Percutian kali ini agak biasa-biasa je.Tiada pulau,tiada pemandangan yang indah,tiada gunung ganang yang mendamaikan dan segala-apa-benda-jadahnya yang lawa-lawa.Semua tak de.
Yang ada cuma gunung-gunung yang di bawa oleh manusia kehulu dan kehilir.Haha.
First day,
Bertolak dari Pasir Gudang jam 9 pagi.Naik bas transnasional 2 tingkat.Ye la,tak pernah naik bas 2 tingkat la katakan.Perjalan mulanya ok,sampai separuh jalan bas dah mula buat perangai.Mereka-mereka yang ada dalam bas terpaksa turun.Dalam hati aku,permulaan yang kurang baik ni.Macam GAMPANG!!tapi aku buat-buat rilek jugak.Tak lama lepas tu bas sampai.Tapi cuma satu bas.Ye la,kitorang kan naik bas 2 tingkat,mana muat nak tukar bas 1 tingkat.Jadi terpaksa tunggu lagi 1 bas.Nasib baik tak payah tunggu lama-lama.Kira ok la tu.Tak de la suwey sangat.Sampai ke destinasi lebih kurang jam 4 petang.Tak banyak benda yang aku buat petang tu selain jalan-jalan,usha-usha tempat.Malam,tido.
Second day,
Bangun tengah hari.Rilek-rilek,cari apa nak makan.Makan dulu baru boleh jalan,kata hati aku.Hari tu dapatlah tengok wayang cerita Surrogates.Ingat nak tengok cerita yang brader Brad Pitt berlakon tu.Nasib baik brade Bruce Willis berlakon ok.Kalau tak,taulah nasib diorang.Sebelah malam,dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti melihat panorama alam.Ok.Tak de masalah.
Third day,
Bangun pagi terus check duit kat bank.Cilakak.Gaji tak masuk lagi.Aku terus call orang yang sepatutnya.Dia cakap pun gaji memang belum masuk.Badan dah mula berangin.Hati dah terbakar.Mau saja aku pasang C4 kat bangunan tempat aku bekerja.Semua plan untuk hari ni terpaksa di batalkan.Sial.Tapi nasib baik sorang kawan lama ajak lepak sambil pekena minuman orang melayu.Aku layankan je.Lepak punya lepak.Tempat lepak silih berganti.Tak sedar dah pukul 3 pagi.Balik.Tido.
Fourth and last day,
Kemas-kemas barang.Sebab nak kembali ke selatan tanah air.Malas nak check duit kat bank sebab semua plan tak mengikut perancangan.Rasa macam palat pun ada gak.Sebelum balik,sempat lepak dengan kawan lama.Lebih kurang pukul 11 malam aku bertolak pulang.
Perasaan - Biasa-biasa je + marah sebab gaji tak masuk macam apa yang aku dah plan.
Misi - Gagal.
Keseluruhan - 40% okay.
Masa naik bas dari Pasir Gudang nak ke destinasi yang di tuju,aku harap sangat yang pak cik bawak bas tu terus bawak kitorang kat tempat macam ni.Tapi apa kan daya,pak cik tu dah hafal jalan.
No comments:
Post a Comment