Monday, September 28, 2009

Kehidupan Selepas Raya


Raya dah masuk seminggu.Start hari ni dah ramai yang mula masuk kerja lepas cuti raya yang panjang.

"Apa yang korang buat ni dari tadi."tegur sorang brader ni yang dari tadi tengok aku tangkap feel main gunting-gunting kertas.

"Takde apa pun bang.Main gunting-gunting kertas je ni."terang aku untuk menjawab segala kemusykilan brader ni.

"Apalah diorang ni.Raya kan dah lepas.Bila jamuan raya ni?"tanya brader ni macam tak bersungguh-sungguh langsung nak tahu pasal jamuan ni.

"Hari jumaat ni."aku jawab dengan ringkas.

"Budak-budak bolehlah raya sebulan.Dah tua-tua nak raya lagi,apa kejadahnya.Raya 2-3 hari ok lah tu."kata brader ni yang memberi pandangan mengenai raya.

"Betul tu bang.Mana boleh raya lama-lama."aku menyambung kata-kata brader tadi.

Aku sengih.

No comments: