Monday, April 30, 2012

Kadang-kadang

Malang tak berbau. Memang betul. Bila di kata nasib kurang baik,macam ni lah jadinya.



Thursday, April 26, 2012

The New History Begin

Setelah hampir setahun gua terlibat dan bertungkus lumus bersama krew yang lain dalam menyiapkan benda ni, akhirnya tinggal tak kurang dari 14 hari sebelum benda ni meninggalkan gua dan krew-krew yang lain buat selama-lamanya.


Benda ni akan di letak diatas kenderaan yang bertayar banyak yang gua panggil bogey untuk mengalihkan benda ni dari kedudukan asal.


Lepas di alihkan dari kedudukan asal, benda ni akan di letakkan di tepi lau untuk memudahkan kren yang gua rasa paling besar gua pernah tengok depan biji mata gua. It's a real thing!


Dan benda ni akan di letakkan di atas kapal yang gua panggil barge sebelum benda ni bergerak ke tengah laut.


p/s: Mana gua nak kerja lepas ni....

Wednesday, April 25, 2012

Semalam (part 2)

Semalam gua bukak yahoo!, gua terpandang satu gambar.


Patut ke gambar ni masuk kat internet??

Friday, April 20, 2012

Semalam...

...aku bukan lagi mainan dulu...
telah kucampakkan kau ke mana...
ke lautan hitam yang ku tahu...
pasti kita tak jumpa...


p/s: gua tak berapa sihat kebelakangan ni tapi gua rasa gua dah semakin ok.Doakan kesihatan gua terus berpanjangan.

Wednesday, April 11, 2012

Ntah apa-apa..

Klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas (fokus pada plastik yang di pegang oleh brader nigger tu).

Ada ke patut?

Tuesday, April 10, 2012

Hari Ini...

Hari ni gua bukak Yahoo!,gua tengok 2 benda ni.

"Swimsuit supermodel's racy 'nun bikini'",tajuk cerita pertama dan tajuk cerita kedua, "Jahil ke Azza?".

Lanjutan untuk cerita pertama klik sini.

[koma],

Lanjutan untuk cerita kedua, klik pada link sini.

[koma],

Dalam kepala gua yang penuh dengan sampah sarap ni terpikir satu benda, APAKEJADAHNYA SEMUA NI....

Sunday, April 8, 2012

Gunung-gunung di Johor

Gua tengah usha-usha gunung-ganang yang ada di Johor. Gua rasa banyak jugak. Tapi yang gua rasa gunung yang famous tak lah sebanyak yang gua tengok kat website orang gunung ni.

Antara gunung yang gua kenal pasti bakal gua takluki:

1) Gunung Arong - Tanjung Resang,Mersing

2) Gunung Banang - Batu Pahat

3) Gunung Panti Barat - Kota Tinggi

4) Gunung Janing Barat - Taman Negara Endau Rompin

5) Gunung Muntahak - Kota Tinggi

6) Gunung Janing - Taman Negara Endau Rompin

7) Gunung Padang Temambong - Taman Negara Endau Rompin

8) Gunung Pertawai - Taman Negara Endau Rompin

9) Gunung Cemendong - Felda Ulu Dengar,Kluang

10) Gunung Chabang Tiga - Labis

11) Gunung Belumut - Kluang

12) Gunung Ledang - Johor (MAIN EVENT)

i) Ayer Panas Trail
ii) Lagenda Trail
iii) Asahan Trail
iv) Ulu Jementah Trail
v) Telekom Tower Road

13) Gunung Pulai - Pontian

14) Gunung Lambak - Kluang

15) Gunung Panti - Kota Tinggi

16) Gunung Tiong - Taman Negara Endau Rompin

17) Gunung Bekok - Segamat

18) Gunung Besar - Johor Bahru

Setakat ni gua baru jumpa yang ni. Sesiapa yang ada info mengenai gunung di Johor, boleh comment di blog ni.

Friday, April 6, 2012

Kenapa?

2-3 hari ni gua rasa lagu yang paling kerap didengar adalah lagu dari kumpulan The Virgin sebab member gua pasang lagu ni berulang-ulang kali sampai naik bernanah telinga gua dengar. Tapi yang menarik perhatian gua, kenapa nama kumpulan ni The Virgin? Jadi gua pun tanya kat member gua.

"kenapa nama band ni The Virgin?"soal gua.

"kalau tak silap aku ahli band ni ada 2 orang pempuan,sorang tu memang cun gila,sorang lagi macam pengkid..."jawab member gua.

"ok. Kenapa nama band ni The Virgin?"soal gua lagi untuk menghilangkan segala kemusykilan.

"Kalau tak silap aku diorang ni lesbian. Mungkin sebab tu diorang masih virgin kot.Jadi diorang letaklah nama The Virgin."jawab member gua untuk merungkai segala kemusykilan yang berada dalam kepala otak gua yang benak ni.

"Macam tu rupanya..."balas gua.

[titik].

Gua pun bukak youtube dan cari video band ni untuk tengok awek-awek dalam band ni. Lu orang nak tengok? Kalau nak tengok scroll ke bawah lagi.







































Nak tengok lagi?

Wednesday, April 4, 2012

Gua dan Search



Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang samarenda
Memukau mata hati ini seketika

Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri

Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

Puteri Seroja....

p/s: berminat dengan lagu ni? Klik sini untuk download lagu ni.

Tuesday, April 3, 2012

Marina

Ni bukan gua nak cerita pasal Marina Bay kat Singapore tapi gua nak bagitau yang kat Malaysia ni pun ada nama tempat Marina Bay @ Restoran Marina.

[Koma],

Hujung minggu yang lepas, gua dengan sorang lagi kawan gua pergi ke satu majlis perkahwinan. Diorang buat majlis tu dekat tempat yang di ber nama Marina Bay. Tempat dia memang strategik, tepi laut, angin sepoi-sepoi bahasa. Pendek kata memang layan walaupun cuaca boleh dikatakan agak panas. Disebabkan tempat yang memang strategik,seperti yang gua katakan pada awal tadi,angin yang bertiup memang tak putus. Jadi memang takde masalah dengan pengudaraan.

Gua tak berapa pasti kenapa tempat ni angin tak berhenti bertiup,tapi kata salah sorang kawan gua yang sama-sama hadir kat majlis ni, tempat ni adalah tempat pertemuan air laut dan air sungai bermakna air tawar dan air masin bertemu. Gua memnag malas nak buat research pasal benda ni sebab sekarang ni gua ada banyak benda lain yang perlu di settelkan. Jadi gua dengan hati yang terbuka terima bulat-bulat apa yang kawan gua bagitau.

Lu layan je la gambar-gambar kat bawah ni,




p/s: Gua kalau nak kahwin nanti, kalau boleh tak nak buat majlis. Gua nak akad nikah lepas tu, buat kenduri cukup. Senang kata buat mana yang wajib je..tapi ada ke pempuan zaman sekarang ni yang tak nak bersanding?