Sunday, December 26, 2010

Semalam...

Cerita ni sebenarnya dari semalam gua nak masuk dalam entri blog gua.Tapi gua lupa.Gua pun tak tahu macam mana gua boleh lupa.Gua rasa semalam "Ho Ho HO Merry Christmast",tu yang sampai terlupa semua benda.

Gua bukan nak cerita apa yang gua buat sampai gua lupa nak masukkan cerita ni dalam blog,bukan.Gua nak cerita pasal benda yang gua tengok bila first time bukak internet untuk hari semalam.Terlalu RARE...



Kalau nak tahu cerita lebih lanjut klik sini.

Saturday, December 25, 2010

Hohoho...

Saat gua taip entri ni,gua dapat rasa kemeriahan mereka yang menyhambut tahun baru natal atau hari krismas.Entri kali ni bukan gua nak berhujah pasal sambutan hari natal.Kalau gua taip panjang berjela pun belum tentu ada yang nak baca sebab gua tahu ramai yang pernah dengar pasal sambutan hari natal.

Lu orang sambut hari krismas tak??

Kepada mereka yang sambut hari krismas,CHEERS MATE!!!



Hua sebenarnya teringin jugak nak pergi negara yang ada salji.Betul2 punye salji.



Selamat hari Krismas!!!

HOHOHO...Merry Christmast!!!

Saturday, December 18, 2010

Cicak Tokek

Lu orang kenal tak gambar ni??



Ni lah dia cicak tokek atau cicak yang tergolong dalam keluarga cicak gergasi.Kalau nama pun dah gergasi,lu orang agak-agak berapa besar cicak ni boleh membesar.Tak pun kalau lu orang tak boleh bayangkan,lu try google je.Konfirm ada gambar cicak tokek ni.Lu nilai sendiri la mana satu ambar betul dan tipu.

Gua rasa nak persoal kan kat sini adalah nilai cicak tokek ni.Logik ke cicak ni kalau 1 kilo boleh sampai RM 1,000,000??Logik ke?Kalau nak dikira rare tu mungkin la.Tapi kalau gua ada RM1,000,000,gua tak beli binatang ni,dah la kecik.Kalau terpijak kat rumah,mati pulak.Kan dah rugi.Baik gua beli harimau bintang.Lagi rare.
Nak kata cicak tokek ni boleh ubatkan penyakit,baik lu beli tanah yang baik untuk pertanian.Lepas lu beli tanah,lu tanam semua herba-herba yang boleh sembuhkan penyakit.

Gua pun tak tahu betul atau tak cicak tokek ni betul-betul mahal atau sekadar satu spekulasi untuk menaikkan martabat cicak tokek.Maklumlah,zaman Nabi Muhammad S.A.W dahlah cicak kene fuck.Memang lah,dah cicak ni jenis binatang yang jahat.Tu pasallah kene fuck.Lu pikir la sendiri sebelum membuat keputusan sama ada wujud kebenaran mengenai harga cicak tokek tu sendiri.Bagi gua,harga cicak tokek terlalu BULLSHIT!

Gua dan blog

Sejak 2 bulan kebelakangan ni,gua rasa gua dah jarang update blog gua nih.Kenapa?Mari kita rungkai satu persatu persoalan yang terdapat di segenap benak kepala hotak gua dan lu orang semua.

Pertama,

Kenapa gua dah jarang update blog?Mungkinkah gua sibuk,sesibuk Khairi Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ?Gua rasa gua tak sesibuk brader KJ.Cuma bila gua buat-buat sibuk,gua rasa KJ pun kalah.Silap gua cuma takde Personal Assistant je.Kalau gua ada PA,konfirm gua suruh PA gua update blog gua.Jadi gua dah tak payah nak ambil port sangat dengan dunia mem-blog ni.Ye la,kalau gua dah ada PA konfirm kerja gua bukan hantar pizza.

Kedua,

Kenapa gua malas nak update blog?Mungkinkah gua dilamun cinta??Jawapannya....Tidak!!Sama sekali,TIDAK.Ada beberapa faktor yang gua rasa penyebab gua tak selalu update blog.Faktor pertama,asrama tempat tinggal gua tidak di-provide-kan dengan internet jalur lebar.Bila internet dah takde macam mana nak update blog.Kedua,henset masih tak canggih.Henset gua pattern lama,jadi memang tak boleh nak main internet dalam henset.Maklumlah,gua bukannya KJ,boleh buat loan suka-suka hati dengan bank.Ketiga,takde pusat cyber yang berdekatan dengan asrama tempat tinggal gua.

Last but not least,

Kenapa gua tak update blog gua secara kerap??Kerja gua juga membataskan gua untuk terlibat dengan lebih serius dalam dunia blog.Kadang-kadang pun gua kekurangan idea untuk update blog.Bila gua dah rasa kurang idea,memang tak datang lah idea-idea yang bernas lagi baik untuk dimasukkan kedalam blog gua.Jadi untuk apa gua update blog kalau tak tahu nak tulis ape.For what??

Saturday, December 11, 2010

Hahaha Pt 2

Gua bangun pagi hari ni,tanpa gosok gigi,gua terus sarapan pagi walaupun jam gua perasan dalam pukul 11.45 pagi.Pagi lagi tu beb.Belum pukul 12 tengah hari.Setel gua makan,gua ambil sebatang rokok untuk di hisap kasi habis.Setel gua hisap rokok,gua online.Gua bukak facebook,bukak yahoo-mail dan semua benda gua bukak kecuali baju dengan gua punye boxer.

First video yang gua jumpa,



Lepas tu gua jumpa yang ni pulak,lu terus baca je kat link ni.Gua malas nak membebel panjang-panjang sebab gua ada benda lain nak kasi setel dulu.

Chow...

Tuesday, December 7, 2010

Gua,kerja dan Mega Sale!!



Ni adalah gua.Kenapa gambat ni gelap??Mungkin ini soalan yang terlintas kat fikiran lu orang bila tengok gambar kat atas tu.Bukan pasal gua tak hensem.Bukan.Gua malas nak letak gambar gua yang clear,nanti ramai pulak yang sibuk dok call gua.Gambar kat atas gua blur-kan sebab gua nak bagi tau kat lu orang yang gua semakin hari,semakin....lu orang try sambung,gua tak nak keluarkan statement apa.Nanti lu orang cakap gua perasan pulak.

Koma,

Gua, secara rasminya tidak lagi memegang title Consumer Loan Executive sebab gua malas nak jadi exec.Mahu taknya,peri kerja pakai smart2.Pakai kemeja,kasut kilat.Kalau budak tingkatan 5 tengok konfirm cair punya.Tu belum lagi yang akak-akak tengok.Konfirm kejong.Sekarang ni gua meneruskan kerjaya gua sebagai Personal Loan Agent.Sedap sikit nama dia.Ala-ala macam government's agent,tak pun secret agent.Memang stailo.Tu yang gua suka.

Titik.



Bulan ni merupakan bulan dimana rakyat Malaysia berbelanja macam kena sampuk dek jin afrait.Berbelanja tak ingat dunia.Masa ni jugalah,ramai yang ambil kesempatan.Maklumlah,nak untung lebih.Gua ingat,kalau ada duit lebih,gua nak buat passport,lepas tu gua nak ke Singapore untuk ber-shopping.Gua nak shopping macam kene sampuk jin paling ganas dalam ahli keluarga jin.Tu pun kalau ada duit la...Kalau takde,nak buat macam mana...Kahkahkah...

p/s: bagi sesiapa yang tersesat kat dalam blog gua,kerana masih mencari pekerjaan.Gua ada tips sikit.Klik sini.

Monday, November 22, 2010

Baca dengan penuh feeling...

My God Allah, if tonight is the heart that are stored hate change it into love. When our hearts were dirty, please wash away. When the injured heart sore,please heal it. My God Allah, please see our tears. I beg and pray to change the sorrow, anyone who reads this prayer,change every tear that flows into happiness and a gift in our lives. Amin ya robbal alamin.

Kalau di alihkan bahasa,

Ya Allah, bila malam ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang. Bila hati kami kotor, sucikanlah. Bila hati terluka perih, sembuhkanlah. Ya Allah, lihat air mata kami ini. Aku mohon ubahlah kesedihan siapapun yang membaca doa ini menjadi kebahagiaan dan ubahlah setiap air mata yang mengalir dipipi menjadi karuniaMu dalam hidup kami. Amin ya robbal alamin.

Lu orang try la baca.Tak banyak,sekali je.Baca betul-betul.

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidiladha

Sedikit penghayatan untuk lu semua...



Hayati erti pengorbanan...



Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua...

Saturday, November 6, 2010

Semangat Baru

Tadi,gua ada lepak rumah sorang member ni.Lepak-lepak.Melepak adalah kegiatan utama untuk kutu-kutu.Tak kiralah sama ada kutu tu ada pekerjaan atau tak.Kalau dah nama nya kutu,memang itulah kerjanya hari-hari.Kalau lu orang pernah tengok Zombie Kampung Pisang,masa scene awie tengah pegang gitar dengan Ac, dan lagi 2 orang mamat yang gua pun tak tau nama dia.Lebih kurang macam tu la aktiviti gua.Tapi gua tak lepak sambil pegang gitar.Gua main carrom.

Gua bukan nak beritahu pasal gua handal main carrom.Gua main biasa-biasa je.Tak handal sangat,tak lemau sangat.Average.Bila gua pikir-pikir balik situasi yang gua hadapi sekarang ni memang agak mencabar.Masa gua tengah lepak-lepak tu gua pasang la mp3 dari enset buruk gua.Sampai lagu Perhentian yang didendangkan oleh kugiran Wings.Bait-bait lagu Perhentian macam kat bawah ni...

Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri Oh.. Oh..
Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan pegaganku

Hari berganti masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri


Lagu ni memang ada sikit menggambarkan pasal jiwa gua sekarang ni.Jiwa yang boleh dikategorikan sebagai agak lost jugak.Tapi bait-bait lagu ni takde kena dengan kerjaya gua yang dah berubah dari Consumer Loan Executive kepada Personal Loan Agent.Gua rasa kerja yang gua buat ni lagi seronok buat secara freelance.

Titik.

[Iklan] Bagi mana-mana penjawat awam dan nak buat pinjaman peribadi boleh contact gua kat nombor ni,017-7876623/Haikal.

Thursday, November 4, 2010

Stick to the plan

Jadi, selepas dilemma yang agak membelenggu gua sejak kebelakangan ni,akhirnya,setel. Gua telah memilih satu jalan yang agak berani.Gua ambil jalan yang jarang dilalui orang lain.ua tak tahu sama ada keputusan yang gua buat ni betul atau tak. Gua rasa keputusan yang gua buat ni berdasarkan apa yang gua fikir dari semua aspek. Gua bukan jenis yang suka buat keputusan ikut hati.

Kata orang tua-tua,"kalau ikutkan hati,nanti mati...".Gua tak tahu la kalau lu orang tak pernah dengar ayat ni. Tapi gua memang agak selalu mendengar ayat ni. Gua dah kira dari segala sudut,keputusan yang gua buat ni agak "high risk". Gua rasa dalam hidup gua,ni-lah antara benda paling gamble pernah gua buat.Berhenti kerja sekali lagi.

Gua pun tak tahu apa yang akan terjadi pada gua.Jalan yang gua ambil ni memang "high risk" tapi gua tetap berpegang pada satu falsafah, "hih risk,high return".Ni lah antara cabaran yang gua buat untuk diri sendiri.Gua pun tak tahu sama ada misi gua kali ni boleh berjaya atau tak.Gua namakan perjalanan hidup ua selepas ni, Jouney from Inner-self.Amacam?? Cara tak?

Tuesday, October 26, 2010

Dillemma....

Gua sekarang berada di persimpangan.Tak tahu samaada nak pilih kiri atau kanan.Atau jalan terus kehadapan,dilaluan yang kurang di lalu orang.Sebab rumput kelihatan agak tinggi,paras pinggang gua.Kalau nak di redah jalan tu,takde hal.Kalau tak pikir panjang,konfirm redah.Nak tahu sesuatu yang mungkin orang lain tak pernah terpikir.

Tapi kenapa gua tak pilih kiri atau kanan.Kenapa gua kena pilih terus kehadapan??Bukan sebab kita kena "terus pandang kehadapan".Kalau jalan terus kedepan tanpa toleh bawah,lepas tu kebetulan pulak boleh terjatuh dalam gaung.Kan dah susah. Sekali-sekala kena pandang bawah,kiri,kanan, atas dan bawah.

Gua sebenarnya berbelah bahagi dengan kerja gua ni.Gua ada jugak terpikir nak convert kerja gua kepada kerja freelance. Bukan pasal produk yang gua jual sekarang ni tak boleh jual. Produk masih boleh dijual.Kira ok la tu.Tapi yang gua menyirap dengan kerja gua ni bab processing.

Processing ni pun satu,menyusahkan gua betul.Loan nak approve boleh sampai sebulan.Macam mana nak jual produk kalau service tak bagus.Nak handle customer kalau sampai sebulan loan tak approve lagi,nak cakap apa dengan customer. Gua yang baru nak buat nama dalam arena ni,macam mana nak cari makan??

Kalau kerja jalan cantik,senang hati nak buat kerja.Pagi-pagi semangat dah datang nak buat sales,customer call tanya loan macam mana.Sekali dua kalau nak "kencing" customer konfirm lepas.Tapi kalau dah sampai 4-5 kali dia call loan dia masih tak approve,memang teruk la kau kena dengan customer.

Jadi,mana yang gua harus pilih;

1) Teruskan kerja sekarang yang gua buat.

2) Bulan depan start buat kerja-kerja secara freelance.

p/s: pening nak pilih mana satu...

Tuesday, October 19, 2010

Pasca Perjumpaan dengan C.L.W

Hari ni secara official nya gua berjumpa dengan Bos paling besar dalam untuk Sales Team untuk satu Malaysia.Bos gua perempuan,cina,potongan badan,gua rasa dah takda cutting kot badan dia ni.

Singa Betina,gua rasa ni lah gelaran paling sesuai buat Bos gua ni.Garang nak mampos.Meeting start pukul 9 sampai pukul 11 lebih.Kalau buat Sales,takde meeting memang tak sah.Bukan maksud gua hari-hari ada meeting.Sekali-sekala.Tapi tu lah waktu paling malas,nak menghadap muka bos,nak kena bagi target figure.

Lepas meeting Team,kena menghadap Bos gua secara personal plak.Kena sekolah gua cukup-cukup.Gua budak baru la Bos,bagi lah muka sikit.Macam haram.Nasib baik lu Bos gua.



Gambar perempuan kat atas ni bukan gambar Bos gua.Kalau Bos gua cun macam ni,dia nak marah 2-3 jam pun gua tak kesah.Tengok muka dia je terus tenang perasaan gua walaupun tengah kena marah.Tu pun ada "kalau".Realitinya,Bos gua takdelah secantik macam perempuan dalam gambar ni.Tapi cuba lu bayangkan muka minah ni 20-30 tahun akan datang.Rasa-rasa,macam tulah muka Bos besar gua.

p/s:awek dalam gambar ni cun ke??

Monday, October 18, 2010

C.L.W

Pertama kali,sejak first day gua kerja tempat kerja gua sekarang,hari ni first time gua jumpa bos besar gua.Ni betul-betul punya bos besar.Nama dia C.L.W.Nama betul dia,gua tak boleh bagitau.Rahsia.

Besok pagi ada meeting.Ntah apa yang diorang nak membebel,gua pun tak tahu sbab gua bukan ahli nujum,hatta ali baba mahupun permpuan sihir dengan bebola ajaib.Tapi gua rasa-rasa mesti ada kena mengena dengan performance kerja.

Kerja pun Sales.Meeting sekali-sekala.Hua-hua selalu.Tengok,apa dah jadi.Bos pun dah datang,standby lah telinga masing-masing.Gua rasa mungkin gua kurang kena marah sebab gua budak baru.Baru masuk bulan yang ke-3.Tak kena marah kot gua.

Tunggu saja esok.

Let's rockin' the night...

Sunday, October 17, 2010

Review "The Other Guy"



Starting masa baru nak start cerita,macam gempak bila "The Rock" dgn brader Samuel L Jackson masuk frame.Bila dah nak masuk suku cerita,watak dua orang yang gua sebut tadi telah dimatikan. Cara watak dimatikan,dah tentulah diorang kena mati.Jadi dalam cerita ni,"The Rock" dengan brader Samuel telah mati dengan cara bunuh diri.

Kenapa dengan cara bunuh diri??

Gua rasa pengarah filem ni memang malas nak pikir cara mematikan watak untuk lebih dramatik bila ditonton umum.Ini tak,macam tak logik langsung bila 2 orang polis yang handal,overconfident lalu terjun bangunan.Tak ke macam gampang tu.

Gua malas nak ulas lebih lanjut sebab cerita ni tak kelakar macam yang tulis kat poster.

Rating: 3/5

Sunday, October 10, 2010

Review Jangan Pandang Belakang Congkak 2



Gua selidik punya selidik,mana kekurangan skuel yang kedua ni.Secara general,Nora Danish takde "aura" macam mana "aura" mamat adnan sempit,Sazliey Sam.Gua tak tahu ejaan yang sebetul nya,jadi gua pakai hembus.Kalau salah sori la brader.

Member gua yang tengok dengan gua cerita ni sampai tertidor.Kalau cerita best,takkan boleh tertidor member gua kat sebelah.Tapi gua tak salahkan Ahmad Idham,sebab semua manusia melakukan kesalahan.Keep on going,man...

Rating: 3/5

Monday, September 27, 2010

Gua dan kerja (part 3)

Ni benda yang agak menarik bagi gua bila gua tengok iklan dalam surat khabar.



Bila gua bukak laman sesawang Dr. ni,baca isi,biasa-biasa je.Takde lah gempak gila.

Klik sini untuk maklumat selanjutnya.

p/s: rasa macam nak pergi dengar Dr. ni membebel pun ada jugak...

Wednesday, September 22, 2010

Gua dan kerja (part 2)

Semalam...

Bos sales gua dari kl datang ke markas operasi team sales area Permas Jaya.Datang dah la tak bagi tahu,kelam-kabut budak-budak sales balik opis.Nasib baik gua belum keluar.Selamat.Macam biasa,settel-kan problem untuk loan-loan yang memang ada problem.

Hari ni...

Meeting pukul 9 sampai pukul 11.Bos bagi target untuk minggu depan.Bos gua cakap,kalau tak achieve target,4 haribulan 10 kena naik kl.Jumpa Madam C.Siapa Madam C,gua pun tak tahu.Tapi bunyinya memang menakutkan.

Target...

Minggu ni - 1 customer.

Minggu depan - 2 customer.


Target ni,bos gua yang bagi.Nak atu tak,gua kena achieve jugak.Dah namanya pun kerja.Doa-doalah gua lepas test kali ni.Insyaallah.AMIN...

Friday, September 17, 2010

Gua dan Angelina Jolie

Kalau nak dibandingkan movie Angelina Jolie,antara Salt dengan GIA,kompem gua undi GIA.Bagi gua,GIA adalah antara movie teragung bagi Angelina Jolie.Penghayatan dia memanh power.Maklumlah dalam cerita tu bini Brad Pitt ni jadi mat gian.Memang syok la.

Tapi gua bukan nak ulas pasal GIA,cuma gua nak cerita pasal journey gua untuk menghabiskan SALT.Nak habiskan tengok movie pun jadi journey.Tak pernah dalam hidup gua,nak tengok satu movie sampai 3 hari baru habis.Lu orang tak pelik ke...

Mana taknya,hari first gua tengok movie ni,gua tertidur.Hari kedua pun sama.Hari ketiga pun masih sama.Kali keempat gua tengok,baru habis.Bagi gua movie ni adalah average.Mungkin disebabkan sebelum gua tengok movie ni,gua tengok The A Team.Lagi syok.Lagi taktikal.

"...the Russian spy name is Salt.Evelyn Salt."

"My name is Evelyn Salt"

"then,you're Russian spy..."

Thursday, September 16, 2010

Gua dan kerja...

Januari 2010,

Gua dah start menjadi kutu yang tak tentu arah.Kerja takde,duit takde,harta takde...senang kata gua ni memang serba-serbi takde.Tapi bak kata Awie(Wings), "berbekalkan jaket biru yamg disangkutkan dibahu,walau riada wang di saku hati tetap senang selalu...".Memang hati senang,walaupun takde sen.Hati gua senang,gua rasa pasal gua takde duit,jd gua tak payah nak risau duit hilang ke,nak kene rompak ke,nak kene samun ke.Hidup gua memang rilek.Aman,damai,bahagia.Fun tu memang fun.Sampai gua pun dah lupa yang masa memang tak tunggu gua.Pengangguran gua berlarutan selama 6 bulan.Bagi gua,ni dah jadi satu rekod peribadi.Indah jugak jadi penganggur.

Ogos 2010,

2 hari sebelum raya,gua dah kene report duty kat tempat kerja.Gua pergi.Gua kerja.Gua dah tak jadi penganggur lagi.Kerja apa?"Sales".Kerja ni bagi gua memang leisure.Lebih-lebih lagi dari segi masa.Selesa amat.Yang penting kerja jalan.Ada sales,ok la.Bos tak bising.Janji sampai target.Gua pun malas nak explain pasal kerja gua ni.Gua suspek,kawan-kawan lu pun ada buat kerja macam ni.Kira ok la tu.Tak payah gua nak explain lebih lanjut.

September 2010,

Bulan ni ada 2 lagi customer gua yang belum setel lagi diorang punya case.Mintak-mintak la minggu ni terus setel.Malas woi nak menghadap,mendengar,melayan karenah customer ni.Macam-macam.

p/s: Gua dah rindukan kehidupan gua masa bula Januari dulu....

Tuesday, September 7, 2010

22 facking years old...

Apa lagi cabaran yang akan datang dalam hidup gua....







"It always nice to be nice..."





Ready...Set...Go!!!
Bermula kisah hidup baru...

Baru lagi....Shite!

Saturday, September 4, 2010

Malam 7 Likur

Puasa dah masuk minggu terakhir.Kalau ikut kalender,10 hari bulan umat Islam akan beraya.Kalau cakap pasal raya,mesti dalam kepala terlintas,shopping...kuih raya...baju raya...mercun...dan gua rasa banyak lagi.Gua malas nak list banyak-banyak,sebab siapa yang baca blog ni mesti ada akal fikiran.Kalau tak macam mana lu boleh baca blog gua yang macam gampang ni!

Kembali kepada puasa.Lu rasa puasa lu complete tak setakat ni?Atau puasa sekadar puasa atau sekadar menahan lapar dan dahaga.Lagi teruk,tak puasa langsung.Lu orang yang mana?Terletak pada tangan lu orang sendiri untuk memilih.Gua pun bukan sempurna,sekadar mengingatkan satu sama lain(ada gaya macam orang-orang tabligh tak?).

Raya tetap raya.Semua sambut.Cina dengan India yang tak puasa pun sambut.Nama pun 1 Malaysia.Cuma gua nak ingatkan,berpada-padalah di Hari Raya.

Wednesday, September 1, 2010

Selepas Merdeka

Semalam tepat pukul 12.00 tengah malam,gua tengok kat padang tempat gua memang penuh dengan orang ramai.Maklumlah,merdeka.Semua orang nak menyambut merdeka.Tak terkecuali Cik Melor yang sama-sama turut ke padang.

Memang meriah.Setahun sekali la katakan.

Hari ni,

Gua terpikir satu benda,Merdeka ke lu orang semua.Gua??Gua memang terang-terang belom merdeka.

Kenapa?

Lu pikir la sendiri sampai dapat jawapan.

Monday, August 30, 2010

Massage...



Gua memang no komen...

Saturday, August 28, 2010

Weirdo!!

Benda pelik gua jumpa kat facebook hari ni...





Ni bagi gua dah pelik.Gua tak tau la lu orang.

Monday, August 23, 2010

Gua tak tau nak cakap apa...

Minggu lepas,minggu kedua puasa,minggu kedua gua bekerja...

Gua kerja mana,nanti gua bagitau...

Tak pernah dalam hidup gua bagi flyers kat tengah-tengah bazaar.Lagi la dalam bulan puasa.Dah nama pun bazaar.Biasa kalau sebut bazaar je mesti ada kena mengena dengan bulan puasa atau bulan ramadan.Tapi thrill dia memang lain.Orang gila pun tak berani buat kerja macam ni.Lagi la yang waras.Lu rasa gua yang mana.Waras atau tak.



Lu bayangkan,tengah ramai orang macam ni,tiba-tiba gua boleh terselit kat tengah-tengah.Macam mana ni.Gua pun tak tahu,lu orang nilai la sendiri...

Monday, August 16, 2010

The Expendables

Malam semalam,gua layan satu cerita....



Dari 5 bintang,gua boleh bagi 3.99 bintang.Kenapa??Brader Satallone memang spoil bila part dia kena lari."Pancit" habis.Memang tak boleh blah.Nasib baik ni memang movie Brader Stallone yang bikin,kalau tak gua dah maki hamun director-nya.

Thursday, August 12, 2010

How Rich Is Rich?

Kalau lu ingat lu dah kaya,lu memang silap.Lu baca apa yang ada kat bawah ni,

How much money do you need to feel rich?

Wealth is a subjective concept, but one thing is universal in most definitions: being able to live a comfortable life without having to work.

"I'd like to have enough money so my family and I wouldn't have to work anymore or worry about the necessities, and maybe travel a bit," said Deborah Veale, a Southern California resident visiting New York City.

Veale said she'd need about $10 million to consider herself set.

One woman from Seattle put it at a "couple thousand dollars a month." Another from New York City wanted a billion (although she'd still fly coach.)

Experts peg the figure to be somewhere around $2 million to $12 million in savings.

On the high end of that range, a single person living in an expensive part of the country (say, New York City), wanting to retire at 35 would need at least $300,000 a year to feel rich, according to Steven Kaye, president of Watchung, N.J.-based wealth management firm American Economic Planning Group. He based that number on real-life figures his clients tell him they need.

A yearly income of $300,000 would allow for taxes, a $3,800-a-month apartment (the average price in Manhattan), and a monthly spending allowance of around twelve grand, he said. Not too bad, especially since you could do this all without a pesky job.

To generate $300,000 a year beginning at age 35, you'd need a nest egg of just under $12 million. That assumes a conservative investment portfolio generating a return of 5% a year, an inflation rate of 2.5% a year and Social Security benefits of $25,000 a year starting at age 62.

Over time, the shape of your nest egg would resemble a bell curve, growing in the early years, and then declining as inflation required you to withdraw more money to maintain a lifestyle equivalent to $300,000 in 2010. The $12 million would finally dwindle to $934 when you turned 100.

If you live in a low cost part of the country, $100,000 a year should be enough, said Kaye. In that case, you would need savings of about $4 million to retire at 35.

But if you're willing to stay in the workforce until age 65, a mere $2 million would be enough.

Jon Duncan, a financial planner at Tacoma, Wash.-based Seneschal Advisors, gave numbers similar to Kaye's, and agreed that for most people, the figure would be somewhere in the multi-millions.

"I'm from an era when we'd talk about millionaires and say 'Whoa, he's got it made for life,'" said Duncan. "But that's not the case anymore."

Indeed, few experts think a million is enough to quit your day job.

"Don't retire at 35," he advised this reporter, "you'll need a ton of money."

Keeping Up With the Joneses

Of course, there are other ways of determining wealth besides just what you'll need to live well in retirement.

Although decidedly not recommended by financial planners, one is relativity. Basically, you're rich if you're making more than your brother-in-law.

That appears to be how the government measures affluence. The Obama administration wants to extend tax cuts for all but the wealthiest Americans, which it defines to be those families making more than $250,000.

But that only includes about 2% of the population, according to the Census Bureau.

Kaye cautions not to confuse wealth with income. Some people can make a million a year, but be spending a million and a half. They are not rich, said Kaye.

"Income relates to lifestyle," he said. "Wealth relates to balance sheets."
(Artikel ni dicuri dari Yahoo!)

Bandingkan dengan cerita kat bawah ni,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh dan sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa-rupanya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba-tiba Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba-tiba datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal dan memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru-baru ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap-tiap hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap-tiap bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the
other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar-benar sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul-betul saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan-kawan saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan-rakan saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-ngira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap-tiap hari. Ini benar-benar terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat-dapat sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak-tidaknya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba-tiba dia dapat banyak sangat OT. Hari-hari balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main-main dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala-galanya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...(
Aku simpan artikel ni tapi dah tak ingat kat mana aku copy)

Apa yang lu dapat dari cerita ni...LU PIKIRLA SENDIRI!

Tuesday, August 10, 2010

Slash Tour 2010..

Cita-cita gua paling latest...

1. Penembak Tepat





2. Pembunuh Upahan

Last skali, gua ingat gua nak jadi macam brader2 kat bawah ni...



Amacam...menarik tak cita-cita gua?

Wednesday, August 4, 2010

Fantasy Premier League



Lu rasa-rasa team gua ni boleh pergi jauh tak...

Saturday, July 31, 2010

Wednesday, July 28, 2010

Blood, Sweat and Takeaways

Gua baring-baring tengok tv tadi petang,gua tengok satu rancangan.Kisah 6 orang rakyat British yang di hantar ke tempat pemprosesan makanan.Makanan-makanan yang diproses dalam rancangan ni,di eksport ke UK.




Gua tengok cerita ni gua teringat satu hadis;

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.

Sama-samalah kita renungkan...

Untuk ulasan lebih lanjut mengenai Blood,Sweat and Takeaways,klik sini.

Tuesday, July 27, 2010

1 Malaysia

Cuba bayangkan....

Lu tengah lepak sorang-sorang,lepas tu lu nampak sorang minah yang memang cun,cukup canti,cukup lawa,memang menepati citaeasa, datang kat lu.Lu memang kenal minah ni.Sebab lu pernah simpan perasaan pada dia.Tapi dia tak tahu sebab lu tak pernah bagitau kat dia apa-apa pun.Lu memang dah kenal dengan minah tu agak lama dan satu masa dulu lu pernah rapat dengan dia.Punca lu dengan dia dah tak serapat dulu,mungkin lu je yang tau.Dia datang kat lu terus dia bagi sepucuk surat.Dalam surat tu berbunyi begini...

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think


Lu pun ape lagi,lu terus melutut kat tanah sambil keluar kan sebentuk cincin,lepas tu lu cakap;

"marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes"...


Romantik tak?

Gua sebenarnya tengah cari chord lagu ni.





Last skali,bilas dengan yang ni....





Last kopek,yang paling gua suka,

Friday, July 23, 2010

Twitter

Malaysia pun banyak band yang otai jugak la,der.





Ni memang betul-betul rare.Hitam putih lagi gua bagi lu orang tengok.Tak main la HD.Tak rare!!!

Saturday, July 17, 2010

Facebook

Hari ni gua jumpa lagi satu benda yang gua rase agak rare...



Kool kan...

Thursday, July 15, 2010

Yahoo!

Gua sebenarnya dah lame nak cari video ni tapi malas nak tengok youtube sebab world cup.World Cup pun dah habis,gua pun cari la video ni.



Lepas tu gua jumpa ni pulak,



Gua dah konpius dah.Mana satu video ori.Tapi gua rasa yang bawah tu ori.

Wednesday, July 14, 2010

Fiesta Iniesta!

Akhirnya,Piala Dunia 2010 menutup tirai.Pemenangnya,gua rasa lu orang dah pun tahu.Spain.Kalau tak team mane lagi.

"Spain deserved to win."kata Pak Hamdan belakang rumah gua.

Lu orang layan je gambar kat bawah ni.







Untuk berita lebih lanjut lu klik sini.

p/s: sumpah gua bukan sokong Spain!!!

Saturday, July 10, 2010

"Paul the octopus" already pick the winner of the world cup 2010

First time gua baca yang dia dah predict sape menang World Cup 2010,hati gua terus kata,"sial la".Gua sokong Belanda.Tapi gua tetap rasa Belanda akan menang jugak.

Sebab pertama,

"Paul" punya prediction untuk Euro 2008,semua prediction adalah game Jerman,5 betul dari 6.Rekod "Paul" untuk World Cup ni semua betul,jadi kebarangkalian untuk prediction "Paul" yang terakhir untuk betul adalah tipis.Lagipun bola tu bulat,main 90 minit,macam-macam boleh jadi.

Sebab kedua,

Setakat ni Spain adalah favourite untuk menang World Cup 2010.Jadi dari segi betting,point Spain adalah lebih rendah berbanding Belanda.Walaupun point kedua-dua team tak lari jauh,lingkungan 2.0-2.5,jadi lebih baik betting team yang mempunyai point lebih besar,pilih team bukan favourite untuk menang.Lebih berbaloi untuk letak Belanda menang.

p/s : Untuk berita lebih lanjut pasal "Paul",klik sini.

Friday, July 9, 2010

Belanda VS Spain

Macam-macam kalau cakap pasal bola.Kejap bola ada kena mengena dengan judi,kejap bola boleh ditilik oleh sotong.Macam-macam.Gua pun sampai tak tau nak cakap apa.

Nasib baik gua takde belajar ilmu tilik dengan pukau orang.Kalau ada dah lama gua buat kerja tipu orang.



Lu orang rasa bila gambar diatas boleh direalisasikan...

Wednesday, July 7, 2010

Belanda vs Uruguay

Gua rasa gua perlukan sedikit rehat.

p/s: Gua dah menganggur lebih 6 bulan.Hahahahaha.

Monday, June 28, 2010

England (1) - (4) Jerman



Tak cukup rare ke menatang ni??

Tuesday, June 22, 2010

Perancis memang tak boleh nak menang lawan mana-mana team kat World Cup...



Gua tengok video ni,suara mamat ni memang sedap.Kalau untuk versi buatan sendiri gua bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang.Tapi kalau nak di bandingkan dengan Michael Matijevic,hanyalah 3.5 bintang saja yang mamat ni boleh dapat.Sebab suara dia kurang rock,ni lagu ballad-rock.Feel rock tu dah berkurangan bila mamat ni nyanyi.

Apa-apa pun,"good effort,bro!!".

Bila semua benda menjadi,nah amek kau...7-0



Dari saat gua eksperimen untuk dengar lagu ni sampai sekarang,lagu minah ni makin banyak yang gua dah berkenan.Disebabkan gua tak ikut peredaran muzik sekarang ni,gua cari lagu yang gua rasa gua nak dengar.

Ni pun baru-baru je gua dengar...

Saturday, June 19, 2010

Jerman kena bom dengan Serbia??



Perancis,Spain dan yang latest jerman...semua tak boleh 'makan' masing-masing punya lawan.Nasib baik tak jadi first team yang out dari WC 2010...

Thursday, June 17, 2010

Portugal memang tak kuat walaupun ada 3 lagi Cristiano Ronaldo

Gua bukak fesbuk,gua jumpe benda ni


Klik pada gambar untuk mendapat saiz yg lagi puas hati.



Macam mana ni?
Sapa yang nak jawab??

Tuesday, June 15, 2010

Committed to the game



Lu orang agak-agak,bila Malaysia boleh main macam ni lagi??

Saturday, June 12, 2010

Ni bukan cerita kedai kopi (Part 2)

...Sabtu lepas(5 Jun 2010),

Konsert yang gua agak tunggu-tunggu untuk tahun ni disebabkan masa konsert kat Bukit Kiara tak dapat turun.Jadi tekad dalam hati untuk rock kat Stadium Larkin.




Jadi buat pertama kali dalam sejarah, Konsert Double Trouble diadakan dalam bentuk tour.Jadi ini merupakan tour Double Trouble ke selatan tanah air.Yearghh."Welcome Home Amy" tertera pada satu sepanduk yang dibawa oleh seorang peminat.

Konsert di mulakan agak lambat,tapi tu tak mematahkan semangat rockers-rockers untuk berdiri di barisan paling hadapan seawal jam 7.30 malam setelah pintu utama di buka.Pintu utama juga di buka lambat menyebabkan terdapat sedikit kekecohan.Ada juga rockers yang ditipu oleh pihak yang tak bertanggungjawab.Ada ke patut diorang jual tiket palsu.Nasib baik yang ditipu pun di benarkan masuk ke dalam stadium.Kalau tak,melepaslah 70 ringgit,harga tiket tu.

Tak di nafikan,konsert ni memang rock.Walaupun keseluruhan konsert nyata Awie lebih bertenaga dari Amy Search.Balada Pemuzik Jalanan,Pelesit Kota,Pawana,Misteri Mimpi Syakila,Nurnilam Sari(Walaupun suara Awie tak sampai).Jumlah kesemua lagu yang di mainkan lebih kurang 30 buah lagu termasuk lagu-lagu yang di bawa secara medley.Selain penghormatan untuk Ronnie James Dio,Holy Diver turut di persembahkan.Lagu penutup acara,Rock n Roll punya suka...Memang rock!!

Isnin(7 Jun),

Gua bertolak dari rumah jam 6.50 pagi menuju ke lokasi perjumpaan gua dengan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah swasta,untuk ekspedisi pendakian di Gunung Nuang,Hulu Langat.Gua bertolak menaiki bas persiaran yang disewa khas untuk membawa rombongan 20 orang pelajar dan 4 orang guru termasuk guru yang gua sebut tadi.

Tak banyak yang dilakukan sebaik sahaja sampai di kawasan pendaftaran selain melakukan pendaftaran,sewa chalet dan dorm.Bagi gua kalau bab-bab masuk hutan ni lagi thrill kalau camping berbanding sewa chalet.Mana feel kalau masuk hutan tapi tidur atas tilam.

Selasa(8 Jun),

Ekspedisi pendakian dimulakan seawal jam 8 pagi.Ini pengalaman gua yang pertama untuk bawak budak-budak sekolah masuk hutan.Tak masuk akal langsung nak bawak budak-budak masuk hutan tanpa sebarang sebab.Memang mencabar untuk bawak budak-budak ni,sebab macam-macam karenah.Gua agak kecewa sebab tak semua 20 orang pelajar tu sampai puncak.Tak silap gua,separuh je yang sampai puncak.









Gambar no 5 tu,awan dah sama level dengan gua.Muka-muka yang sampai puncak kat gambar no 6.Biasalah,beginner mesti ada yang tak larat punya.Perjalanan turun pecah 2 group sebab group yang lagi satu,semua tak sampai puncak.Jadi diorang turun dulu dan sampai di kawasan chalet jam 8 malam.Gua dan yang lain sampai jam 1 pagi disebabkan beberapa masalah.Ni jugak pengalaman gua yang pertama jalam dalam hutan selama 17 jam.Thrill beb.Sampai kat bawah,gua rilek-rilek kejap lepas tu naik chalet terus tido sebab lepak tahap dewa punye.

Rabu(8 Jun),

Bangun pagi,terus berkemas untuk pulang dan destinasi selepas ini adalah ke Shah Alam untuk lepak bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lama.Rakan-rakan yang satu ketika dulu pernah berjuang di Unit Interaksi Tahanan Mental, Segamat.Pengalaman yang bai gua cukup rare.Mana taknya,gua dah la tinggal kat hujung selatan tanah air dan untuk bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan adalah benda yang rare bagi gua.Seronok memang seronok.Lagi-lagi bila ada yang dah mulakan karier mereka.Gua??Masih tetap seorang rockers.

Khamis(9 Jun),

Hari untuk berehat seketika setelah melakukan aktiviti-aktiviti yang memenatkan.Gua bertolak pulang ke JB jam 10.30 malam.Pak Cik yang bawak bas malam tu memang rock.Baik punya cilok!!Sampai JB lebih kurang pukul 2.45 pagi.Satu pengalaman yang agak menyeronokkan dan baru bagi gua.Memang rock!!!

p/s : terima kasih kepada cikgu-cikgu Sekolah Sri Utama yang terlibat menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini.Terima kasih daun keladi,lain kali ajaklah gua lagi...

Monday, June 7, 2010

Ni bukan cerita kedai kopi (Part 1)

Ada beberapa cerita yang gua ingat nak kasi letak kat blog gua ni.Tapi tengkok gua pun masih sengal-sengal lagi,jadi untuk menaip panjang-panjang pun gua dah malas.

Tak pe,lu orang tunggu Part 2 nanti.

Ni bukan cerita kedai kopi tau!!



p/s : video kat atas ni hanya sebagai tayangan,tiada kena mengena antara yang hidup mahupun dah mati.

Wednesday, June 2, 2010

Hahaha



Gua tengok video ni,boleh tersengih sorang-sorang macam kerang busuk.

Friday, May 21, 2010

Si bodoh akan mengambil alih...

It's not the right time to be sober
Now the idiots have taken over
Spreading like a social cancer, is there an answer?

Mensa membership exceeding
Tell me why and how are all the stupid people breeding
Watson, it's really elementary
The industrial revolution
Has flipped the bitch on evolution
The benevolent and wise are being cornered, ostracized, what a bummer
The world keeps getting dumber
Insensitivity is standard and faith is being fancied over reason

Darwin's rollin over in his coffin
The fittest are surviving much less often
Now everything seems to be reversing, and it's worsening
Someone flopped a steamer in the gene pool
Now angry mob mentality's no longer the exception, it's the rule
And I'm startin to feel a lot like charlton heston
Stranded on a primate planet
Apes and orangutans that ran it to the ground
With generals and the armies that obeyed them
Followers following fables
Philosophies that enable them to rule without regard

There's no point for democracy when ignorance is celebrated
Political scientists think the same one vote that some monkeys are inbred
Majority rule, don't work in mental institutions
Sometimes the smallest softest voice carries the grand biggest solutions

What are we left with?
A nation of god-fearing pregnant nationalists
Who feel it's their duty to populate the homeland
Pass on traditions
How to get ahead religions
And prosperity be a symbol to culture




p/s : Gua memang tak minat politik dan mungkin takkan minat sampai bila-bila terhadap politik sebab gua mempunyai perspektif yang berbeza pasal politik.Gua pun rasa-rasa memang takkan pergi mengundi.Lu orang pulak?

Tuesday, May 18, 2010

R.I.P

Apa-apa hal lu baca dulu yang ni...



Rest in Peace,brader...tu je yang gua boleh cakap.



Tribute to D.I.O...

p/s : budak-budak lame cakap D.I.O tu stand for Destroy Islam Organization.

Monday, May 17, 2010

Gua bukan minat sangat diorang ni...



Penyanyi semua kiut-miut.Takde masalah dengan gua.Tapi gua nak cakap satu benda dengan lu orang.Gua bukan peminat Wonder Girls!!

Thursday, May 13, 2010

Macam-macam



Nak lagi besau,lu klik kat gambar tu sekali.

Monday, May 10, 2010

Hujung Minggu

Hari Jumaat,

Misi ke segamat kali ini untuk menyebarkan risalah-risalah.Bukan risalah berbentuk agama ataupun politik, jauh sekali risalah untuk fuck capitalist.Gua amek keputusan untuk naik bas dari Pasir Gudang terus ke Larkin.Dah lama tak rasa naik bas.Bas yang gua naik dari Pasir Gudang tak ramai orang.Pak Cik driver bas amek keputussan keluar dari route biasa yang dia jalan.Dia ikut sepanjang highway Pasir Gudang,terus naik flyover menghala ke jalan Datin Halimah.

Sampai Larkin,gua terus cari brader yang menunggu gua.Naik foodcourt minum kejap sebab tiket bas pukul 4.30 petang padahal masa tu baru pukul 3 setengah.Lepak punye lepak,dah masa untuk naik bas.Sepanjang perjalanan dari Larkin ke Segamat mulut gua tak henti-henti berbual dengan brader tu.Banyak hal.

Sampai Segamat hari dah gelap.Terus ke rumah sewa yang pernah gua duduk satu masa dahulu untuk jumpa brader ni.Mission pertama settle.Lepas tu peri pulak rumah dia ni.Gua dengan brader sorang tu lepak umah dia ni.

Sabtu,

Ingatkan nak gerak balik JB terus sebab misi dah selesai.Rilek punya rilek,abang dia ni pulak datang dengan family nya sekali.Lagi rancak berbual sebab dah lama tak jumpa.Siap lepak kedai kopi yang kami selalu lepak masa dulu-dulu.


Ni lah tempatnya.

Lepak punya lepak sampai diorang balik,tengok jam dah pukul 4 lebih.Nak gerak balik JB pun dah malas.Tangguhkan hasrat balik JB untuk satu hari lagi.

Ahad,

Dari Segamat naik bas pukul 1, terus direct balik JB.Sampai Larkin mula-mula tak hujan,lepas mencekik dengan mentakedarah,gua terus tunggu bas balik Pasir Gudang.Masa gua tunggu bas,hujan dah start lebat.Masa gua naik bas,hujan lagi lebat.Dalam bas punyalah sejuk,gua tengok kanan,brader sebelah gua dah peluk tubuh tanda kesejukan.Gua tengok yang lain pun lebih kurang macam tu.Gua apatah lagi.Gua sampai Pasir Gudang dalam pukul 7 malam.

p/s : terima kasih pada sponsor sebab menaja perjalanan kami.hahaha.

Tuesday, May 4, 2010

Double Trouble


Kecewa jugak gua bila tak dapat pegi Konsert Double Trouble.Maka,berkecailah cita-cita gua untuk kumpul duit dalam masa yang singkat semata-mata untuk Double Trouble.Tapi kecewa gua terubat sikit bila ada khabar angin yan tak berapa nak kencang,diorang nak turun JB.

Untuk ulasan selanjutnya,sini,sini pun ok gak.Memang gua harap diorang ni tak main-main kata nak turun JB.Gua dapat tahu lu orang tipu,siap lu orang.



nota buat Amy(Search): Lu jangan main-main brader kata nak turun JB.Gua memang dah mengharap sangat yang lu turun.Return balik Double Trouble.Kalau tak jadi,lu ingat lu dapat balik lu punya kampung!!!Hidup Rock n Roll!!