Wednesday, October 8, 2008

Kembali Kepada Akar..

Apa yang aku nak tulis ni sebenarnya mengenai apa yang telah aku study dan apa yang telah aku perhatikan beberapa tahun kebelakangan ni…

Bermula dengan mendengar muzik Punk Rock…Kaset pertama yang dibeli dari band Air Sick Pilot…sebuah kugiran Punk Rock daripada Kota Singa.Mendengar track yang pertama dari band ini(Air Sick Pilot) aku sudah mula berminat dengan muzik Punk Rock ini..Track pertama yang membawa muzik ala-ala hardcore membuatkan band ini seperti sebuah band yang memainkan lagu-lagu yang ganas lagi berat…tetapi tidak…band ini memainkan irama Punk Rock dan diadun dengan sedikit sentuhan Ska…

Dalam pada tu aku telah mendengar satu daripada ep daripada band Carburetor Dung…Hahaha...band yang telah menjadi antara influence aku dalam scene.Kemudian aku telah mendengar demo dariband Inikah Hidup,Kuchalana,Heterodox,Second Combat,Kid On The Move,Depress,banyak lagi la…Aku lebih banyak membuang masa aku dengan mendengar muzik dari jenisan Punk,Hardcore,Metal,Oi,Street dll…

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal muzik yang aku pernah dengar atau band yang menjadi influence aku tapi aku nak ceriata mengenai asal muzik….

Bermula dengan Punk…Muzik Punk berasal dari muzik rock n roll…Dahulunya muzik Punk ini adalah untuk mereka yang mahu rock n roll tetapi tidak tahu bermain alat muzik…Kemudian muzik Punk ini berevolusi menjadi satu muzik yang mempunyai lirik yang lebih rebellious….dengan hanya 3-4 chord sahaja satu lagu telah disiapkan…Kalau kita lihat Rock n Roll juga merupakan satu cabang muzik rock itu sendiri…

Hardcore pula…Muzik hardcore berasal daripada muzik Punk…Jadi fakir-fikirkanlah asal muzik hardcore itu sendiri…Hadrcore adalah Punk tetapi Punk bukanlah Hardcore…

Muzik Rock pula adalah evolusi daripada muzik agogo antaranya The Beattles dan seangkatan dengannya…kalau dilihat daripada tahun pula,The Beattles adalah antara band terawal yang membawa irama agogo yang kemudiannya diikuti oleh Rolling Stones,Led Zepplin,dan sebagainya….barulah disusuli oleh Guns n Roses,Iron Maiden,Metallica,dan banyak lagi band yang muncul sekitar tahun 80-an….Oleh sebab kebanyakan band-band seperti ini muncul sekitar tahun 80-an jadi mereka memanggil muzik yang di bawa oleh mereka ini adalah Rock 80’s…

Evolusi muzik diteruskan sehingga ke hari ini..aku tertanya-tanya kenapa Iron Maiden menggelarkan muzik yang mereka bawa New wave of British Heavy Metal…Selepas lama aku berfikir pasal ni akhirnya aku mendapat jawapannya….Zaman-zaman diorang ni kira lagu-lagu Iron Maiden dah dikira sebagai Heavy Metal(sebab dah berat)….bagi jenisan-jenisan muzik yang lain,fakir-fikirkanlah sendiri root muzik itu…aku hanya memberikan penjelasan yang ringkas mengenai ini…Kalau nak diceritakan dengan details tak cukup aku rasa 24 jam menaip tanpa henti…hahaha….

Tapi apa yang aku dapat simpulkan kat sini adalah band itu mempunyai hak untuk mengatakan jenisan muzik mereka sendiri…Kita hanya menilai kualiti muzik mereka…Walaupun seseorang itu memainkan muzik Indie tetapi melabelkan muzik bawaan mereka adal Metal,terserah kepada diorang…sebab itu adalah band mereka…Jika anda inginkan muzik Hardcore versi korang…Buatlah band korang sendiri….aku nasihatkan supaya korang jangan percaya kepada apa yang aku tulis kat sini….hahaha...Percaya pada diri sendiri dan write your own!!!! SHIT!!!

No comments: