Sunday, June 21, 2009

Minimum..

"Cuti ni kau tak pergi mana-mana ke?"tanya seorang kawan aku.

"Nak pergi mana?"tanya aku yang dalam kebingungan.

"Pergi bercuti...pergi pantai ke...mana-mana je.."terang si dia ni.

"Rumah aku pun dah kat tepi laut...nak bercuti kat mana lagi..."aku jawab bagi yang tidak tahu sememangnya rumah aku di tepi laut.

Aku malas nak cerita panjang lebar...korang layan je gambar kat bawah ni...




Sunday, June 14, 2009

Pak Cik dan hospital..

Hujung minggu yang baru lepas ni,aku pergi ke hospital untuk menjenguk kakak aku yang sulong bersalin...tapi kat sini bukan aku nak ceriat pasal baby dia...aku nak ceritakan pasal seorang pak cik yang aku jumpa masa kami sama-sama menghisap rokok dalam kawasan hospital...tak bohong,dude...betul!!!



Ketika aku sedang menghembuskan asap rokok sambil berbual dengan aku punya abang ipar, datang seorang pak cik datang dan terus menyapa...

"Boleh ke isap rokok kat sini?" tanya pak cik tu.

"Boleh je pak cik, puting rokok pun banyak kat sini.."jawab abang ipar aku untuk meyakinkan pak cik tu.

Bla...bla..bla...(Perbualan yang aku rasa tak berapa nak penting sangat)

"Dulu pak cik penah berhenti isap rokok...dekat seminggu jagak la.."pak cik itu berkata.

"Tapi lepas seminggu tu pak cik terus kena masuk hospital..macam-macam penyakit pulak yang datang.."sambung pak cik.

"Doktor buat check ape semua...pastu doktor tu tanya pakcik...pak cik ni isap rokok tak?..pak cik jawab ye...lepas tu doktor cakap,balik ni baik pak cik isap rokok semula..."terang pak cik tu panjang lebar.

Sumpah,dude...cerita ni bukannya aku reka...Pakcik tu umur dia 55 tahun...dia cakap dia isap rokok dari umur 11 tahun..tapi nama dia aku tak tanya pulak...BETUL!!Moral dari cerita ni...Lu pikir la sendiri!!!

Wednesday, June 10, 2009

Semalam bersama...

Jam di tangan baru menunjukkan pukul 9.00 malam...tangan aku ni dah naik gatal nak call kutu-kutu stoner tegar untuk lepak bersama-sama...

"Rilek dulu..."gesa hati yang kononnya kental nak mampos.

Tanpa aku sedar tangan ni terus mendail nombor salah seorang daripada kutu-kutu stoner tegar...

"Mana, apa projek?"kata aku sebagai pembuka bicara.

"Ada ni..kat tepi pantai..."jawabnya.

"Tepi pantai celah mana?"tanya aku yang masih sangsi ini.

"Takpelah...nanti aku datang rumah kau."ringkasnya.

Tak lama lepas tu seorang daripada kutu-kutu stoner tegar ni pun datang rumah membawa aku ke tempat persembunyian mereka...

Tempat persembunyian kali ini adalah di hutan bakau yang telah di tebang...tapi dah jadi kawasan lapang walaupun tak lah seluas padang bola sepak...

Dari tempat kami berkumpul,boleh terdengar alunan muzik dari sebuah kapal yang berada di lautan..ya...suasana memang amat mendamaikan...

"Diorang mabuk tu aku rasa.."kata salah seorang datipada kutu-kutu stoner tegar di situ...

"Yang penting hati diorang senang,oklah tu..."kataku dengan suara yang sayup-sayup.

Sunday, June 7, 2009

Sememangnya rocknroll!!

Kedengaran ringtone aku berbunyi...

I saw him dancin' there by the record machine
I knew he must 'a been about seventeen
The beat was going strong
Playin' my favorite song
An' I could tell it wouldn't be long
Till he was with me, yeah me
An' I could tell it wouldn't be long
Till he was with me, yeah me singin'

Lirik lagu: I love rocknroll - Joan Jett

Yeah dude...i love rocknroll..sememangnya rocknroll!!

Aku angkat..

"Helo top,aku kat kedai makan sebelah snooker ni...datang ar..."kata lan seperti megajak-ngajak ayam...

"Apa projek?"balas ku ringkas.

"Tak de..saje..lepak-lepak..."terang si mat.

"Tunggu..jap lagi aku datang."balasku sepantas kilat.

Sampai disana,aku terus meng-oder teh panas...untuk mengeteh aku lagi suka air panas..nak tau kenapa??tanya diri sendiri...percayalah,dude...

Mereka berbual mengenai alam pekerjaan yang belum di tempuhi lagi...Bermacam-maam jenis pekerjaan tapi aku hanya mendengar je perbualan mereka...macam siot je diorang ni...

"pergh,tak rock langsung la diorang ni..."dalam hati aku.

Lepas tu perbualan beralih kepada movie yang sedang ditayangkan di wayang...transformers,terminator,dragonball evolution...antara tajuk yang aku ingat..lepas beberapa ketika,mereka bercerita tentang terminator salvation...bla..bla...bla..

"Satu benda je aku nak cakap dengan korang...korang tengok tak terminator yang siri punya..."tanya aku.

"Ade ke?"tanya mereka kepadaku.

"Pergh...korang tak true siak!!"sindir aku kepada 3 teman yang mengeteh bersama aku.

Sebenarnya,aku pun tak pernah tengok terminator yang siri punya..betul,dude..aku cuma tau tajuk je...Terminator: The Sarah Connor Chronicle...terminator salvation pun aku tak tengok lagi,dude...sumpah!!

Saturday, June 6, 2009

Kisah Mak Cik....

Peristiwa ni berlaku masa aku kerja di sebuah restoran di Kg Pasir Putih..

"Anak si *Minah tu bukak lagu bukan main kuat lagi...sampai rumah aku pun boleh dengar..."kata Mak Cik 1.

"Rumah kau ngan rumah si *Minah tu bukan selang satu rumah ke?"tanya Mak Cik 2 dengan muka yang sedikit pelik.

"Tu la yang aku nak cakap...dia bukak lagu alah..apa tu...suffel...shuffel..macam tu la...bukak lagu tak ingat dunia..nak kena jerit baru diorang tu pelan sikit radionya..."jawab Mak Cik 1 dengan panjang lebarnya.

"Budak2...memang macam tu...kan sekarang ni diorang minat dengan lagu-lagu yang macam tu..apa diorang cakap..tren..trend.."balas Mak Cik 2.

Aku yang duduk tidak jauh dari tempat mak cik-mak cik tu hanya memerhati sambil mendengar perbualan mereka...Kemudian mereka tanya kat aku satu soalan...

"Kau tak minat shuffle,kal?"tanya Mak Cik 1 yang sedang memandang tepat kearah aku yang sedang menghembuskan asap rokok.

"Saya tak minat la mak cik..saya rock..."jawab aku dengan penuh selamba sambil berjalan menyambung kembali tugasku sebagai waiter ketika itu...

* = bukan nama sebenar...

Friday, June 5, 2009

Produk yang bakal gagal!!



Ni merupakan satu program baru yang di tayangkan di Astro RIA...

Dude,sorry to say..rancangan ni sucks..

Sebab aku bukan peminat rancangan realiti..tapi part yang paling aku suka,masa diorang audition...betul!!

Tak kira lah apa-apa rancangan..kalau datang bab audition je,mesti pecah perut..gerenti...pecah perut..kalau tak caya lu try tengok la...


Wednesday, June 3, 2009

Teka-Teki

Dude,aku ade satu teka-teki...

Kenape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Bukan aku yang tulis...sumpah!!!

Ketika sedang mengemas file-file di komputer ku,aku terbaca beberapa artikel yang aku tak tau datangnya dari mana..

Dude,sumpah!!aku tak tau mana datangnya cerita-cerita ni semua..

Ceritanya berbunyi begini...

Sebuah kisah yg belaku diutara Malaysia.

Sebuah kisah yg belaku diutara Malaysia.
Jadikan pengajaran kpd semua yg bergelar isteri...

Seorg pemuda yg dah lanjut usia sekitar 40an yg takut untuk beristeri tapi atas desakkan keluarga dan kawan kawan maka dijodohkannya dgn seorg janda yg telah diceraikan oleh suaminya kerana tidak tahan dgn sikap buruknya itu... ... pemuda ini tidak tahu latar belakang janda itu... ... .

Berkawinlah pemuda ini dgn sijanda ini dgn penuh meriah... ... pasangan ini dikatakan bahagia pada mulanya,namun peranggai si-isteri sedikit demi sedikit berubah dan perangai lamanya berualang kembali... ...
Nasib pemuda ini malang sekali,akhirnya dia tidak pulang kerumah dan menumpang tidur disurau... ..atas nasihat kawan kawannya akhirnya dia balik kerumah pada ptg esoknya... ..

Sampai dirumah dia dimaki hamun oleh isteri,oleh kerana tidak tahan akhirnya dihumban isterinya kedlm perigi besar dibelakang rumahnya... ... ..

Selepas solat Isyak dia teringgat akan isterinya dan rasa bersalah mula timbul dlm hatinya,bimbang dia kalau kalau isterinya mati... ... akhirnya diambilnya tali dan dilepaskan dlm perigi yg gelap itu sambil memanggil nama isterinya... namun tiada jawapan... setelah penat dikembali kerumahnya dan dtg semula selapas tengah malam... ...

Dihulurnya lagi tali itu sambil memanggil nama isterinya,,,tiba tiba dia terasa seperti tali ditarik org lalu dia menarik tali itu keatas ... ... apabila tali itu ditarik keatas ternampak akan pemuda itu satu lembaga yg besar dan mengerunkan... ..lalu bertanya pemuda itu "siapa kamu,kamu bukan isteri aku ?" Lalu lembaga itu menjawap " aku Jin penunggu perigi ini, nasib baik kamu dtg menghulur tali dapat aku keluar dari perigi ini,tak tahan aku


Dude,aku tak tau nak ketegorikan cerita ni cerita ape...seram ke, kelakar ke, pengajaran ke...ntahla,dude..

p/s: emosi aku tak stabil 2-3 hari kebelakangan ni...gembira tak..sedih tak...ntahlah..