Monday, October 27, 2008

Nasib scene sekarang

Bangga jugak la bila tengok flyers ni....buat pertama kali setelah beberapa tahun gig ni berlangsung kat tempat aku sendiri...rase bangga tak dapat nak di gambarkan...tapi bila tengok entrance feenye pulak...mak oi!!!mahal gile...aku tryla tengok band yang main mane tau aku terlepas pandang,kalau-kalau ade band luar yang buat tour ke...tapi macam takde...aku terfikir....mungkinkah ini yang dikatakan kapitalist atau pun organizer cume opportunist...sebab jarang gig buat kat pasir gudang...biasenya kat jb ada la...aku melakukan sedikit perbincangan bersama rakan-rakan..dan mereka mempersetujui bahawa mungkin organizer nak untung lebih..dan seorang rakan sempat berkata "tengoklah berape ramai je yang pegi tu...".terlalu banyak untuk difikir...atau mungkin status band-band yang perform agak "OTAI" membuatkan tiket dijual agak mahal..argh...terfikir pulak,macam mane nak "support our locaal scene"...

p/s: 1) aku x pegi pun gig ni disebabkan tiket terlalu mahal...

         2) sambil mendengar lagu She's gone - Steelheart(lagu jiwang karat gila...hahaha...name nye hati besi tapi nyanyi lagu tangkap leleh...)

Thursday, October 23, 2008

Jenayah Terancang...


(Gambar) Kempen di atas dikeluarkan oleh akhbar pro-Zionis di Amerika iaitu San Francisco Sentinel pada 14 September 2007.

Saturday, October 18, 2008

F#@K THE SYSTEM!!!

Masa: Sekitar jam 11.30 malam
Tempat: Di kedai mamak,segamat

Perbualan dah bermula agak lama..tapi aku pendekkan ceritanya...maka,bermula lah sebuah kisah suka,duka dan lara....

Orang 1: Kita dah terikat dengan sistem...macam mane pun kite dah tak bleh lari....

Orang 2: Tapi aku pernah dengar orang cakap dengan aku satu benda...sistem itulah yng membuatkn manusia itu korup....Jika nak betulkan semula, betulkanlah sistem tu dulu...kemudian,barulah orang-orangnya...

Orang 1: Aku setuju dengan kau..Fuck the system...


Orang 2: Tapi aku dah tak percaya dengan semua sistem yang ada sekarang ni...sistem mambutkan manusia jadi malas....Argh...fuck the system...

Orang 1: Bagi aku, satu cara untuk kita keluar dari sistem ini adalah dengan lebih mencari ilmu untuk akhirat...

Orang 2: Tapi kita tetap tak boleh keluar dari sistem ni....

Orang 1: Maksud aku cara yang aku rasa sesuai unuk tidak ada kena mengena dengan sistem ni dengan tak amek port sangat dengan duniawi..tapi aku tak bermaksud tak kerja,jadi orang miskin..cuma kita jangan mengambil berat sangat tentang hal-hal dunia....

Orang 2: Macam kau cakap dengan aku dulu...pasal hukum hudud...hukum hudud je yang aku rasa sesuai untuk memulihkan kekorupan sistem kat negara kita ni...

Orang 1: Tapi mungkin ada yang tak setuju dengan hukum hudud ni...sebab ia melibatkan agama...nanti diorang takut ada yang akan salah gunakan agama...

Orang 2: Belum cuba belum tahu..sebb kalau dah guna agama,siapa yang berani mempersendakan agama...kalau nak kena panah petir...try la...hehehe....

Perbualan masih diteruskan cuma ini topik yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan bersama...FUCK THE SYSTEM!!!

Friday, October 17, 2008

~Ku Rindukan Saat-Saat Bahagia Ini~






Hahaha....dah lama tak pegi gig seyh...dah lama sangat dah nih....bile tengok gambar-gambar ni balik terasa kebahangannya....

Wednesday, October 15, 2008

Rumah Mak Arah...

Hahaha...ni lah gambar rumah yang aku diami selamat setahun...ni rumah sewa yang diberi nama rumah mak arah...nama diberi sempena nama owner rumah ni...ada jugak yang panggil rumah ni "Silent Hill"...lantak korang nak panggil ape...pada mula,rumah ni didiami oleh 9 orang...kemudian tinggallah 4 orang dan ditambah lagi seorang ahli baru...name di A#$@...tinggal kat rumah ni la kitorang diajar erti susah senang kehidupan...hidup tak selalunya indah...dan macam-macam lagi....banyak benada yang aku belajar kat rumah ni...yang paling penting sekali adalah "Belajar Untuk Hidup"...hahaha...rumah dalam hutan katakan...

100% konfirm.....

Ape yang konfirmnye.....

Pasti ada yang tertanye-tanya...

Ape yang aku nak bagi tau ni bukan penting sangat pun....

Sebenarnye...

Osama bin Laden sebenarnya adalah seketu amerika.Ni bukan tuduhan...tapi lepas membaca beberapa artikel aku dapat simpulkan yang Osama ni adalah bapak penipu...

Sebab-sebab kenapa aku cakap macam tu:

1) Osama pernah bekerja dengan CIA

2) Osama adalah seorang yang berfahaman Wahabi

3) Apsal sampai sekarang Osama ni tak dapat di tangkap??

Wahabi adalah satu ajaran yang menolak zikir,sunnah dan sebagainya dan Wahabi dicipta oleh British Freemason dan kebanyakkan pengikutnya berasal dari Arab Saudi...

Argh....pening kepala otak aku....

Beberapa hari kebelakangan ni aku ade membuka satu blog mengenai dajjal...tapi aku tak tau kenapa...tiap kali bace blog tu kepala aku terasa pening....

Tapi aku rase tak de kena mengena pun diantara apa yang aku bace dengan pening kepala yang aku rasai...mungkin salah tido atau salah makan atau salah diri aku sendiri kerana menyemakkan kepala sendiri dengan benda-benda yang tak penting...

Pasal dajjal ni pulak,kalau korang nak tau korang bukak link kat tepi tu yang tulis "Dajjal : The King of the World Conspiracy"....

Aku tak boleh nak ulas lebih lanjut sebab aku pun belum menghabiskan research aku ni...hahaha...research konon...tapi tu adalah ayat yang paling sesuai untuk digunakan....

Aku tak tahu samaada korang berminat atau tak...tapi yang penting benda ni banyak bagi knowledge baru pada aku...kalau korang nak tengok yang lagi advance...bukak website Hashemfilm.com....

Ape yang aku boleh cakap pasal Hashemfilm ni,video diorang kat youtube dah kena buang...lagi satu,akaun youtube diorang dah kena suspended...apasal??tu korang kena study sendiri la....

Wednesday, October 8, 2008

Kembali Kepada Akar..

Apa yang aku nak tulis ni sebenarnya mengenai apa yang telah aku study dan apa yang telah aku perhatikan beberapa tahun kebelakangan ni…

Bermula dengan mendengar muzik Punk Rock…Kaset pertama yang dibeli dari band Air Sick Pilot…sebuah kugiran Punk Rock daripada Kota Singa.Mendengar track yang pertama dari band ini(Air Sick Pilot) aku sudah mula berminat dengan muzik Punk Rock ini..Track pertama yang membawa muzik ala-ala hardcore membuatkan band ini seperti sebuah band yang memainkan lagu-lagu yang ganas lagi berat…tetapi tidak…band ini memainkan irama Punk Rock dan diadun dengan sedikit sentuhan Ska…

Dalam pada tu aku telah mendengar satu daripada ep daripada band Carburetor Dung…Hahaha...band yang telah menjadi antara influence aku dalam scene.Kemudian aku telah mendengar demo dariband Inikah Hidup,Kuchalana,Heterodox,Second Combat,Kid On The Move,Depress,banyak lagi la…Aku lebih banyak membuang masa aku dengan mendengar muzik dari jenisan Punk,Hardcore,Metal,Oi,Street dll…

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal muzik yang aku pernah dengar atau band yang menjadi influence aku tapi aku nak ceriata mengenai asal muzik….

Bermula dengan Punk…Muzik Punk berasal dari muzik rock n roll…Dahulunya muzik Punk ini adalah untuk mereka yang mahu rock n roll tetapi tidak tahu bermain alat muzik…Kemudian muzik Punk ini berevolusi menjadi satu muzik yang mempunyai lirik yang lebih rebellious….dengan hanya 3-4 chord sahaja satu lagu telah disiapkan…Kalau kita lihat Rock n Roll juga merupakan satu cabang muzik rock itu sendiri…

Hardcore pula…Muzik hardcore berasal daripada muzik Punk…Jadi fakir-fikirkanlah asal muzik hardcore itu sendiri…Hadrcore adalah Punk tetapi Punk bukanlah Hardcore…

Muzik Rock pula adalah evolusi daripada muzik agogo antaranya The Beattles dan seangkatan dengannya…kalau dilihat daripada tahun pula,The Beattles adalah antara band terawal yang membawa irama agogo yang kemudiannya diikuti oleh Rolling Stones,Led Zepplin,dan sebagainya….barulah disusuli oleh Guns n Roses,Iron Maiden,Metallica,dan banyak lagi band yang muncul sekitar tahun 80-an….Oleh sebab kebanyakan band-band seperti ini muncul sekitar tahun 80-an jadi mereka memanggil muzik yang di bawa oleh mereka ini adalah Rock 80’s…

Evolusi muzik diteruskan sehingga ke hari ini..aku tertanya-tanya kenapa Iron Maiden menggelarkan muzik yang mereka bawa New wave of British Heavy Metal…Selepas lama aku berfikir pasal ni akhirnya aku mendapat jawapannya….Zaman-zaman diorang ni kira lagu-lagu Iron Maiden dah dikira sebagai Heavy Metal(sebab dah berat)….bagi jenisan-jenisan muzik yang lain,fakir-fikirkanlah sendiri root muzik itu…aku hanya memberikan penjelasan yang ringkas mengenai ini…Kalau nak diceritakan dengan details tak cukup aku rasa 24 jam menaip tanpa henti…hahaha….

Tapi apa yang aku dapat simpulkan kat sini adalah band itu mempunyai hak untuk mengatakan jenisan muzik mereka sendiri…Kita hanya menilai kualiti muzik mereka…Walaupun seseorang itu memainkan muzik Indie tetapi melabelkan muzik bawaan mereka adal Metal,terserah kepada diorang…sebab itu adalah band mereka…Jika anda inginkan muzik Hardcore versi korang…Buatlah band korang sendiri….aku nasihatkan supaya korang jangan percaya kepada apa yang aku tulis kat sini….hahaha...Percaya pada diri sendiri dan write your own!!!! SHIT!!!

Punggok Rindukan Bulan



Sidi is a scrappy boy living in a condemned tenement. His escapades revolve around avoiding school and hallucinatory scenes of night fishing with his father. Malaysian director Azharr Rudin’s first film is a formally daring mood piece that meditates on the meaning of leaving one’s past behind. - Vancouver International Film Festival 08


Cherpen Pilihan: Satu Malam Di Woodstock

Cherpen Pilihan: Satu Malam Di Woodstock


AKU tidak mahu lepaskan peluang sekali seumur hidup ini.
Aku MISTI pergi ke Pesta Woodstock. Aku mahu bebas. Aku tidak mahu tunduk kepada tatatertib hidup chara lama, kepada tatasusila yang kolot. Aku anak zaman sputnik, zaman soyuz, zaman manusia naik kebulan.
Ayahku melarang, tetapi larangannya tidaklah begitu keras seperti amaran ibuku.
“Tak takut dosa? Tak takut api nuraka?” Dia mengherdik.
Kesian ibuku. Dia belajar memasak chara moden. Dia belajar menjahit, menghias rumah untuk menarik minat ayahku kepadanya. Tiap2 bulan dia pergi kekedai solek rambut. Dan dia juga chergas dalam kegiatan2 amal kaum wanita.
Tapi ayahku hidup dalam dua dunia. Dirumah - bila2 dia pulang - dia adalah seorang ayah dan suami yang baik, yang penyayang dan berkuasa.
Diluar rumah - dipejabatnya yang berhawa dingin, dan dikelabnya, dia bertukar chorak, menjadi manusia lain, lelaki yang bebas bergaul, punya ramai kawan2 dan teman2. Dia punya dua peribadi. Mungkin dua jiwa. Kerana itu kadang2 aku fikir lidahnya juga berchabang dua.
Bukan aku mahu memburukkan ayahku. Tapi aku tahu halnya. Dalam bilik dipejabatnya ada tergantung gambar2 bogel.
“Seni,” katanya kepadaku, kepada kawan2 dan teman-temannya. “Ada nilai estatika dalam lukisan2 ini,” tambahnya.
Dalam kutubkanah mini dibilik kanturnya itu ada buku2 sex. Dan satu lachi mejanya yang berkunchi ada gambar2 luchah berbagai ragam, termasuk apa yang digelar ‘hot-dogs’.
Aku tahu. Sebagai budak muda nakal yang tidak dikawal aku sudah menchuri masuk kedalam kanturnya.
Dan aku pun tahu juga dimana tempat ayahku pergi minum, berseronok dengan kawan-kawannya, dengan teman-temannya. Aku anak jantannya. Aku tahulah. Bapak rintik, anaknya borek. Masakan ketam batu, yang hidup didarat dan dalam air, boleh mengajar anaknya berjalan betul.
Aku punya teman wanita, yang lebih tua lima tahun dari aku, mengajak aku pergi kepesta itu.
“Kita boleh bikin kemah disana, ditepi belukar” - katanya.
“Dan bila malam kita boIeh tidur dibawah satu selimut. Kita boleh bebas puas2, sampai pagi” - tambahnya.
Aku mengerti apa hajatnya. Kami sudah buat hubungan beberapa kali, tetapi sembunyi2. Takut kena tangkap basah.
Dia dari keluarga pertengahan atas. Rumahnya besar. Kereta ada dua buah. Segala alat kesenangan dan kemudahan hidup ada dirumahnya. Jauh lebih tinggi kelasnya, mutunya atau darjatnya dari rumahku. Ayahnya orang berpangkat. Ada gelaran. Dihormati. Tetapi hidup “Moon” - teman wanitaku itu, katanya, tidak bahagia. Dia tidak bebas, tidak mahu dibebaskan oleh kedua orang tuanya. Banyak pantang larang yang dikenakan keatasnya. Dia melawan, dia memberontak.
Aku ketemu dengan Moon dalam satu temasha muda-mudi. Semenjak itu aku dengan dia sudah jadi macham belangkas. Berkat pill P.B., belum jadi apa2 padanya. Tapi sejak kebelakangan ini aku sudah lama tidak bersua dengannya. Entah kenapa, entah mengapa. Mungkin dia sakit.
Kemudian datang suratnya. Ada talipon nombor baru. Aku hubungi dia. Kami berchakap panjang, membahrui persahabatan, mengingat kesah2 lama yang lemak manis. Dialah yang kuat menchadangkan supaya kami pergi ke Pesta Woodstock. “Bawa lah kemenyan ajaib” - pesannya. Aku mengerti apa benda itu. Ubat serbaguna untuk muda-mudi yang mahu pesta.
Hari baik yang ditunggu-tunggu itu pun tibalah. Dengan pakaian rugged ala hippi kami pergilah kesana.
Dalam radio transister - didalam ruangan untuk beterinya aku bubuh enam gulung ‘kemenyan ajaib’. Siapa boleh shak, siapa boleh tahu? Beteri radio kechil itu aku lekatkan diluar. Waktu masuk pintu kedalam taman pesta itu aku bunyikan radio itu, pada meter yang menyiarkan lagu2 ranchak.
Tidak ada siapa yang bertanya, tidak ada yang memereksa. Moon juga ada bawa bekal, iaitu selain dan roti dan makanan2 dalam tin.
“Ada dibawah bukit aku” - katanya sebelum tiba ke-pintu masuk.
“Tentu selamat” - fikirku. Aku sudah naik kepunchak kedua bukit kembar itu. Banyak nikmat disana.
Ambboi, aduuh, my god. Temasha itu sungguh ranchak. Sembilan pancharagam bermain bergilir-gilir tidak berhenti-henti. Lagu2 barat semuanya. Kesukaan kami. Kegemaran Moon dan aku.
Tiga puluh jam berayun dalam irama ranchak, lanchar, tinggi, memunchak, melangit kenirwana. Dalam masa tiga puluh jam itu kami sampai kealam lain, kedunia asing - dunia aman damai, dunia penuh bebas, melempah seronok, murni, indah, penuh khayal.
Tetapi tiga puluh jam adalah satu tempoh yang sangat pendek. Kaiau tiga puluh hari, malah tiga puluh tahun, alangkah bagusnya.
Petang hari minggu, sedang suasana memunchak dengan kebahagiaan, sedang perasaan khayal kami melayang kekayangan yang suchi murni, pesta itu pun diberhentikan, ditamatkan.
Dan keesokan harinya, penaka orang2 suratkabar yang tolol, yang ketinggalan zaman - yang decadent, yang moribund, anti-progress, anti-perdamaian sejagat, yang chelaka, yang barangkali tak pernah merasa nikmat hidup, pesta indah itu sekonyong-konyong telah bertukar menjadi skendel besar.
Kononnya ada orang2 luar membawa ganja. Kononnya telah ada pemuda-pemudi yang menghisap ganja, madat dan dadah. Apakah yang mereka itu tahu? Mereka bukan manusia bebas seperti kami.
Hatiku macham diiris-iris dengan sembilu. Aku marah betul kepada orang2 dengki yang telah membochorkan rahsia dalam pesta itu.
Malam itu, dirumahku, dalam kamar tidurku yang penuh dengan lukisan2 dan patung2 seni-pop, aku terasa seluruh badanku panas. Aku terasa sakit dichelah kangkangku. Ari-ariku bengkak. Dan bila mahu buang air kechil aku terasa hangat, pedih.
Mujurlah malam itu ayahku ada dirumah.
Sebagai “man to man” aku cheritakanlah apa yang sebenarnya telah berlaku dalam pesta itu.
Ayahku sangat understanding.
“Mari aku bawa engkau kekelinik istimewa. Jangan takut. Jamin boleh baik dalam seminggu. Tetapi mahu pantang: jangan makan sambal, jangan makan asam. Dan ingat: jangan kasi tau apa2 pada emak engkau. Bilang engkau demam sudah; demam musim buah, musim kemarau. Berkurunglah engkau dalam bilik tidur engkau. Kebetulan emak engkau sudah pergi ke Pulau Pinang, ikut rombongan. Seminggu lagi baru dia balik.”
Kelinik istimewa itu agaknya jauh, dalam pekan diluar ibukota. Entah dimana. Lama kami dalam kereta. Sempat ayahku bercherita darihal seorang pemuda yang hendak masuk universiti.
“Engkau sudah besar Jack. Sampai di London nanti engkau tentu mahu ‘menembak’. Jadi, bila kau menulis surat meminta wang, tulislah, diantara lain2 belanja, belanja menembak sekian2…”
Seterusnya ayah ku bercherita: “Belanja Jack menembak bertambah tiap2 bulan, dan akhirnya ayah Jack minta kurangkan belanja menembak itu seberapa yang boleh.”
“Pada bulan kemudian Jack mengirim senarai perbelanjaannya. Diantara lain2 ialah: menembak lima paun, membaiki senapang lima puluh paun…”
Ayahku tergelak seorang diri. Aku, meskipun cherita itu luchu, tidak tertawa. Aku sakit, betul2 sakit. Dalam kereta aku terkenching. Sedikit2, sakit semakin pedih.
“Sekarang,” kata ayahku, “senapang kau pun sudah rosak. Tapi tidak mengapa. Ada ubat moden yang sangat baik, yang serasi. Nanti bila sampai kekelinik itu engkau diam2. Biar ayah yang chakapkan apa sakit engkau. Kalau tidak diubat lekas senapang engkau nanti tidak mahu meletup lagi. Lain kali ingatlah. Jangan perchaya yang groovy2. Hanya banyak gravy…”
Betul, seminggu kemudian aku sudah baik. Tetapi kena berulang lagi kekelinik itu seminggu sekali.
Kini aku tidak shak lagi. Penyakit itu aku telah dapati daripada Moon. Dan dia dapat daripada mana, daripada siapa? Mungkin daripada pelanchung luarnegeri. Aku kesian padanya, tetapi dalam kesian, rasa meluat pun ada juga. Tidak ku sangka sekali-kali anak orang baik2 begitu membawa kuman sakit moden, sakit zaman kemajuan.
Dua minggu kemudian surat Moon sampai lagi. Daripada alamat yang lain, nombor talipon yang lain pula.
Suratnya pendek saja, dalam bahasa Inggeris:
“Dearest Darling. In December, about four months from now, we are organising another Music Festival, to be called Junglestock. Would you come again, sweetheart? Always longing for you…”
“Go-to-hell with you!” - aku menyumpah dalam hati.
Aku sudah taubat. Woodstock bagiku sudah jadi Woodstink. Never again, forever. Lailahaillahllah. Muhammadurrasulullah. Amin.
oleh Pak Sako.