Sunday, December 30, 2012

Alhamdulillah


Sabtu pagi,

Ntah macam mana hari boleh bangun awal padahal hari ni cuti. Dah alang-alang bangun bangun, jalan nak pergi buka pintu (untuk cari feel sebelum mandi, gua perasan satu bungkusan biru kat tepi pintu. Pada bungkusan tu, ada nota.

Ni nota dia,


Gua lagi lah pelik. Bila gua pikir-pikir balik, bila masa gua pernah berkawan dengan Santa Clause. Gua jadi lagi bingung. Gua rilek mengenangkan memori-memori lalu. Tapi masih takde sikit pun pasal Santa Clause yang lalu kat memori gua.

Jadi, gua pun ambil keputusan untuk buka bungkusan tu. Gua jumpa benda ni;


Gua dah pening, macam mana gua nak pulang barang-barang ni pada Santa Clause. Apasal la Santa Clause ni boleh salah hantar pula barang-barang ni. Gua bingung. Lain kali kalau tinggalkan nota, tinggalkan sekali nombor phone. Kalau ada nombor phone kan senang gua nak call, pulang balik barang-barang dia. Menyusahkan gua la Santa Clause ni.

p/s: hahahahahaha...tahun depan gua tunggu Santa Clause datang, nanti gua pulang balik barang-barang ni...

Friday, December 28, 2012

Ntahapahapantah

Gua dah mula semakin sibuk. Damn!


Ntahapahapantah!!

Wednesday, December 19, 2012

Ingat ni...


Renung-renungkan...

Saturday, December 8, 2012

Singapore, here I come!

Semalam,

Gua bangun pagi dalam pukul 9. Rilek-rilek. Tak pergi mandi, basuh muka, terus sarapan. Oh...lupa. Hari ni gua cuti. Gua ambil cuti sebab gua nak setelkan beberapa perkara yang gua rasa perlu di setelkan sebelum bermula projek baru.

Gua siap-siap, dalam pukul 11; engine kereta gua dah hidupkan dulu bagi panas, dengan pantas gua masuk dalam kereta dan terus menuju ke destinasi yang perlu di kunjungi. Gua setel semua hal gua lebih kurang pukul 2 setengah.

Gua ingat lepas setel hal di destinasi pertama, gua ingat nak rilek-rilek area bandar JB, menunggu masa untuk pergi setelkan satu lagi hal di destinasi yang kedua. Lebih kurang pukul 9 setengah, gua telah setel melaksanakan apa yang gua rasa perlu di laksanakan.











































p/s: siapa tak paham, padan muka!Hahahahaha...





































Destinasi 1: Bangunan KDN, Setia Tropika
Perlakuan: Membuat passport






















Destinasi 2: Lido & Hutan Bandar Bistro
Perlakuan: hisap g@&#$, makan, buat loan ASB

Friday, November 30, 2012

Hahahaha...Singapore??

Jarang sekali kita dengar ada "strike" atau lebih mudah di kenali sebagai "mogok" berlaku di kalangan pemandu bas.

Untuk berita lanjut, lu klik sini


[titik].


Gua sedang merencanakan satu misi. Misi gua adalah untuk membawa Komuniti Pengembara Wilayah Selatan mendaki gunung-gunung di Johor.Misi gua kali ni, naik semua gunung di daerah Kota Tinggi dalam masa 3 hari. Adakah kami akan berjaya?


[titik].



Bermula 1 haribulan 12,bermulalah episod baru dalam karrier gua.


[titik].

Tuesday, November 27, 2012

Ikrar Perwira!

Gua dapat rasakan kepala otak gua makin ligat berfungsi. Ya, itu memang satu petanda yang baik,bagi menunjukkan otak gua masih berfungsi dengan baik. Gua dah mula plan beberapa aktiviti untuk tahun depan. Gua cuba jadikan tahun 2013,sebagai "Tahun Menggembara Gunung di Johor". Gua cuba selarikan dengan misi gua untuk mengangkat Komuniti Pengembara Wilayah Selatan ke satu tahap yang berbeza.

[titik].

Sebelum memasuki tahun 2013,kita ada lebih kurang sebulan lagi untuk membuat segala persiapan terakhir sebelum memasuki tahun baru. 

[titik].

Layan...


[titik].

Saturday, November 24, 2012

Mai Pen Rai

Lagu untuk minggu ini,



Mai Pen Rai
Hidup Bawah Langit Tuhan
Terkadang Mesti Hujan
Mai Pen Rai
Kitapun Kata Never Mind
Win Or Lose Ditakdirkan

Bagai Semut Yang Memikul Gula
Tak Rasa Beratnya
Kita Orang Yang Biasa Susah
Dah Tak Kisah Susah

Mai Pen Rai
Atas Sana Ada Bintang
Kuasa Tak Kepalang
Mai Pen Rai
Kau Nak Jadi Hulubalang
Live And Die Bukan Rentang

Macam Lebah Yang Menggubah Sarang
Malam Bawa Siang
Kita Orang Miskin Yang Dihina
Tak Kisah Dihina

Jangan Kau Tertipu Dengan Dunia
Sampai Kau Tak Nampak Cahayanya
Cintamu Sana
Dalam Gelap Yang Paling Gelita
Barulah Kau Sedari
Mana Satu Yang Dikatakan
Sinar Kasih Sebenar


Layan...

Thursday, November 22, 2012

Musim Hujan di Bulan November & Rock n Roll

2 minggu lepas,

Gua dengan beberapa orang kutu telah ber-meeting untuk melaksanakan satu misi. Misi gua disertai kutu-kutu tadi adalah menawan semua gunung yang ada di Johor. Bila gua kira-kira balik, misi ni agak memakan masa disebabkan jumlah gunung yang ada di Johor. Walaupun gunung kat Johor ni takde pun gunung yang samapai ke tahap "G-7" tapi bagi gua ia tetap satu aktiviti yang berbaloi.

Pada 10-11 November yang lalu,

Gua dengan kutu-kutu tadi menanam azam serta tekad untuk menawan Gunung Pulai. Perjalanan ke kaki Gunung Pulai dari Pasir Gudang memakan masa 1 jam 15 minit. Trek di Gunung Pulai agak mudah sebab dah ada jalan tar. 







Kat atas ni,antara emandangan yang akan dilihat sepanjang laluan ke puncak Gunung Pulai. Untuk info selanjutnya klik sini.

Pada 18 November lalu,

Gua bersama 2 orang kutu telah pergi memancing di sekitar perairan Kg Pasir Putih sehinggalah ke Kuala Masai. Hasil tangkapan, boleh tahan. Tapi yang paling di-gian-kan adalah masa ikan makan umpan sambil tarik tali. Baru rasa macam memancing.




Hujung minggu ni, aktiviti apa lagi??

Friday, October 26, 2012

Rock n Roll & Hari Raya Haji

Makin berkobar-kobar nak bela rambut kasi panjang.

[titik].

Selamat menyambut Hari Raya Idul Adha.


Sempena Hari Raya Idul Adha,kita layan lagu ni...



Still got the shot of Rock n Roll?

Thursday, October 18, 2012

October...

Dah lama gua tak post entri untuk blog ni...

Hahahaha...



[koma],



[koma],



Hahahaha...

{Titik].

Wednesday, September 26, 2012

September

Dah lama gua tak post entri kat blog ni...



Layan je lagu ni...

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mungkin belum terlambat untuk gua ucapkan Selamat Hari Raya kepada sesiapa yang pernah lalu lalang kat blog gua.


Tiada kata seindah bahasa,
Jika ada terkasar bahasa,
Mohon maaf amat di pinta...


Tuesday, August 7, 2012

Bulan Puasa dan Hobi Baru!

Gua cuba nak berjinak-jinak dengan hobi baru gua ni...



Gua tetap takkan lupa hobi gua yang ni....



p/s: misi melaksanakan pendakian ke Gunung Lambak bermula...

Thursday, August 2, 2012

Suatu hari...

Petang tadi,

Gua setelkan kerja-kerja yang patut gua setelkan dulu. Dah setel kerja gua, gua duduk kat depan pc member gua. Gua belek-belek lagu yang dia pasang. Gua main satu lagu dan melarat sampai gua balik rumah. Gua cari kat youtube. Gua klik kat video ni.



Lepas gua dengar lagu ni, gua klik kat satu lagi video.



Malam Metallica gua yang jatuh pada hari Rabu telah di cantas oleh brader Opick. Shite!

Friday, July 27, 2012

Lagu sempena Ramadhan



p/s: baru seminggu kita berpuasa.

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Hari ini atau pun esok, mungkin umat Islam seluruh dunia telah mula menunaikan ibadah puasa. Jadi gua ambil kesempatan untuk mengucap selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dan perbanyakkanlah amalan kita di bulan yang penuh keberkatan ini.


p/s: gambar tu memang di-copy-paste dari laman muka buku.

Thursday, June 28, 2012

Stailo!





Sapa yang boleh buat macam ni memang gua salute la.

Tuesday, June 26, 2012

End of the Day


Pada 20 Jun yang lalu ayahanda gua telah kembali ke rahmatullah di rumah kami. Beliau meninggal dunia lebih kurang jam 12 setengah malam. Bagi yang singgah di blog ini, marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Hasan Bin Romani semoga rohnya di cucuri rahmat. Al-Fatihah.

Tuesday, June 12, 2012

Daripada minat kepada kerjaya?

Makin lama gua tengok, gua ni makin cenderung ke arah kehidupan di dalam laut. Gua pun tak tahu kenapa tapi yang pasti gua rasa sebab kita hidup di atas paras laut dan bila kita lihat apa yang ada di dalam laut sudah tentu kita akan terpegun dengan keindahan alam semulajadi.

[koma],

Gua jumpa video ni, jadi kita sama-sama layan...





p/s: gua dah boleh mula kumpul duit ni...

Sunday, June 10, 2012

Terbang!

Pagi-pagi gua bukak muka buku, gua jumpa ni.



Jadi gua terpikir, "kalau la dalam dunia ni semua benda boleh terbang..."

Thursday, June 7, 2012

The New Band in Town!!!

The Tank Bangers



Bila gua tengok video ni rasa macam best pun ada, tapi jauh di sudut hati gua tergelak sorang-sorang...

Thursday, May 31, 2012

May in memories


Bulan ni gua rasa banyak perkara yang berlaku dalam hidup gua.Masa awal bulan ari tu, "Chenta" gua telah pergi untuk selama-lamanya. Pergi tanpa mengucapkan apa-apa dan terus berlalu tanpa kata. Tapi pepatah ada kata, "life must goes on...". Jd dalam keberatan hati gua terpaksa teruskan hidup gua tanpa "Chenta".

Kedua, lepas gua di tinggalkan "Chenta", gua telah membawa hati yang lara ni ke sebuah pulau ditemani beberapa orang teman. Gua berada di pulau selam 4 hari 3 malam. Dah duduk kat pulau rasa berat hati bila nak balik. Tapi kena balik jugak, bak kata pepatah, "life must goes on..."

Ketiga, gua telah ditugaskan ke tempat yang baru sebab bos gua kata, "tidak perlu di ratapi pemergia si "Chenta"...gua boleh bagi lu "Chenta" yg baru...". Itu kata bos gua. Bagi gua "Chenta" gua tak ada penggantinya sebab dekat setahun gua dengan dia.

Keempat, krew yang bersama-sama gua akhirnya telah berpecah dan yang tinggal hanyalah beberapa kerat saja. Sebab tu lah bulan ni gua panggil May in memories.

[titik].

Gua bukak yahoo!, gua klik kat satu link. Gua tengok benda ni.



lagi satu,



Itu saja untuk penutup bagi bulan ini.

[titik].

Monday, May 28, 2012

BERSIH 3.0 PLUS

Gambar-gambar untuk tatapan semua...





p/s: masa untuk bangun memperjuangkan kebenaran...

Monday, May 21, 2012

Perkongsian

Gua cuma nak share dengan lu orang apa yang gua baca hari ni dan cerita yang agak menyedihkan.

[koma],

KISAH DOKTOR YANG DIANGGAP DURJANA

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..


"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"


doktor tersebut tersenyum dan berkata :


" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."


"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..


si doktor tersenyum lagi & berkata :


" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."


"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..


pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..


"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"


"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..


jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."


::Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through :

Sunday, May 20, 2012

Gua...

Tiba-tiba satu perasaan aneh ni menerjah dalam jiwa gua. Gua tahu perasaan ni datang dari mana tapi yang menjadi persoalan bagi gua adalah kenapa perasaan ni tiba-tiba datang. Padahal gua selalu juga berada di sisinya. Tapi hari ni gua rasa sesuatu yang lain dari kebiasaannya.

Gua pun tak tahu kenapa, tapi masa malam tadi lepas gua suap dia makan gua dapat tengok satu wajah yang tersenyum walaupun dalam keadaan menanggung kesakitan yang gua sendiri tak pernah rasai tahap kesakitan tu.

[koma],

Gua rasa dah agak lama gua tak nampak bapak gua senyum lepas masuk hospital. Tiba-tiba hari ni gua rasa terharu bila terkenang kembali saat bapak gua senyum tatkala gua menyuap bubur kepadanya. Itu sangat berharga bagi gua.

Tiada apa yang perlu gua risaukan kerana bapak gua adalah seorang yang tabah. Walaupun gua ni antara yang degil dalam adik beradik,tapi "he's the right man for the job to make me a real human..."

[titik].

p/s: doakan semoga bapak gua segera pulih dari penyakitnya dan dapat menjalani kehidupan yang normal sepertimana manusia yang lain.

Thursday, May 10, 2012

Akhirnya peprisahan ini tetap berlaku...

Gua rasa dah masuk setahun gua dengan dia. Gua memang beri perhatian lebih kat dia daripada yang lain termasuk keluarga gua. Tapi dia tetap meninggalkan gua untuk selama-lamanya.





Awan juga menangisi pemergian "Chenta" ku...

Sunday, May 6, 2012

Hujan

Kadang-kadang bila hari hujan, banyak kenangan-kenangan lama yang mengimbau dalam kepala otak gua tatkala gua menghala asap dari jantung gua.


Satu demi satu kenangan meresap dalam otak gua yang dah sarat dengan pelbagai input.


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun setiap yang berlalu pasti ada memori yang tersendiri dalam hidup gua yang akan gua kenang sampai bila-bila.


Cuma bagi gua hidup harus diteruskan walau apa jua yang telah berlaku pada diri gua. Kerana gua sentiasa belajar dari hidup dan akan terus belajar sehingga akhir hayat gua.


[titik].

Thursday, May 3, 2012

Masih ada yang tidak telus..

Jom tengok video ni.



Kenapa di-censored-kan plak berita asal?

[titik].


Jom kita sama-sama memeriahkan acara ni.

[titik].

Tuesday, May 1, 2012

Perghh!!

Budak ne memang handal. Siap perform dengan Ozzy Osbourne lagi.Salute!



p/s: Bila gua nak register kat Sekolah Muzik Yamaha?

Monday, April 30, 2012

Kadang-kadang

Malang tak berbau. Memang betul. Bila di kata nasib kurang baik,macam ni lah jadinya.



Thursday, April 26, 2012

The New History Begin

Setelah hampir setahun gua terlibat dan bertungkus lumus bersama krew yang lain dalam menyiapkan benda ni, akhirnya tinggal tak kurang dari 14 hari sebelum benda ni meninggalkan gua dan krew-krew yang lain buat selama-lamanya.


Benda ni akan di letak diatas kenderaan yang bertayar banyak yang gua panggil bogey untuk mengalihkan benda ni dari kedudukan asal.


Lepas di alihkan dari kedudukan asal, benda ni akan di letakkan di tepi lau untuk memudahkan kren yang gua rasa paling besar gua pernah tengok depan biji mata gua. It's a real thing!


Dan benda ni akan di letakkan di atas kapal yang gua panggil barge sebelum benda ni bergerak ke tengah laut.


p/s: Mana gua nak kerja lepas ni....

Wednesday, April 25, 2012

Semalam (part 2)

Semalam gua bukak yahoo!, gua terpandang satu gambar.


Patut ke gambar ni masuk kat internet??

Friday, April 20, 2012

Semalam...

...aku bukan lagi mainan dulu...
telah kucampakkan kau ke mana...
ke lautan hitam yang ku tahu...
pasti kita tak jumpa...


p/s: gua tak berapa sihat kebelakangan ni tapi gua rasa gua dah semakin ok.Doakan kesihatan gua terus berpanjangan.

Wednesday, April 11, 2012

Ntah apa-apa..

Klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih jelas (fokus pada plastik yang di pegang oleh brader nigger tu).

Ada ke patut?

Tuesday, April 10, 2012

Hari Ini...

Hari ni gua bukak Yahoo!,gua tengok 2 benda ni.

"Swimsuit supermodel's racy 'nun bikini'",tajuk cerita pertama dan tajuk cerita kedua, "Jahil ke Azza?".

Lanjutan untuk cerita pertama klik sini.

[koma],

Lanjutan untuk cerita kedua, klik pada link sini.

[koma],

Dalam kepala gua yang penuh dengan sampah sarap ni terpikir satu benda, APAKEJADAHNYA SEMUA NI....

Sunday, April 8, 2012

Gunung-gunung di Johor

Gua tengah usha-usha gunung-ganang yang ada di Johor. Gua rasa banyak jugak. Tapi yang gua rasa gunung yang famous tak lah sebanyak yang gua tengok kat website orang gunung ni.

Antara gunung yang gua kenal pasti bakal gua takluki:

1) Gunung Arong - Tanjung Resang,Mersing

2) Gunung Banang - Batu Pahat

3) Gunung Panti Barat - Kota Tinggi

4) Gunung Janing Barat - Taman Negara Endau Rompin

5) Gunung Muntahak - Kota Tinggi

6) Gunung Janing - Taman Negara Endau Rompin

7) Gunung Padang Temambong - Taman Negara Endau Rompin

8) Gunung Pertawai - Taman Negara Endau Rompin

9) Gunung Cemendong - Felda Ulu Dengar,Kluang

10) Gunung Chabang Tiga - Labis

11) Gunung Belumut - Kluang

12) Gunung Ledang - Johor (MAIN EVENT)

i) Ayer Panas Trail
ii) Lagenda Trail
iii) Asahan Trail
iv) Ulu Jementah Trail
v) Telekom Tower Road

13) Gunung Pulai - Pontian

14) Gunung Lambak - Kluang

15) Gunung Panti - Kota Tinggi

16) Gunung Tiong - Taman Negara Endau Rompin

17) Gunung Bekok - Segamat

18) Gunung Besar - Johor Bahru

Setakat ni gua baru jumpa yang ni. Sesiapa yang ada info mengenai gunung di Johor, boleh comment di blog ni.

Friday, April 6, 2012

Kenapa?

2-3 hari ni gua rasa lagu yang paling kerap didengar adalah lagu dari kumpulan The Virgin sebab member gua pasang lagu ni berulang-ulang kali sampai naik bernanah telinga gua dengar. Tapi yang menarik perhatian gua, kenapa nama kumpulan ni The Virgin? Jadi gua pun tanya kat member gua.

"kenapa nama band ni The Virgin?"soal gua.

"kalau tak silap aku ahli band ni ada 2 orang pempuan,sorang tu memang cun gila,sorang lagi macam pengkid..."jawab member gua.

"ok. Kenapa nama band ni The Virgin?"soal gua lagi untuk menghilangkan segala kemusykilan.

"Kalau tak silap aku diorang ni lesbian. Mungkin sebab tu diorang masih virgin kot.Jadi diorang letaklah nama The Virgin."jawab member gua untuk merungkai segala kemusykilan yang berada dalam kepala otak gua yang benak ni.

"Macam tu rupanya..."balas gua.

[titik].

Gua pun bukak youtube dan cari video band ni untuk tengok awek-awek dalam band ni. Lu orang nak tengok? Kalau nak tengok scroll ke bawah lagi.







































Nak tengok lagi?

Wednesday, April 4, 2012

Gua dan Search



Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang samarenda
Memukau mata hati ini seketika

Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Terkena lontaran senyuman misteri
Siapa gerangan sang puteri

Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

Puteri Seroja....

p/s: berminat dengan lagu ni? Klik sini untuk download lagu ni.

Tuesday, April 3, 2012

Marina

Ni bukan gua nak cerita pasal Marina Bay kat Singapore tapi gua nak bagitau yang kat Malaysia ni pun ada nama tempat Marina Bay @ Restoran Marina.

[Koma],

Hujung minggu yang lepas, gua dengan sorang lagi kawan gua pergi ke satu majlis perkahwinan. Diorang buat majlis tu dekat tempat yang di ber nama Marina Bay. Tempat dia memang strategik, tepi laut, angin sepoi-sepoi bahasa. Pendek kata memang layan walaupun cuaca boleh dikatakan agak panas. Disebabkan tempat yang memang strategik,seperti yang gua katakan pada awal tadi,angin yang bertiup memang tak putus. Jadi memang takde masalah dengan pengudaraan.

Gua tak berapa pasti kenapa tempat ni angin tak berhenti bertiup,tapi kata salah sorang kawan gua yang sama-sama hadir kat majlis ni, tempat ni adalah tempat pertemuan air laut dan air sungai bermakna air tawar dan air masin bertemu. Gua memnag malas nak buat research pasal benda ni sebab sekarang ni gua ada banyak benda lain yang perlu di settelkan. Jadi gua dengan hati yang terbuka terima bulat-bulat apa yang kawan gua bagitau.

Lu layan je la gambar-gambar kat bawah ni,




p/s: Gua kalau nak kahwin nanti, kalau boleh tak nak buat majlis. Gua nak akad nikah lepas tu, buat kenduri cukup. Senang kata buat mana yang wajib je..tapi ada ke pempuan zaman sekarang ni yang tak nak bersanding?

Monday, January 30, 2012

I'm too faking busy,mike...

Gua rasa gua semakin sibuk dengan kehidupan ini sehingga gua lupa untuk meng-update blog gua ni. Gua pun takde ape nak di-update. Jadi gua tinggalkan lu dengan lagu kat bawah ni. Layan....



Tuesday, January 3, 2012

Taking Back Tuesday

Pagi,

Gua bangun pagi hari ni seperti hari-hari yang biasa tspi ysng tak menjadi kebiasaannya hari ni kasut kerja gua hilang. Gua apa lagi. Rasa nak mengamuk pun ada, rasa nak buat tendangan tanpa bayang dekat pokok pelam kat rumah gua pun ada jugak. Gua cuba rilek. Gua nyalakan sebatang rokok. Gua tanya pada mak gua kot-kot dia yang simpan. Tapi jawapan yang dia bagi juga agak mengecewakan.

"Mana ada. Malam tadi mak tengok ada je kat sini.."jawab mak gua selamba.

"Ni memang sah...mat gian punya kerja..."gersik hati gua.

Puas gua pusing satu rumah untuk cuba mencari kasut gua yang dah memang hilang tapi sengaja gua cari untuk meyakinkan hati. Akhirnya gua terpandang satu kasut yang berada pada rak kasut. Safety Boot milik bapak gua yang dah agak berhabuk.

"Janji ada kasut."kata hati kecil gua.

Gua lapkan kasut tadi dengan kain buruk. Nampak okey,jadi gua pun terus sarung dan terus pergi kerjha.


Petang,

Lepas rehat tengah hari, gua dah rasa satu macam kat gigi gua. Rasa berdenyut lain macam. Gusi gua bengkak. Gua rasa dah dekat 3 hari gusi ni bengkak. Dia punya berdenyut, rasa macam nak guling-guling je. Tapi tadi member gua ada pesan,beli Pain Killer 750. Balik ni gua akan cuba cari sebab ni bukan pasal gigi berlubang tapi memang bengkak kat bahagian gusi.

p/s: doakan semoga gua cepat sembuh...

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year,mate!

Tahun 2011 sudah pergi meninggalkan kita. Sekarang tahun 2012 pula menjengah kita. Apa yang perlu kita lakukan untuk terus memperbaiki diri?Kalau pada gua, azam tu sepaptutnya kita kena perbaharui setiap hari. Barulah diri jadi lebih berdaya saing.
Apa-apa pun yang lu orang selalu lakukan, gua doakan yang terbaik untuk lu orang. Happy New Year,mate! CHEERS!