Sunday, January 30, 2011

DAMN IT!

Shite man...

Siang tadi gua ada beli 2 nombor,5014 dengan 7926.Gua beli kat TOTO.Nak kata gua kaki nombor memang tak.Ni pun baru berapa kali gua beli.Siap boleh kira dengan jari lagi.Insiden hari jumaat malam sabtu yang membuatkan naluri gua kuat mengatakan 5014 konfirm naik.

Mau tak,ntah macam mana nombor plat motor gua boleh tertanggal,dah la tertanggal,tayar motor gua pulak bocor.Dua kali malang.Tu yang gua terasa macam betul-betul nak naik.Semalam pun gua ada beli jugak tapi macam haram,satu pun tak masuk.

Pukul 8 tadi gua check,nombor apa yang naik.Ni result-nya.



Sekali nombor pusing da...Shite!

p/s: jangan amalkan main nombor...hehehehe...

Sunday, January 23, 2011

Please,send me an angel...


Wise man said just walk this way
To the dawn of the light
The wind will blow into your face
As the years pass you by

Hear this voice from deep inside
It's the call of your heart
Close your eyes and you will find
Passage out of the dark



p/s: gua kena betulkan 2-3 perkara dalam hidup gua...apa dia??

Saturday, January 22, 2011

Buku Muka


Di sini gua ingin mengumumkan,akaun facebook gua secara rasminya telah di deactivated.Gua rasa dah sampai masa gua stop ber-fesbuk.Nak kata gua ni pengunjung laman sosial tegar,tak jugak.Tapi gua rasa dah sampai masanya gua tutup akaun gua.

Antara alasan gua untuk tutp akaun facebook:

1) Gua bukan selalu online pun,baik gua tutup je akaun facebook gua.

2) Facebook membuatkan gua lalai.

3) Facebook sucks!

4) Owner facebook dah terlalu kaya.

5) Mak gua add gua kat facebook,tu pasal la gua tutup akaun facebook gua.Lu gila apa,kantol la segala modus operandi gua.

Jadi tanpa berlengah,gua kembali membuka akau twitter gua.Gua dah ada twitter lama dah.Cuma gua jarang gunakan.Jadi bagi sapa-sapa yang ada akaun twitter,kasi tau dengan gua.Nanti gua "follow".

Monday, January 17, 2011

Senda Pagi



Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.

Sunday, January 16, 2011

Ni Bukan Cerita Pasal "Sorang Brader mati Atas Pokok"...

Lu tengok dulu video kat bawah ni...



Memang.Gua tak nafikan.Video ni bukan vide Wings yang terbaik.Macam mana boleh gua cakap,ni bukan antara konsert terbaik diorang??Mau tak,awal-awal lagu,Awie nyanyi dah lari tempo.

"Ala,biasalah.Awie sulah tua.Mana boleh nyanyi sama macam dia nyanyi 17 tahun dulu."sound sorang cina sebelah gua,masa gua sibuk belek-belek dvd konsert Double Trouble Live in JB.

Sebenarnya gua tak nak cite pasal video.Gua nak lu orang baca dan faham bait-bait lirik lagu ni.Kalau lu tak berapa ingat lirik nya,kat bawah ni ada...

Saat ini di mana degupan ah...
Sehari sebulan setahun menunggu
Datang ke kota simpang berjuta
Apa tahu cari jalan pulang

Semakin dekat semakin jauh
Semakin hampir sampai penamat hilang
Kita tahu bukannya ke mari
Kabus asap timbul hilang tak menentu

Lorong-lorong hitam
Gelap berpelita
Mana lorong terang
Belum lagi jumpa

Berapa lama aku mencari
Bulan belum jatuh lagi ke riba
Mana kenal apa itu jemu
Panas api yang mengalir di belakang

Di lorong-lorong gelap
Cukup sekali datang

Luka sendiri membalut hati
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com
Lantas terpatri di belakang mimpi
Terlepas dari cengkaman hari
Hanya debu berterbangan bebas

Lorong-lorong sesak
Kerumun mangsa rosak
Nafas degupan ah...
Tak kontemporari ranggi

Semakin dekat semakin jauh
Semakin hampir sampai penamat hilang
Kita tahu bukannya ke mari
Kabus asap timbul hilang tak menentu

Di lorong-lorong hitam
Gelap berpelita
Mana lorong terang
Belum lagi jumpa

Di lorong-lorong gelap
Cukup sekali datang
Nafas degupan ahh...
Tak kontemporari ranggi


Yang gua nak simpulkan sebenarnya,jangan ada perasaan ingin mencuba untuk pergi ke lorong-lorong hitam.Sebab dalam lagu ni pun cakap,lorong gelap,cukup sekali datang.Tapi gua nasihatkan lu,tak payah datang terus pun takpe.

[titik].

Saturday, January 15, 2011

Ni Bukan Lagu Monolque atau Atilia

Prakata untuk hari ni...


Every day that comes and goes,
every mile the river flows,
says to me and says to you:
much there is to learn and do!
for the water and the day,
never more will pass this way.


[Titik].

Sunday, January 9, 2011

Shit Always Happen

Kadang-kadang lu pun takkan tau yang lu akan ditimpa nasib malang.Gua pun tak tau.Kalau gua tau gua akan di timpa nasib malang,mesti gua boleh cari cara nak mengelak nasib malang tu.Macam kata orang dulu-dulu,malang tak berbau.

"Shit always happen"kata Jamal Pak Tongkol.

"Shit not just happened.Shit takes effort,shit takes time..."Husin mata satu mencelah.

Koma,

Lu rasa,sepanjang hidup lu,dah berapa kali lu di timpa nasib kurang baik atau ayat lagi senang nasib malang atau musibah??Apa yang lu buat??

Koma,

Kalau gua,gua ada satu terapi.Gua panggil terapi KETAWA.KETAWA akan buat gua rasa senang.Macam tak pernah ada masalah.Salah satu terapi KETAWA gua,lu tengok video-video kat bawah...







Saturday, January 8, 2011

Job Vacant

Akhirnya,terjawab teka-teki terhadap Brader Roy.Siapa Brader Roy?Gua tak nak bagi tahu.Lu orang tengok gambar kat bawah ni.

















Gua pun malas nak cerita pasal Liverpool.Kalau lu nak tahu cerita lebih lanjut,lu klik sini.

Thursday, January 6, 2011

Lagi-lagi....

Gua bukak blog gua,gua ingat nak dengar lagu The Official yang gua letak ari tu.Boleh pulak gua ter-klik kat video tu.Lu orang tahu la bila dah ter-klik kat video tu,keluar ape...Kalau lu orang nak try,boleh klik atau buat-buat ter-klik kat video The Official kat bawah.Nanti lu orang tahu apa yang keluar.



Bila gua dengar balik,gua rasa macam lain.Tapi bila gua pikir-pikir balik,memang diorang ada buat lagu ni.Kalau tak silap gua dalam album yang last.Lepas tu terus gua tak de dengar cerita pasal diorang.

Apa-apa pun,LAYAN(ikut cara Wahid cakap dalam Melodi)...

Tuesday, January 4, 2011

We are still here

2-3 hari kebelakangan ni gua asyik teringat zaman-zaman dulu.Zaman-zaman gua sekolah dulu.Pergh...Mengimbau memori siak.Lu orang try layan lagu-lagu kat bawah ni.





Last but not least...



Gua letak video The Official bukan pasal gua fanatik dengan The Official.Cuma diorang budak-budak Johor dan gua jugak budak Johor.Bukan pasal memilih negeri,cuma dband ni lahir satu negeri dengan gua lahir.Titik.

p/s: those days are over....

Sunday, January 2, 2011

Post-New Year

Benda ni sebenarnya gua dah post kat facebook,tapi gua rasa gua nak jugak letak kat blog ua ni.

Year's end is neither
an end nor a beginning
but
a going on,
with all the wisdom
that experience
can instill in us.


Pengalaman akan men-dewasa-kan kita.Wak lu!

OUT.

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011,new year again...

Selalunya,bila masuk tahun baru,gua rasa semua orang ada azam baru.Biasalah,malam tahun baru,keluar dengan awek atau kawan-kawan.Pergi dataran,lepak sambil cuci-cuci mata sambil tunggu artis nersilih ganti mengambil tempat untuk perform,tepat pukul 12 malam,countdown dengan mengira dari nombor sepuloh sampai satu,lepas tu tengok percikan bunga api sambil berasa kagum,tapi kepala kena isi penuh sebelum pergi-pergi ke acara sebegini,on-the-way nak balik rumah,bilas lagi dengan beberapa "tegukan kehausan",balik rumah,bangun pagi esoknya tak ingat apa-apa.Azam baru kemana,gua ntah kemana.

Gua bukan tulis entri ni untuk cerita malam merdeka gua pergi mana,gua buat apa,gua minum apa,gua makan apa.Apa yang gua tulis kat atas tu merupakan rutin gua masa tingkatan 3 dan tingkatan 4.Sekarang ni dah takde aktiviti-aktiviti macam tu.Sebelum kalender bertukar tahun tadi,lebih kurang pukul 10.30 malam,gua masih berada di tempat biasa yang gua kunjungi ditemani oleh beberapa kutu dan sekawan asap yang membuatkan gua bersama kutu-kutu tadi berbual sampai nampak gusi.Sambil layan lagu Wings,ok jugak beb new year macam ni.Rare jugak.

Azam gua untuk 2011??

Masa start tukar tahun 2010 pun gua ada post entri pasal azam baru.Klik sini kalau tak pernah baca.

Gua dah malas nak letak azam yang panjang-panjang,azam gua tahun ni gua nak,tahun 2011 ni lagi baik dari tahun sebelum-sebelumnya.Amin.



Kalau untuk pembukaan 2010 lepas,No money,no job,no drug and I'm fucking flat broke...
Sekali lagi,setelah maasuk tahun 2011,No money,have job,have drug,still,I'm fucking flat broke mand always rock n roll!!