Friday, September 18, 2009

Posting Pra-Raya Chapter 2

Puasa tinggal lagi barapa hari je.Persiapan raya tahun ni memang agak koboi.Apa yang dapat.Malas nak pikir-pikir pasal benda-benda ni sangat.Lagi satu,masa pun tidak terlalu mengizinkan.Mungkin malam ni aku start TOUR satu jb untuk cari barang-barang raya.Lu orang dah beli barang-barang raya belum??

Sekarang ni memang aku kesuntukan masa.Banyak benda nak kena buat,macam esok dah tak de.Tapi tu semua bisa di atur.Aku memang target tahun 2009 ni tahun yang rilek-rilek.Rilek-rilek pun,tapi plan mesti kena standby.

Aku rasa tahun 2010 akan menjadi tahun yang paling sibuk dalam sejarah hidup aku.Banyak plan untuk tahun 2010.Tapi kenapa 2010??(Dah aku punye plan banyak start tahun 2010.Nak buat macam mana)


p/s: Kad raya pertama yang aku buat sendiri.Lu orang ada ke buat kad raya sendiri macam aku buat ni??

Thursday, September 17, 2009

Posting Pra-Raya

Semua orang dah berada dalam mood raya tapi mood raya aku dah hilang separuh.Masih ada mood.Tapi mungkin tidak seperti orang lain,raya kali ni biasa-biasa je kot.Separuh mood aku dah hilang atas sebab-sebab yang tertentu dan kalau aku pikir-pikir sangat,boleh tercetus satu perang yang amat dahsyat,aku kira.Yang penting aku bukan PERIOD!!!Aku lelaki dude,SUMPAH!!!Kalau lu orang tak percaya nak check pun boleh pe...Aku tak kisah.


Macam mana pun,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada sape-sape yang singgah kat blog aku ni.Tak kiralah aku-kenal-dia ke,dia-kenal-aku ke,aku-tak-kenal-dia-dan-dia-tak-kenal-aku ke,selamat menyambut hari lebaran untuk lu orang semua.Koma.

Memandangkan ekonomi aku masih goyang dengan bacaan 5.1 skala ritcher,tak dapat la nak beraya sakan.Tapi tak pe.Ni semua ujian dari Tuhan.Aku kena buat rilek-rilek jugak walaupun minda tengah berkecamuk tahap dewa ni.Aku ingat kalau percentage mood nak beraya jatuh ke tahap bawah 35 percent,raya ketiga lincah masuk kerja.Titik.

Sunday, September 13, 2009

Rumah api ke rumah terbakar??



Lagu ni membuatkan aku khayal dalam dunia aku sendiri,dude.

Banyak benda nak kena settle ni...

Bangun pagi hari ni,aku terus teringat satu ayat.

"So many to do with so little time".

Masa dah tak banyak lagi dude.Apa saja peluang yang ada depan mata,aku sambar.Dah malas nak pikir detail.Janji benda tu baik dan mendatangkan faedah,aku sambar.Sebab sekarang ni masa untuk take action.Zaman main-main dah lama habis.

Tapi jangan terlalu serius,dude.Bak kata orang...

They say that:
life is just a dream
not to be taken seriously
That is why I try not to be
too serious about everything....

Betul dude.Kalau semua benda lu orang nak ambil serius,tak fun-lah hidup ni.Humor tu penting untuk menceriakan suasana.Walaupun kadang-kadang lu orang memang takde langsung sense of humor,tak pe.Senyum pun dah cukup pe.Senyum tu kan sedekah.Tu bukan aku cakap dude.Nabi kita yang cakap.

Masa dah tak banyak,dude.

Aku kena teruskan kehidupan aku.Lu orang dengan lu orang punya hidup.Ada orang cakap life sucks.Tapi aku tak salahkan diorang yang cakap macam tu dan aku tak membetulkan diorang.Bagi aku kekorupan sistem yang membuatkan life ni jadi sucks.Tapi tu tak berapa penting sebenarnya.

Janji,

Terus Rock n Roll.

Wednesday, September 9, 2009

Mood yang masih dicari-cari

"Apa-apa lu buat,lu mesti ada target.Kalau takde target,tak jadi."sound sorang brader ni pada budak yang baru nak mengenal dunia yang penuh dengan dusta ini.

"Ala bang,kau cakap senang la."balas budak tu.

"Cakap memang senang,tapi sebebnarnya nak buat lagi senang.Kalau lu dah ada target,apa lu nak risau lagi.Tinggal buat je apa yang lu dah plan.Kalau lu tak ikut apa yang lu dah plan,memanglah tak jadi."terang brader sorang ni dengan panjang lebar.

"Lu pernah dengar tak cerita Mat Jenin?"tanya brader tu.

"Pernah."jawab budak tu ringkas.

"Lu tau tak silap Mat Jenin tu kat mane?"tanya brader tu bersungguh-sungguh.

"Silap Mat Jenin tu sebenarnya sikit je.Sape suruh dia berangan atasa pokok.Nak berangan duduk la atas kerusi ke,atas meja ke,ada ke pergi berangan atas pokok.Kalau pokok yang dahan dia jenis tebal-tebal tak pe.Ni berangan kat dahan pokok yang memang dah nak patah."sambung brader tu dengan panjang lebar.

"Kalau lah Mat Jenin tu tak berangan atas pokok,aku ingat Ananda Krishnan,Syed Al-Bukhari,silap-silap Bill Gates pun tak boleh lawan kekayaan yang di miliki Mat Jenin."hujah brader tu lagi.

Budak yang baru-nak-kenal-dunia-periksa-SPM-pun-tak-lagi terdiam...memikirkan kata-kata brader tadi.

Monday, September 7, 2009

Perempuan semua sama...

Okay dude.Ambil serious benda ni.Tapi hanya untuk headline entri kali ni je.Think deeply.Tajuk ni kalau nak discuss boleh jadi kontroversi.Jadi...Titik.

Akhirnya aku berjaya format laptop yang nak dekat sebulan dah tersadai.Padahal format je.Bukannya setting barang dalam dia pun.Kalau aku bukak kedai menjual alat-alat ganti koputer,dah lama aku rasa customer lari.

Siap je format laptop,aku install segala macam driver yang ada.Yang buat problem bab meng-format laptop ni sebenarnya bukan nak format.Format senang je.Cume nak install driver je.Kena cari yang betul-betul ngam baru dia boleh in ngan laptop tu.Kalau tak,takkan memberi sebarang kesan.Sumpah,dude.Tu yang lama tersadai.

Aku meraikan kejayaan meng-format-laptop-yang-dah-sebulan-tersadai dengan lagu Metallica.Puas hati.

Thursday, September 3, 2009

Akhirnya...

Dude,nak cakap gembira tapi aku takde lah gembira sangat.Biasa-biasa je...

Pukul 5 lebih nak dekat pukul 6,

Aku call si Arye.Tapi dia tak angkat.Dalam hati aku,nak kena budak ni.Aku call lagi.Kali ni dia angkat.Baru aku nak start cakap,dia terus potong.Cilakak punya budak.Dia ajak aku keluar teman dia nak beli barang.Aku kata ok.Aku tanya dia pukul berapa.Dia cakap dalam pukul 8 lebih atau pukul 9.

Pukul 8 lebih,

Aku baru sampai rumah.Ingat nak rilek jap,pekena baring dulu.Tengah syok dengar lagu Senapang dan Mawar(Guns n' Roses la),tiba-tiba aku dengar macam bunyi enset aku berdering.Tapi aku buat-buat tak tahu je.Sebab aku tengah melayan perasaan menyanyikan lagu band Senapang dan Mawar.Habis je satu lagu,baru aku sedar ada orang call.Aku angkat.Rupanya budak si Arye.Kacau betollah budak ni,bisik hati aku.

"Jadi tak nak teman Arye pergi Kipmart?"via sms.

Aku call si budak Arye.Aku cakap jadi.Tapi aku cakap helmet ada satu je.Aku cuba untuk mendapatkan helmet satu lagi.Tapi gagal.Aku call dia balik.Aku cakap macam tak jadi je nak teman Arye.Dari kata-kata Arye ni bunyinya macam nak merajuk.Tapi aku rilek je.Buat macam tak da apa-apa yang berlaku.

Lebih kurang pukul 9.20 malam,

Arye call aku.Dia suruh aku amek dia kat rumah kawan dia.Aku amek dia.Dia cakap sebelum naik motor,bawak motor laju-laju sikit.Kita dah lambat ni.Aku dengan pantas memandu seperti orang yang lari dari di kejar oleh Pulis-Pulis(Polis) kerana melakukan kesalahan mencabul binatang yang aku nampak di tepi jalan.

Aku dan si Arye berjaya sampai sebelum kedai-kedai di sana menutup pintu mereka.Dengan pantas kitorang terjah satu persatu kedai kat situ.Hasilnya.Pasti ada.Lepas tu,kitorang lepak di kedai Pak Cik janggut kaler putih.


Dalam pukul 11.20 malam,Aku hantar Arye balik ke rumah.Satu malam yang sangat cepat.Masa bergerak seperti 2 kali ganda lagi laju kalau nak di bandingkan dengan time nak tunggu buka puasa.

Apa-apa pun,terima kasih,Tuhan.