Monday, September 28, 2009

Kehidupan Selepas Raya


Raya dah masuk seminggu.Start hari ni dah ramai yang mula masuk kerja lepas cuti raya yang panjang.

"Apa yang korang buat ni dari tadi."tegur sorang brader ni yang dari tadi tengok aku tangkap feel main gunting-gunting kertas.

"Takde apa pun bang.Main gunting-gunting kertas je ni."terang aku untuk menjawab segala kemusykilan brader ni.

"Apalah diorang ni.Raya kan dah lepas.Bila jamuan raya ni?"tanya brader ni macam tak bersungguh-sungguh langsung nak tahu pasal jamuan ni.

"Hari jumaat ni."aku jawab dengan ringkas.

"Budak-budak bolehlah raya sebulan.Dah tua-tua nak raya lagi,apa kejadahnya.Raya 2-3 hari ok lah tu."kata brader ni yang memberi pandangan mengenai raya.

"Betul tu bang.Mana boleh raya lama-lama."aku menyambung kata-kata brader tadi.

Aku sengih.

Thursday, September 24, 2009

Posting Raya Chapter 2

Pagi-pagi lagi hari ni dah hujan.Tak pe.Hujan tu kan rahmat bukannya band Hujan tu.

Flashback,

Malam tadi rumah aku ada buat open house(nak kata open house tu,tak la sangat pasal yang datang cuma sedara mara je).Rumah aku jadi sesak.Kalau nak lalu di celah orang ramai pun boleh jadi semak.Jadi,aku lepak kat luar rumah.Kononnya jadi penyambut tetamu.Janji tak pening kepala.

Sedara mara aku datang pukul 6 lebih.Lepas Maghrib,terus je marhaban.Lepas marhaban tu paham paham la.Sesi mentakedarah a.k.a makan-sampai-tak-ingat-dunia punya.Lepak punya lepak,dalam pukul 10 lebih,diorang semua balik.

Tapi ada perbualan yang aku masih tak dapat lupakan.Bukan nak cakap aku hebat.Cuma dapat menutup mulut seorang penyokong PAS,takde yang lagi gembira daripada tu.Betul,dude.Ni cerita bukan tipu punya.

Perbualan bermula macam biasa,hanya sekadar perbualan antara seorang Pak Cik dan anak sedaranya.Pak Cik aku ni kira dalam adik beradik dia,antara yang berjaya.Ada diploma,degree,master dan apa-lancau-lagi-kelulusan-yang-dia-ada.Banyak benda yang dia tanya kat aku.Dari soal konvokasi hingga soal perancangan masa depan.Tapi aku rilek dengan soalan-soalan yang diberikan.Dengan selamba aku jawab semua soalan.Dia tanya lagi.Aku jawab.Dia tanya lagi.Aku jawab lagi.Sampai lah last sekali.Aku dah tak berapa ingat soalan tu.Tapi jawapan yang aku bagi bunyi dia lebih kurang macam ni la...

"Pak Utih lain,orang lain.Kita tak sama.Sebab tu Tuhan ciptakan manusia ni berbeza-beza.Tak boleh sama semua.Kalau semua manusia sama,tu tandanya ada yang tak kena."

Pak Utih tu merujuk pada Pak Cik aku yang dah ada diploma,degree,master dan apa-lancau-lagi-kelulusan-yang-dia-ada.Tapi bila dengar aku cakap macam tu,automatik.Mulut terkunci macam ada berlian dalam mulut.Puas hati aku.



Aku punya plan aku sendiri yang aku rasa tak ramai yang boleh follow.Aku punya acuan aku sendiri,lu orang punya acuan lu orang sendiri.Habis kalau lu orang pakai acuan aku,aku nak buat kuih raya pakai acuan apa.Cilakak.Dan jangan terlalu terikut-ikut.Kompem,tak jadi punya.

p/s:"Pak Utih lain,orang lain."(orang di dalam ayat ni digunakan sebagai ganti nama).Jadi,lu pikirlah sendiri.

Wednesday, September 23, 2009

Posting Raya


Rileks,dude.

Raya dah raya.Ketupat dah makan.Rendang,ayam masak kicap,ayam masak merah segala macam makanan dah di makan.Puas berjalan rumah sedara mara.Duit raya?Aku mana ada dapat duit raya lagi,gila!!!Aku yang kena hulur kat sedara mara.Pokai la nampaknya bulan ni.Tapi tak pe.Tu kan sedekah namanya.

Raya tahun ni ok,rilek habis,santai.Tu yang paling penting sebenarnya.Penat tu memang penat.Setahun sekali je.Tu pun tak kan nak berkira sangat.Raya orang bujang la katakan.Koboi habis.Titik.

Habis je puasa aku dah pasang azam untuk 2010.Aku dapat rasakan semua benda sekarang ni bergerak sangat laju.Masa,jangan cakaplah.It's not a fight against anybody's,it's a fight against time.Titik.

Raya,jumpa sedara mara semua dah besar-besar.Satu je yang terfikir kat kepala bebal aku ni,cepat betul kita dimamah usia.

Habis.

Friday, September 18, 2009

Posting Pra-Raya Chapter 2

Puasa tinggal lagi barapa hari je.Persiapan raya tahun ni memang agak koboi.Apa yang dapat.Malas nak pikir-pikir pasal benda-benda ni sangat.Lagi satu,masa pun tidak terlalu mengizinkan.Mungkin malam ni aku start TOUR satu jb untuk cari barang-barang raya.Lu orang dah beli barang-barang raya belum??

Sekarang ni memang aku kesuntukan masa.Banyak benda nak kena buat,macam esok dah tak de.Tapi tu semua bisa di atur.Aku memang target tahun 2009 ni tahun yang rilek-rilek.Rilek-rilek pun,tapi plan mesti kena standby.

Aku rasa tahun 2010 akan menjadi tahun yang paling sibuk dalam sejarah hidup aku.Banyak plan untuk tahun 2010.Tapi kenapa 2010??(Dah aku punye plan banyak start tahun 2010.Nak buat macam mana)


p/s: Kad raya pertama yang aku buat sendiri.Lu orang ada ke buat kad raya sendiri macam aku buat ni??

Thursday, September 17, 2009

Posting Pra-Raya

Semua orang dah berada dalam mood raya tapi mood raya aku dah hilang separuh.Masih ada mood.Tapi mungkin tidak seperti orang lain,raya kali ni biasa-biasa je kot.Separuh mood aku dah hilang atas sebab-sebab yang tertentu dan kalau aku pikir-pikir sangat,boleh tercetus satu perang yang amat dahsyat,aku kira.Yang penting aku bukan PERIOD!!!Aku lelaki dude,SUMPAH!!!Kalau lu orang tak percaya nak check pun boleh pe...Aku tak kisah.


Macam mana pun,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada sape-sape yang singgah kat blog aku ni.Tak kiralah aku-kenal-dia ke,dia-kenal-aku ke,aku-tak-kenal-dia-dan-dia-tak-kenal-aku ke,selamat menyambut hari lebaran untuk lu orang semua.Koma.

Memandangkan ekonomi aku masih goyang dengan bacaan 5.1 skala ritcher,tak dapat la nak beraya sakan.Tapi tak pe.Ni semua ujian dari Tuhan.Aku kena buat rilek-rilek jugak walaupun minda tengah berkecamuk tahap dewa ni.Aku ingat kalau percentage mood nak beraya jatuh ke tahap bawah 35 percent,raya ketiga lincah masuk kerja.Titik.

Sunday, September 13, 2009

Rumah api ke rumah terbakar??



Lagu ni membuatkan aku khayal dalam dunia aku sendiri,dude.

Banyak benda nak kena settle ni...

Bangun pagi hari ni,aku terus teringat satu ayat.

"So many to do with so little time".

Masa dah tak banyak lagi dude.Apa saja peluang yang ada depan mata,aku sambar.Dah malas nak pikir detail.Janji benda tu baik dan mendatangkan faedah,aku sambar.Sebab sekarang ni masa untuk take action.Zaman main-main dah lama habis.

Tapi jangan terlalu serius,dude.Bak kata orang...

They say that:
life is just a dream
not to be taken seriously
That is why I try not to be
too serious about everything....

Betul dude.Kalau semua benda lu orang nak ambil serius,tak fun-lah hidup ni.Humor tu penting untuk menceriakan suasana.Walaupun kadang-kadang lu orang memang takde langsung sense of humor,tak pe.Senyum pun dah cukup pe.Senyum tu kan sedekah.Tu bukan aku cakap dude.Nabi kita yang cakap.

Masa dah tak banyak,dude.

Aku kena teruskan kehidupan aku.Lu orang dengan lu orang punya hidup.Ada orang cakap life sucks.Tapi aku tak salahkan diorang yang cakap macam tu dan aku tak membetulkan diorang.Bagi aku kekorupan sistem yang membuatkan life ni jadi sucks.Tapi tu tak berapa penting sebenarnya.

Janji,

Terus Rock n Roll.

Wednesday, September 9, 2009

Mood yang masih dicari-cari

"Apa-apa lu buat,lu mesti ada target.Kalau takde target,tak jadi."sound sorang brader ni pada budak yang baru nak mengenal dunia yang penuh dengan dusta ini.

"Ala bang,kau cakap senang la."balas budak tu.

"Cakap memang senang,tapi sebebnarnya nak buat lagi senang.Kalau lu dah ada target,apa lu nak risau lagi.Tinggal buat je apa yang lu dah plan.Kalau lu tak ikut apa yang lu dah plan,memanglah tak jadi."terang brader sorang ni dengan panjang lebar.

"Lu pernah dengar tak cerita Mat Jenin?"tanya brader tu.

"Pernah."jawab budak tu ringkas.

"Lu tau tak silap Mat Jenin tu kat mane?"tanya brader tu bersungguh-sungguh.

"Silap Mat Jenin tu sebenarnya sikit je.Sape suruh dia berangan atasa pokok.Nak berangan duduk la atas kerusi ke,atas meja ke,ada ke pergi berangan atas pokok.Kalau pokok yang dahan dia jenis tebal-tebal tak pe.Ni berangan kat dahan pokok yang memang dah nak patah."sambung brader tu dengan panjang lebar.

"Kalau lah Mat Jenin tu tak berangan atas pokok,aku ingat Ananda Krishnan,Syed Al-Bukhari,silap-silap Bill Gates pun tak boleh lawan kekayaan yang di miliki Mat Jenin."hujah brader tu lagi.

Budak yang baru-nak-kenal-dunia-periksa-SPM-pun-tak-lagi terdiam...memikirkan kata-kata brader tadi.

Monday, September 7, 2009

Perempuan semua sama...

Okay dude.Ambil serious benda ni.Tapi hanya untuk headline entri kali ni je.Think deeply.Tajuk ni kalau nak discuss boleh jadi kontroversi.Jadi...Titik.

Akhirnya aku berjaya format laptop yang nak dekat sebulan dah tersadai.Padahal format je.Bukannya setting barang dalam dia pun.Kalau aku bukak kedai menjual alat-alat ganti koputer,dah lama aku rasa customer lari.

Siap je format laptop,aku install segala macam driver yang ada.Yang buat problem bab meng-format laptop ni sebenarnya bukan nak format.Format senang je.Cume nak install driver je.Kena cari yang betul-betul ngam baru dia boleh in ngan laptop tu.Kalau tak,takkan memberi sebarang kesan.Sumpah,dude.Tu yang lama tersadai.

Aku meraikan kejayaan meng-format-laptop-yang-dah-sebulan-tersadai dengan lagu Metallica.Puas hati.

Thursday, September 3, 2009

Akhirnya...

Dude,nak cakap gembira tapi aku takde lah gembira sangat.Biasa-biasa je...

Pukul 5 lebih nak dekat pukul 6,

Aku call si Arye.Tapi dia tak angkat.Dalam hati aku,nak kena budak ni.Aku call lagi.Kali ni dia angkat.Baru aku nak start cakap,dia terus potong.Cilakak punya budak.Dia ajak aku keluar teman dia nak beli barang.Aku kata ok.Aku tanya dia pukul berapa.Dia cakap dalam pukul 8 lebih atau pukul 9.

Pukul 8 lebih,

Aku baru sampai rumah.Ingat nak rilek jap,pekena baring dulu.Tengah syok dengar lagu Senapang dan Mawar(Guns n' Roses la),tiba-tiba aku dengar macam bunyi enset aku berdering.Tapi aku buat-buat tak tahu je.Sebab aku tengah melayan perasaan menyanyikan lagu band Senapang dan Mawar.Habis je satu lagu,baru aku sedar ada orang call.Aku angkat.Rupanya budak si Arye.Kacau betollah budak ni,bisik hati aku.

"Jadi tak nak teman Arye pergi Kipmart?"via sms.

Aku call si budak Arye.Aku cakap jadi.Tapi aku cakap helmet ada satu je.Aku cuba untuk mendapatkan helmet satu lagi.Tapi gagal.Aku call dia balik.Aku cakap macam tak jadi je nak teman Arye.Dari kata-kata Arye ni bunyinya macam nak merajuk.Tapi aku rilek je.Buat macam tak da apa-apa yang berlaku.

Lebih kurang pukul 9.20 malam,

Arye call aku.Dia suruh aku amek dia kat rumah kawan dia.Aku amek dia.Dia cakap sebelum naik motor,bawak motor laju-laju sikit.Kita dah lambat ni.Aku dengan pantas memandu seperti orang yang lari dari di kejar oleh Pulis-Pulis(Polis) kerana melakukan kesalahan mencabul binatang yang aku nampak di tepi jalan.

Aku dan si Arye berjaya sampai sebelum kedai-kedai di sana menutup pintu mereka.Dengan pantas kitorang terjah satu persatu kedai kat situ.Hasilnya.Pasti ada.Lepas tu,kitorang lepak di kedai Pak Cik janggut kaler putih.


Dalam pukul 11.20 malam,Aku hantar Arye balik ke rumah.Satu malam yang sangat cepat.Masa bergerak seperti 2 kali ganda lagi laju kalau nak di bandingkan dengan time nak tunggu buka puasa.

Apa-apa pun,terima kasih,Tuhan.