerita pasal kejayaan rakyat Malaysia ke...ni tak...balik-balik cerita pasal artis cerai-berai...artis buat pembedahan...tu yang kadang-kadang aku malas nak baca paper...Sucks!!!

p/s : nasihat aku kepada peminat-peminat majalah hiburan...baik korang beli paper dari beli majalah hiburan...macam-macam ada...

Friday, July 24, 2009

Sampai meremang bulu roma di buatnye...


Minah ni memang lawa...dah la lawa,suara sedap pulak tu...

My Heart Will Go On...antara lagu-lagu legend minah ni...

Lu orang try klik kat sini la kalau tak percaya

Dengar lagu ni dari awal sampai habis...pas tu dengar part hujung-hujung yang minah ni tarik sampai meremang bulu tengkuk...kalau tak percaya,kasi try la...

Sejak 2-3 hari ni bila aku bangun tido,aku pasang lagu ni...konfirm...terus tak jadi nak bangun...

p/s : nasib baik aku tak reti nak masukkan video...kalau tak,aku dah letak video Celine Dion kat blog aku ni...

Wednesday, July 22, 2009

Asyik jamming lagu "Hey Ho,Let's Go" je...

Ahad,19 Julai 2009.

Aku memulakan misi menyelamat beberapa rakan di Unit Integrasi Tahanan Mental,Segamat...misi kali ini adalah memberi mereka ubat-ubatan traditional yang di seludup dari Indonesia.


Mereka ni adalah antara pesaki-pesakit yang telah dirawat tapi aku ingat penyakit mental diorang dah kronik sangat dah...

Isnin,20 Julai 2009.

Lebih kurang jam 2.00 petang,aku memulakan sesi "melawat sambil merawat" di sekitar Unit Integrasi Tahanan Mental,Segamat...pesakit-pesakit di situ telah menunjukkan perkembangan positif...sesuatu yang agak baik untuk mereka...

Aku menamatkan sesi "melawat dan merawat" sekitar jam 4.00 petang..

Niat aku sebenarnya nak balik petang tu...tapi apa kan daya...

Selasa,21 Julai 2009.

Lebih kurang jam 6.00 pagi, aku naik train untuk pulang kembali ke Johor Bahru..


Mereka ni lah yang menggagalkan niat aku untuk balik ke Pasir Gudang hari isnin petang...tapi nak buat macam mana...lagi satu, terima kasih kat mereka ni sebab kasi aku menginap kat rumah mereka untuk beberapa hari...


Gambar yang aku try mms kat sorang minah yang juga merupakan pesakit di Unit Integrasi Tahanan Mental,Segamat...banyak kali aku try,tak boleh saje...lepas aku cuba beberapa kali,keputusannya masih sama,tak berjaya..rupa-rupanya kredit tak cukup untuk send mms...cekik darah punya maxis..Cilakak punya Ananda Krishnan!!!


Tengok sun shine dari keretapi...aku rasa ni gambar paling cantik dalam banyak-banyak gambar yang aku amek masa kat dalam keretapi...amek gambar pun pakai henset yang dah layak kena hempas ni.Titik.

Friday, July 17, 2009

Gambar ni tak de kena mengena langsung...Betul!!!



Dah dekat 2 bulan aku masih mencari-cari lagi kerja yang sesuai dengan jiwa aku..jiwa yang biasa-biasa je dan tak memberontak sangat...tapi masih ada lagi perasaan anti-kerajaan...bukan tak suka dengan Barisan Nasional,cuma tak suka pada sistem yang di guna pakai...dan aku juga bukan penyokong kepada mana-mana parti politik kat Malaysia ni...sebab...POLITIK ITU KOTOR!!!

Aku ingat lagi cerita kutu-kutu tahun lepas...

"Wei,jom ar kita sokong PAS..."kata seorang daripada kutu-kutu di situ.

"Aku tak minat politik ar...sori..."jawab aku ringkas.

"Tak de...bukannya kita sokong gila babi pun..."kata kutu yang cuba meyakinkan aku untuk menceburkan diri dalam dunia politik ini.

"Abis tu?"tanya aku.

"Kan diorang nak cetak duit sendiri...lepas tu diorang nak agihkan RM 10,000 pada orang-orang miskin yang sokong PAS.."kutu tu tetap cuba meyakinkan aku.

"Kalau kita sokong,kita dapat RM 10,000 ape...tak payah kerja susah-susah...sokong PAS je..."terang kutu tu lagi.

"A'ah..betul gak cakap kau tu...hahahaha..."aku menyampuk lepas tu ketawa berdekah-dekah...aku ingat,pontianak pun kalah..

Gila apa?sape dalam dunia ni nak bagi RM 10,000 senang-senang macam tu je...kalau betul PAS nak bagi aku sejumlah duit tu,aku sanggup...korang?

p/s :gambar kat atas tak de kena mengena dengan cerita ni...tapi aku suka gambar ni...betul dude..tak tipu...

Monday, July 6, 2009

Rock dan Techno: Dua jenisan musik yang tidak boleh di satukan...


Mood: Marah sampai keluar api kat kepala..

Intro lagu Metallica, Nothing Else Matters....

Aku bukan nak cerita pasal lagu ni pun...yang aku nak cerita ni sebenarnya pasal lagu Metallica ni dah di remix-kan kepada versi techno...

Sumpah,dude...tak sedap langsung...bayangkan irama rock dan techno disatukan...perghh..tak ngam langsung...jadinya...macam gampang!!!

Aku dengar lagu ni masa aku sedang berjalan-jalan di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang...ada pertandingan Shuffle...kalau tak silap aku...tapi...peduli apa aku...

Lagu rock di remix-kan menjadi lagu techno...sememangnya...tak boleh di maafkan...

Sunday, June 21, 2009

Minimum..

"Cuti ni kau tak pergi mana-mana ke?"tanya seorang kawan aku.

"Nak pergi mana?"tanya aku yang dalam kebingungan.

"Pergi bercuti...pergi pantai ke...mana-mana je.."terang si dia ni.

"Rumah aku pun dah kat tepi laut...nak bercuti kat mana lagi..."aku jawab bagi yang tidak tahu sememangnya rumah aku di tepi laut.

Aku malas nak cerita panjang lebar...korang layan je gambar kat bawah ni...