Friday, November 30, 2012

Hahahaha...Singapore??

Jarang sekali kita dengar ada "strike" atau lebih mudah di kenali sebagai "mogok" berlaku di kalangan pemandu bas.

Untuk berita lanjut, lu klik sini


[titik].


Gua sedang merencanakan satu misi. Misi gua adalah untuk membawa Komuniti Pengembara Wilayah Selatan mendaki gunung-gunung di Johor.Misi gua kali ni, naik semua gunung di daerah Kota Tinggi dalam masa 3 hari. Adakah kami akan berjaya?


[titik].



Bermula 1 haribulan 12,bermulalah episod baru dalam karrier gua.


[titik].

Tuesday, November 27, 2012

Ikrar Perwira!

Gua dapat rasakan kepala otak gua makin ligat berfungsi. Ya, itu memang satu petanda yang baik,bagi menunjukkan otak gua masih berfungsi dengan baik. Gua dah mula plan beberapa aktiviti untuk tahun depan. Gua cuba jadikan tahun 2013,sebagai "Tahun Menggembara Gunung di Johor". Gua cuba selarikan dengan misi gua untuk mengangkat Komuniti Pengembara Wilayah Selatan ke satu tahap yang berbeza.

[titik].

Sebelum memasuki tahun 2013,kita ada lebih kurang sebulan lagi untuk membuat segala persiapan terakhir sebelum memasuki tahun baru. 

[titik].

Layan...


[titik].

Saturday, November 24, 2012

Mai Pen Rai

Lagu untuk minggu ini,



Mai Pen Rai
Hidup Bawah Langit Tuhan
Terkadang Mesti Hujan
Mai Pen Rai
Kitapun Kata Never Mind
Win Or Lose Ditakdirkan

Bagai Semut Yang Memikul Gula
Tak Rasa Beratnya
Kita Orang Yang Biasa Susah
Dah Tak Kisah Susah

Mai Pen Rai
Atas Sana Ada Bintang
Kuasa Tak Kepalang
Mai Pen Rai
Kau Nak Jadi Hulubalang
Live And Die Bukan Rentang

Macam Lebah Yang Menggubah Sarang
Malam Bawa Siang
Kita Orang Miskin Yang Dihina
Tak Kisah Dihina

Jangan Kau Tertipu Dengan Dunia
Sampai Kau Tak Nampak Cahayanya
Cintamu Sana
Dalam Gelap Yang Paling Gelita
Barulah Kau Sedari
Mana Satu Yang Dikatakan
Sinar Kasih Sebenar


Layan...

Thursday, November 22, 2012

Musim Hujan di Bulan November & Rock n Roll

2 minggu lepas,

Gua dengan beberapa orang kutu telah ber-meeting untuk melaksanakan satu misi. Misi gua disertai kutu-kutu tadi adalah menawan semua gunung yang ada di Johor. Bila gua kira-kira balik, misi ni agak memakan masa disebabkan jumlah gunung yang ada di Johor. Walaupun gunung kat Johor ni takde pun gunung yang samapai ke tahap "G-7" tapi bagi gua ia tetap satu aktiviti yang berbaloi.

Pada 10-11 November yang lalu,

Gua dengan kutu-kutu tadi menanam azam serta tekad untuk menawan Gunung Pulai. Perjalanan ke kaki Gunung Pulai dari Pasir Gudang memakan masa 1 jam 15 minit. Trek di Gunung Pulai agak mudah sebab dah ada jalan tar. 







Kat atas ni,antara emandangan yang akan dilihat sepanjang laluan ke puncak Gunung Pulai. Untuk info selanjutnya klik sini.

Pada 18 November lalu,

Gua bersama 2 orang kutu telah pergi memancing di sekitar perairan Kg Pasir Putih sehinggalah ke Kuala Masai. Hasil tangkapan, boleh tahan. Tapi yang paling di-gian-kan adalah masa ikan makan umpan sambil tarik tali. Baru rasa macam memancing.




Hujung minggu ni, aktiviti apa lagi??