Thursday, May 31, 2012

May in memories


Bulan ni gua rasa banyak perkara yang berlaku dalam hidup gua.Masa awal bulan ari tu, "Chenta" gua telah pergi untuk selama-lamanya. Pergi tanpa mengucapkan apa-apa dan terus berlalu tanpa kata. Tapi pepatah ada kata, "life must goes on...". Jd dalam keberatan hati gua terpaksa teruskan hidup gua tanpa "Chenta".

Kedua, lepas gua di tinggalkan "Chenta", gua telah membawa hati yang lara ni ke sebuah pulau ditemani beberapa orang teman. Gua berada di pulau selam 4 hari 3 malam. Dah duduk kat pulau rasa berat hati bila nak balik. Tapi kena balik jugak, bak kata pepatah, "life must goes on..."

Ketiga, gua telah ditugaskan ke tempat yang baru sebab bos gua kata, "tidak perlu di ratapi pemergia si "Chenta"...gua boleh bagi lu "Chenta" yg baru...". Itu kata bos gua. Bagi gua "Chenta" gua tak ada penggantinya sebab dekat setahun gua dengan dia.

Keempat, krew yang bersama-sama gua akhirnya telah berpecah dan yang tinggal hanyalah beberapa kerat saja. Sebab tu lah bulan ni gua panggil May in memories.

[titik].

Gua bukak yahoo!, gua klik kat satu link. Gua tengok benda ni.



lagi satu,



Itu saja untuk penutup bagi bulan ini.

[titik].

Monday, May 28, 2012

BERSIH 3.0 PLUS

Gambar-gambar untuk tatapan semua...





p/s: masa untuk bangun memperjuangkan kebenaran...

Monday, May 21, 2012

Perkongsian

Gua cuma nak share dengan lu orang apa yang gua baca hari ni dan cerita yang agak menyedihkan.

[koma],

KISAH DOKTOR YANG DIANGGAP DURJANA

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..


"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"


doktor tersebut tersenyum dan berkata :


" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."


"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..


si doktor tersenyum lagi & berkata :


" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."


"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..


pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..


"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"


"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..


jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."


::Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through :

Sunday, May 20, 2012

Gua...

Tiba-tiba satu perasaan aneh ni menerjah dalam jiwa gua. Gua tahu perasaan ni datang dari mana tapi yang menjadi persoalan bagi gua adalah kenapa perasaan ni tiba-tiba datang. Padahal gua selalu juga berada di sisinya. Tapi hari ni gua rasa sesuatu yang lain dari kebiasaannya.

Gua pun tak tahu kenapa, tapi masa malam tadi lepas gua suap dia makan gua dapat tengok satu wajah yang tersenyum walaupun dalam keadaan menanggung kesakitan yang gua sendiri tak pernah rasai tahap kesakitan tu.

[koma],

Gua rasa dah agak lama gua tak nampak bapak gua senyum lepas masuk hospital. Tiba-tiba hari ni gua rasa terharu bila terkenang kembali saat bapak gua senyum tatkala gua menyuap bubur kepadanya. Itu sangat berharga bagi gua.

Tiada apa yang perlu gua risaukan kerana bapak gua adalah seorang yang tabah. Walaupun gua ni antara yang degil dalam adik beradik,tapi "he's the right man for the job to make me a real human..."

[titik].

p/s: doakan semoga bapak gua segera pulih dari penyakitnya dan dapat menjalani kehidupan yang normal sepertimana manusia yang lain.

Thursday, May 10, 2012

Akhirnya peprisahan ini tetap berlaku...

Gua rasa dah masuk setahun gua dengan dia. Gua memang beri perhatian lebih kat dia daripada yang lain termasuk keluarga gua. Tapi dia tetap meninggalkan gua untuk selama-lamanya.





Awan juga menangisi pemergian "Chenta" ku...

Sunday, May 6, 2012

Hujan

Kadang-kadang bila hari hujan, banyak kenangan-kenangan lama yang mengimbau dalam kepala otak gua tatkala gua menghala asap dari jantung gua.


Satu demi satu kenangan meresap dalam otak gua yang dah sarat dengan pelbagai input.


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun setiap yang berlalu pasti ada memori yang tersendiri dalam hidup gua yang akan gua kenang sampai bila-bila.


Cuma bagi gua hidup harus diteruskan walau apa jua yang telah berlaku pada diri gua. Kerana gua sentiasa belajar dari hidup dan akan terus belajar sehingga akhir hayat gua.


[titik].

Thursday, May 3, 2012

Masih ada yang tidak telus..

Jom tengok video ni.



Kenapa di-censored-kan plak berita asal?

[titik].


Jom kita sama-sama memeriahkan acara ni.

[titik].

Tuesday, May 1, 2012

Perghh!!

Budak ne memang handal. Siap perform dengan Ozzy Osbourne lagi.Salute!



p/s: Bila gua nak register kat Sekolah Muzik Yamaha?