Thursday, November 22, 2012

Musim Hujan di Bulan November & Rock n Roll

2 minggu lepas,

Gua dengan beberapa orang kutu telah ber-meeting untuk melaksanakan satu misi. Misi gua disertai kutu-kutu tadi adalah menawan semua gunung yang ada di Johor. Bila gua kira-kira balik, misi ni agak memakan masa disebabkan jumlah gunung yang ada di Johor. Walaupun gunung kat Johor ni takde pun gunung yang samapai ke tahap "G-7" tapi bagi gua ia tetap satu aktiviti yang berbaloi.

Pada 10-11 November yang lalu,

Gua dengan kutu-kutu tadi menanam azam serta tekad untuk menawan Gunung Pulai. Perjalanan ke kaki Gunung Pulai dari Pasir Gudang memakan masa 1 jam 15 minit. Trek di Gunung Pulai agak mudah sebab dah ada jalan tar. 







Kat atas ni,antara emandangan yang akan dilihat sepanjang laluan ke puncak Gunung Pulai. Untuk info selanjutnya klik sini.

Pada 18 November lalu,

Gua bersama 2 orang kutu telah pergi memancing di sekitar perairan Kg Pasir Putih sehinggalah ke Kuala Masai. Hasil tangkapan, boleh tahan. Tapi yang paling di-gian-kan adalah masa ikan makan umpan sambil tarik tali. Baru rasa macam memancing.




Hujung minggu ni, aktiviti apa lagi??

No comments: