Friday, January 22, 2010

Tak semua...

Bukan semua ayat yang Mat Saleh pakai,kita boleh selamba je translate dalam Bahasa Melayu.Sebab yang diorang pakai tu bahasa diorang.

Tak percaya??

Contohnya.No Free Sex.Kalau di translate bulat-bulat dala Bahasa Melayu,apa bunyinya?Tiada seks percuma.Apakejadahnya?Tu yang gua maksudkan.Bahasa yang Mat Saleh pakai ni memang tak boleh sewenang-wenangnya di translate 100 peratus ke dalam Bahasa Melayu.

Tak percaya lagi??

Kalau lu orang selalu beli vcd atau dvd yang pirate punya,lu orang perasan tak kalau pelakon cakap "Holy Shit!!" apa translatenya.Holy Shit kalau di translate 100 peratus dari kamus bunyinya akan jadi ni,Tahi suci!!

Mana ada tahi suci,gila!!!

Gua sebagai penyokong barangan cetak rompak rasa tertipu.Dalam hati gua,nasib baik gua beli murah.Lain kali hantarlah lu orang punya translator pergi kelas bahasa inggeris ke.Ni tak.Semua nak tengok kamus.Takde kualiti langsung cetak rompak sekarang.Gua panggil diorang ni,kongsi gelap kamus.

Nak lagi ayat yang tak boleh di translate 100 peratus menggunakan kamus Oxford??Lu cari la sendiri.

No comments: