Saturday, September 4, 2010

Malam 7 Likur

Puasa dah masuk minggu terakhir.Kalau ikut kalender,10 hari bulan umat Islam akan beraya.Kalau cakap pasal raya,mesti dalam kepala terlintas,shopping...kuih raya...baju raya...mercun...dan gua rasa banyak lagi.Gua malas nak list banyak-banyak,sebab siapa yang baca blog ni mesti ada akal fikiran.Kalau tak macam mana lu boleh baca blog gua yang macam gampang ni!

Kembali kepada puasa.Lu rasa puasa lu complete tak setakat ni?Atau puasa sekadar puasa atau sekadar menahan lapar dan dahaga.Lagi teruk,tak puasa langsung.Lu orang yang mana?Terletak pada tangan lu orang sendiri untuk memilih.Gua pun bukan sempurna,sekadar mengingatkan satu sama lain(ada gaya macam orang-orang tabligh tak?).

Raya tetap raya.Semua sambut.Cina dengan India yang tak puasa pun sambut.Nama pun 1 Malaysia.Cuma gua nak ingatkan,berpada-padalah di Hari Raya.

No comments: