Thursday, September 16, 2010

Gua dan kerja...

Januari 2010,

Gua dah start menjadi kutu yang tak tentu arah.Kerja takde,duit takde,harta takde...senang kata gua ni memang serba-serbi takde.Tapi bak kata Awie(Wings), "berbekalkan jaket biru yamg disangkutkan dibahu,walau riada wang di saku hati tetap senang selalu...".Memang hati senang,walaupun takde sen.Hati gua senang,gua rasa pasal gua takde duit,jd gua tak payah nak risau duit hilang ke,nak kene rompak ke,nak kene samun ke.Hidup gua memang rilek.Aman,damai,bahagia.Fun tu memang fun.Sampai gua pun dah lupa yang masa memang tak tunggu gua.Pengangguran gua berlarutan selama 6 bulan.Bagi gua,ni dah jadi satu rekod peribadi.Indah jugak jadi penganggur.

Ogos 2010,

2 hari sebelum raya,gua dah kene report duty kat tempat kerja.Gua pergi.Gua kerja.Gua dah tak jadi penganggur lagi.Kerja apa?"Sales".Kerja ni bagi gua memang leisure.Lebih-lebih lagi dari segi masa.Selesa amat.Yang penting kerja jalan.Ada sales,ok la.Bos tak bising.Janji sampai target.Gua pun malas nak explain pasal kerja gua ni.Gua suspek,kawan-kawan lu pun ada buat kerja macam ni.Kira ok la tu.Tak payah gua nak explain lebih lanjut.

September 2010,

Bulan ni ada 2 lagi customer gua yang belum setel lagi diorang punya case.Mintak-mintak la minggu ni terus setel.Malas woi nak menghadap,mendengar,melayan karenah customer ni.Macam-macam.

p/s: Gua dah rindukan kehidupan gua masa bula Januari dulu....

No comments: