Thursday, November 26, 2009

when you walk...through the storm...

Gua pun tak tau kenapa tiba-tiba lagu anthem Liverpool ni terngiang-ngiang kat telinga gua.Tapi,gua bukan kipas-susah-mati Liverpool.Tu yang gua pelik.Mungkin lagu ni antara lagu anthem bola yang sedap atau gua sebenarnya teringat kat cerita Formula 51??



Tapi sebenarnya,masa gua bukak blog sokernet gua ada jumpe benda ni..Lu layan je la.


Bila lu orang tengok dua gambar kat atas ni,apa lu pikir?Cuba lu bayangkan Fara Benitez pakai baju macam ni masa ada kat tepi padang sambil marah-marah kat Lucas dan apa benda yang Gerrard buat kat atas padang tu??


Untuk brader-brader yang sokong Liverpool,gua takde niat pun nak menghina team lu orang. Cuma gua tengok gambar-gambar kat atas ni gua rase macam nak tergelak sambil guling-guling atas lantai sambil nyanyi lagu anthem Liverpool.When you walk through the storm,hold your heads,up high...

p/s : Gua dah malas nak cerita pasal Dewi Cinta.Mungkin ini adalah penghujung kepada kisah gua dengan Dewi Cinta.Tapi pengakhiran yang macam ni,tak best langsung...

Monday, November 23, 2009

Semua buat hal sendiri...

Dekat seminggu rupanya gua tak update blog.Bukan pasal gua sibuk ke apa.Cuma kepala gua macam malas nak pikir.Malas nak pikir apa yang nak tulis kat blog ni.Sudahnya,seminggu lebih blog ni terabai.Tapi takpe.Gua sudah kembali atau cakap orang jawe,I'm back.

Takde banyak benda yang gua buat dalam seminggu ni.Perkara rutin.Itu semestinya.Malam minggu aritu,gua didatangi oleh pesakit-pesakit dari Unit Integrasi Tahanan Mental untuk membawa mereka pergi mancing.Gua pun ikut sekali.Lokasi mancing,Kg Pasir Putih,Pasir Gudang,Johor.

Kalau tak salah gua,ni kali kedua diorang datang sini.Kali pertama,memang menghampakan.Kali ni,nasib baik ada jugak ikan yang naik.Sebab gua bawak diorang mancing kat kelong.Sebenarnya gua ikut diorang pun bukannya nak mancing sangat.Cuma nak tenangkan kepala otak gua yang gua rase berselirat macam kabel elektrik yang tak di atur dengan kemas.

Otak gua sekarang pun dah tak serabut.Tu yang gua boleh update blog.Sesi memancing start pukul 2 pagi sampai lepas Subuh.Bagi gua,ni trip mancing yang biasa-biasa je,sebab ikan pun takde lah banyak sangat dan takde lah besau-besau.Janji mancing.

p/s : Gua pun dah lama tak berbual dengan Dewi Cinta sebab gua rasa malas nak cakap dengan dia.Gua ingat minggu ni gua tak nak pikir apa-apa.Gua tak nak pikir pasal hidup,gua tak nak pikir pasal masa depan gua,gua tak nak pikir pasal Dewi Cinta dan gua tak nak pikir tentang segala-galanya.

Friday, November 13, 2009

Let it happen...

Aku akan tinggalkan semuanya.Tinggalkan dibelakang dan terus mara kehadapan.Tapi aku perlukan seseorang yang boleh buat aku tersenyum untuk menempuhi hari-hari yang men-datang dan penuh dengan liku-liku hidup.Liku-liku hiduplah yang akan mewarnai kehidupan aku.

"Gembira,sedih,suka,duka,tu semua biasa..mana ada orang yang hidup dia gembira je.Mesti ada sedih jugak."kata Dewi Cinta yang muncul entah dari mana.

"Memang la..Tapi kau apa tau..kau bukan aku..dan aku bukan kau..jadi,mungkin kau tak paham diri aku."aku bagitau kat Dewi Cinta.

"Macam mana aku nak paham kau kalau kau sendiri tak nak kongsi kisah hidup kau dengan orang lain."Dewi Cinta balas balik kata-kata aku.

"Nak kongsi kisah hidup aku dengan siapa?Bagitau aku?"tanya aku dengan sedikit nada marah,tapi tak marah pun sebenarnya.

"Dengan aku,mungkin."Kata Dewi Cinta ringkas.

"Kenapa nak kongsi kisah hidup aku dengan kau..Kau bukan sesiapa pun dalam hidup aku."ayat yang keluar dari mulut aku.

"Mungkin aku boleh jadi sebahagian dari hidup kau...mungkin..."balas Dewi Cinta.

"Haha...mungkin.Mungkin aku akan kongsi kisah hidup aku dengan kau,dan mungkin juga tidak."aku balas balik.

"Terpulang pada kau.Tapi macam mana pun aku tetap sedia untuk mendengar kisah hidup kau."kata Dewi Cinta yang bunyinya seakan-akan merajuk lalu Dewi Cinta berlalu pergi meninggalkan aku lagi.

p/s : Gua rasa gua dah boleh bikin ayat macam mana Ahadiat Akasha bikin ayat.Tapi gua rasa,ayat gua lagi power dari ayat dia.Perasan??Memang gua perasan.Sebab gua manusia yang ada perasaan.

Monday, November 9, 2009

Masalah ni!!!


Pertama kali gua tulis blog menggunakan bahasa lu-gua-lu-gua.Titik.

"I can't remember shit"

Gua dah lama ada masalah ni.Masalah apa??Masalah mudah lupa.Gua bukan melayu mudah lupa.Cuma gua nak cakap yang sekarang ni gua senang nak lupa benda-benda yang dah lepas atau mungkin benda yang dah lama berlaku.Cuma untuk ingat balik benda-benda tu semua,gua kena rilek,ingat balik benda yang gua dah lupa.

Masa gua kerja kat kedai makan tak lama dulu,ada sorang awek ni tengok-tengok gua macam nak mengorat gua.Tapi gua buat-buat rilek.Dalam hati gua,mungkin awek ni tengok orang lain kot.Sampai masa gua nak hantar makanan kat meja awek ni,dia start tegur gua.

"Lu ni mat top kan?"tanya awek tu.

"A'ah..."gua jawab selamba.

"Ingat gua tak?"awek ni macam ragu-ragu dengan gua.

"Ishhh...jap-jap...gua kasi ingat jap."gua bagitau kat dia.

"Owh...lu yang selalu dengan Fatihah kan..."sambung gua.

Perbualan kat atas ni menunjukkan yang memory gua memang dah tak berapa nak elok.Jadi bagi kawan-kawan gua,gua nak cakap satu benda je,lu orang bukan berada kat dalam otak gua.Jadi gua tak payah susah-susah nak ingat kat lu orang.Sebab lu orang sentiasa ada kat hati gua.Cewah.Tapi itu lah reality dude.Sebab memory card dalam otak gua memang dah penuh-sendat-padat dengan macam-macam benda lain.Tapi gua tak tau yang gua ni sebenarnya ada masalah short-term memory lost atau long-term memory lost.Jadi doakan gua sihat-sihat selalu.

p/s : Aku cakap kat Dewi Cinta yang aku ni senang lupa.Tapi dia jawab balik senang je,"Janji tak lupa aku dah la."Aku cakap lagi,"macam mana kalau aku lupa kat kau?".Dengan selamba badak Dewi Cinta jawab,"Berani ar lupa kat aku,aku amek clorox,cuci habis otak kau,baru kau tau."Aku diam seribu bahasa.

Monday, November 2, 2009

Permulaan yang di tunggu-tunggu...

Aku dah tak sabar nak tunggu sampai 4 November 2009,jatuh kat hari Rabu.Tarikh ni bukan tarikh aku bertunang,lagi pulak kahwin.Itu jauh daripada perancangan bulan ni.Tapi tetap,aku tak sabar nak tunggu hari Rabu.



Aku rasa dah menang walaupun plan aku belum direalisasikan dalam bentuk fizikal.Yang ada sekarang ni cuma bentuk idea,tapi aku tetap rasa menang.Aku teringat masa zaman sekolah dulu,tu yang aku letak video ni.

Kalau betul la apa yang aku plan ni menjadi,mungkinkah aku akan jadi engineer,kontraktor,inspektor polis yang paling korup atau ahli perniagaan paling lihai??Buat masa ni takde siapa pun yang tahu.Hanya Tuhan saja yang tahu kerana Dia yang mencipta hidupan di muka bumi ini.Kalau dilihat dari skop perfileman,seperti cerita-cerita box office yang lain,Tuhan adalah direktornya dan kita adalah pelakon untuk cerita kita sendiri.

p/s : Aku dah luahkan isi hati aku pada Dewi Cinta.Tapi tak luahkan habis cuma bunga-bunga je.Tak tahulah kalau Dewi Cinta ni boleh pikir ke tak apa yang aku cakap dengan dia.Sebab dia buat-buat rilek je.Aku tak tahu sama ada dia punya perasaan yang sama atau tak.Tapi aku tak kisah.Sebab aku dah bersedia untuk hilang sesuatu.Sepertimana kata-kata ini,"Untuk dapatkan sesuatu,kita kena hilang sesuatu".Munkin ini boleh diguna pakai.