Tuesday, May 31, 2011

Peperangan bermula...







Perang yang gua maksudkan bukanlah perang yang melibatkan pertumpahan darah.Perang yang gua maksudkan adalah perang antara gua untuk meneruskan kehidupan di bumi yang terlalu padat dengan korupsi.Kalau gua kalah perang ni pun sebenarnya takde effect apa-apa pun.Tapi gua dah tak sanggup untuk menghadapi kekalahan lagi.Kali ni gua mesti menang!

Perang ni jugak perang yang gua rasa terakhir untuk tahun 2011 dan sebab tu lah gua dah tak sanggup untuk terima kekalahan lagi.

Dayak sipemburu Setan Hitam: Lu yang malas nak berusaha,macam mana lu nak menang dalam perang!!!

Monday, May 30, 2011

Memancing Part 1

Semenjak,dua-menjak,tiga-menjak ni gua agak rajin turun ke laut.Kalau dah turun laut buat apa lagi kalau tak memancing.Gua memang jarang memancing waktu siang.Selalunya gua memancing waktu malam.Kalau malam ikan yang boleh dapat macam sembilang,usat,anak ikan unga tanda dan lain-lain.Tapi yang selalu naik ikan-ikan ni lah.Jarang ada ikan lain.Tapi tu semua bergantung pada rezeki.

Semalam,gua memancing pada sebelah siang.Lebih kurang pukul 2 petang gua bersama 2 orang lagi memulakan misi memancing.Salah seorang dapat naikkan ikan sebaru lebih kurang sekilo.Nak dipendekkan cerita,gua try search kat google nama ikan ni.Jadi gua klik kat satu blog.Klik sini untuk tengok blog yang gua tengok tu.

Ni gambar dia...





Misi gua sekarang adalah untuk menangkap ikan daun baru sebesar mungkin.


Mungkin gua boleh dapat sebesar brader dalam gambar ni.Ikan dalam gambar ni berat dia 2.2kg mengikut apa yang dia bagitau.

p/s: siapa berani nak ikut misi gua kali ni??

Sunday, May 29, 2011

Speechless...

Pagi tadi gua tengok Barcelona menentang Manchester United yang mana gua rasa MU memang tak boleh lawan kekuatan Barcelona.Barcelona bagi gua adalah juara Eropah dan mungkin tak akan kalah untuk musim depan.Barceolna cukup sempurna di semua posisi walaupun meletakkan Javier Mascherano di posisi bak tengah.Mu tak dapat nak hukum Barcelona.Gol daripada Pedro,Messi dan Villa cukup untuk menggambarkan kekuatan Barcelona.



Bagi gua MU kalau nak kalahkan Barcelona,tengah kena mantapkan lagi.Kena ada seseorang yang boleh control permainan.Barcelona punya control ball memang baik.Barcelona memang layak di gelar Champion Of Europe.

Wednesday, May 25, 2011

Until the end

Pertapaan gua kali ini dah nak sampai ke penghujung.Langkah yang perlu gua aturkan sekarang adalah tempat di mana gua boleh pakai segala ilmu yang gua dapat sewaktu gua bertapa di celahan kawasan perkilangan.Sampai saat ini,gua masih belum dapat lagi tempat untuk gua perguna pakai ilmu yang telah gua pelajari dari beberapa orang guru yang gua agak lagi pandai dari gua.Mau taknya,kalau gua lagi pandai dari diorang,baik gua jadi guru.

Setakat ini,gua cukup puas hati dengan apa yang gua dapat dari tempat pertapaan gua.Yang tinggal hanyalah seseorang yang percaya dengan kebolehan gua untuk menakluki dunia.

Kini, gua hanya menghitung hari untuk menghabiskan sisa waktu pertapaan gua di sini.Bak kata Pak Tam,"Tiada penamat bagi seseorang melainkan mati.Penghujung biasanya permulaan untuk sesuatu...."

Dayak sipemburu Setan Hitam: Baru tahu sikit dah nak berlagak...Apa pun tak boleh...

Thursday, May 19, 2011

Dayak sipemburu Setan Hitam

Dayak sipemburu Setan Hitam adalah makhluk yang amat membenci gua.Gua sendiri pun tak tahu kenapa Dayak sipemburu Setan Hitam ni benci betul dengan gua.Gua rasa gua tak pernah buat salah dengan dia atau ahli keluara dia.Lagilah dengan keturunan dia.Senang cerita gua sendiri pun tak berapa kenal dan gua tak berapa nak cam wajah Dayak sipemburu Setan Hitam.Yang gua dengar dari mulut orang,Dayak sipemburu Setan Hitam memang tengah memburu gua.

Lagilah gua bertambah pelik.Dia buru gua kenapa.Penat gua memikirkan masalah ni dan gua rasa takda masalah yang lebih besar dari masalah ni."Kenapa dia buru gua?".Satu hari,gua pergi ke perkampungan orang asli dan berjumpa dengan ketua kampung.Gua cuba merujuk masalah gua sebab gua dengar kat kampung ni ada orang pandai berubat.Gua di bawa kerumah orang kampung yang di ceritakan tu.Nama tok dukun tu kalau tak silap gua,Saleh Abdullah.Gua pergi dan cerita masalah besar gua kat tok dukun tu."Dah takda jalan lain la ni.Pejamkan mata."kata tok dukun Saleh.Gua menuruti segala arahan dan saat gua pejamkan mata,gua seolah-olah bersemuka dengan Dayak sipemburu Setan Hitam.

Tanpa buang masa,gua terus tanya,"Apasal lu buru gua?"."Sebab kepala lu dah ada harga"jawab Dayak sipemburu Setan Hitam."Berapa?"tanya gua sedikit keliru."Tengok ni..."tunjuk Dayak sipemburu Setan Hitam."Ala...baru USD 10,000."gua bersuara."Duit jugak tu bai."jawab Dayak sipemburu Setan Hitam lagi."Jap...Gua nak tanya satu soalan.Jenayah apa yang gua buat sampai harga kepala gua je dah USD 10,000?"tanya gua untuk merungkai segala misteri.

"Lu lagi jahat dari Setan..."kata Dayak sipemburu Setan Hitam.

"Mana buktinya?"soal gua.

"Ni...tengok puas-puas..."Dayak sipemburu Setan Hitam mengeluarkan I-Pad 2 yang baru dibelinya semalam.

"Jelas semuanya sekarang.Tahu kenapa gua buru lu..."kata Dayak sipemburu Setan Hitam.

Gua tanpa membuang masa terus membuka langkah seribu dan gua tak pasti kemana perginya Dayak sipemburu Setan Hitam.Masa gua nak cabut tadi Dayak sipemburu Setan Hitam sempat berpesan,"Gua sentiasa memerhatikan lu...."

Wednesday, May 18, 2011

Kedai Chai Ah Lim

Ada satu hari tu,gua pergi kedai cermin mata. Gua saja tengok-tengok dan usha-usha cermin mata baru.Tengok, mana tau ada pattern baru.Gua ni bukan jenis up-to-date sangat sebab gua bukan trend-satters.Gua sememangnya rock dan akan rock sampai bila-bila.

Lepas gua tengok-tengok,gua tanya dengan Aunty kedai yang ada kat kaunter,"gua punya mata kalau naik motor mesti kering,apa yang bagus".Untuk pengetahuan, gua baru cuba berjinak-jinak dalam dunia pemakaian contact-lens.Tu pasal bila naik motor,mata selalu kering. Dia terus bagi satu brand eye-drop yang gua tak ingat brand apa tapi agak rare bagi gua.Gua belek-belek kotak eye-drop yang Aunty kedai tu bagi kat gua.

Gua bayar dan terus beransur dari kedai cermin mata Chai Ah Lim.Dalam hati gua,"Cina memang pandai berniaga,bila gua tanya barang apa,dia terus jawab dengan konfiden dan terus keluarkan barang yang gua tanya."

[koma],

Gua pergi satu kedai menyediakan fotostat.Gua nak fotostat beberapa helaian kertas yang gua rasa tak sampai 20 helai pun.Masa yang diambil adalah lebih kurang 40 minit untuk gua angkat kaki dari kedai tu.Kedai tu di uruskan oleh anak Melayu sendiri dan asal owner kedai tu pun dari tempat gua.Bila gua naik motor dan tengok pada papan signboard,"Banyak lagi yang perlu diperbaiki..."kata hati kecil gua.

[Titik].

Dayak sipemburu Setan Hitam: Lu pandai menilai orang,lu sendiri tak ada apa-apa untuk dibanggakan.Hahahahahaha.

p/s: siapakah Dayak sipemburu Setan Hitam? Nantikan pada entri akan datang.

Saturday, May 14, 2011

Bila Kejuruteraan dan Alam Sekitar di satukan...

Kesan bila bencana melanda kerja-kerja mengorek minyak di dasar laut.











dan kesan-kesannya...













Gambar:Gulf oil spill

Monday, May 9, 2011

Friends For Life

Semalam masa gua tengok Man U lawan Chelsea,baru satart lebih kurang 36 saat Man U dah score.Dalam hati gua,ni macam fixed game je.Sepanjang penglibatan gua dalam pertaruhan pertandinan bola sepak,kalau ada pasukan yang score sebelum minit pertama,mungkin perlawanan ni telah di atur atau lagi senang,game dah di bayar.Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 2-0, Manchester United mendahului hasil jaringan Chicharito dan Vidic.

Dari satu sudut lain,dari sudut perlawanan bola sepak,perlawanan malam tadi boleh di anggap menarik walaupun pasukan Setan Merah di depan pada awal permainan.Chelsea masih tidak putus asa dan terus menyerang kubu MU dan hasilnya jaringan sagu hati oleh Lampard.MU memang berhak untuk menang perlawanan malam tadi.




Gambar-gambar penuh ceria Sir Alex Feruson.

[Titik].

Pembelajaran gua kat Puspatri gua rasa tinggal lagi sebulan dan bulan depan akan berakhir satu lagi episod pembelajaran dalam hidup gua.Hari ni gua habis lagi satu sesi iaitu sesi TQM.TQM atau singkatan dari Total Quality Management.Ni merupakan salah satu modul yang terkandung dalam sesi pembelajaran gua.

Masa modul ni berlangsung,gua bersama yang lain telah di ajar oleh trainer kami iaitu En Helmi,sebuah lagu.Kat bawah ni lagunya.Kita layan dulu.



Setiap hari sebelum balik gua dengan yang lain akan di suruh nyanyi lagu ni.Cuba lu hayati lagu ni.Kadang-kadan boleh touching sendiri.Trainer yang conduct modul ni memang sempoi.Banyak yang gua belajar dari dia sebab dia memang agak pandai dan banyak pengalaman.

Seperti kata orang-orang tua,setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan hari ini terbukti kesahihan kata-kata orang tua-tua dulu.Tadi sebelum mengakhiri modul,sekali lagi kami menyanyikan lagu "Amigos Para Siempre" buat kali terakhirnya.

Salute untuk En Helmy....

[Titik].

Sunday, May 8, 2011

Now or never...bullS**t!!!

Gua agak sibuk tatkala gua taip entri ni.Mau taknya,dah la tengah buat resume,tengah surf internet,boleh pulak taip entri.Malam ni nak tengok game Man U lawan Chelsea lagi.

Adakah ni merupakan title decider seperti yang di gembar-gemburkan ramai pihak??





Kita saksikan malam ini...

Wednesday, May 4, 2011

1 Mei dan kisah sebaliknya...

Sebenarnya cuti 1 Mei gua takde pergi kemana-mana pun,cuma gua nak ceritakan apa yang berlaku pada gua pada hari pekerja.

Disebabkan gua tidak mempunyai pekerjaan maka pada cuti umum itu gua hanya rilek tanpa melakukan banyak aktiviti berat.Gua agak kecewa sebab tak dapat untuk turut bersama memeriahkan satu event yang bagi gua sangat bersejarah kepada semua rockers.Mana tak gua cakap bersejarah,Wings beraksi di Istana Budaya diiringi oleh okestra kebangsaan.Seumur hidup gua,belum pernah gua dengar band Malaysia buat show sekali dengan okestra.Ni first time beb.Tapi malangnya gua tak dapat pergi sebab gua takde duit.

Kalau band rock gabung dengan okestra,Metallica punya show antara favourite gua.Kalau rock combine dengan okestra memang terbaikkk...Disebabkan gua tak dapat pergi ke Istana Budaya maka gua takkan komen lebih lanjut pasal konsert Opera Hidup.Cuba cari di google untuk berita selanjutnya.

Ni antara video Metallica dan orkestra yang bagi gua cukup rasa...