Thursday, November 4, 2010

Stick to the plan

Jadi, selepas dilemma yang agak membelenggu gua sejak kebelakangan ni,akhirnya,setel. Gua telah memilih satu jalan yang agak berani.Gua ambil jalan yang jarang dilalui orang lain.ua tak tahu sama ada keputusan yang gua buat ni betul atau tak. Gua rasa keputusan yang gua buat ni berdasarkan apa yang gua fikir dari semua aspek. Gua bukan jenis yang suka buat keputusan ikut hati.

Kata orang tua-tua,"kalau ikutkan hati,nanti mati...".Gua tak tahu la kalau lu orang tak pernah dengar ayat ni. Tapi gua memang agak selalu mendengar ayat ni. Gua dah kira dari segala sudut,keputusan yang gua buat ni agak "high risk". Gua rasa dalam hidup gua,ni-lah antara benda paling gamble pernah gua buat.Berhenti kerja sekali lagi.

Gua pun tak tahu apa yang akan terjadi pada gua.Jalan yang gua ambil ni memang "high risk" tapi gua tetap berpegang pada satu falsafah, "hih risk,high return".Ni lah antara cabaran yang gua buat untuk diri sendiri.Gua pun tak tahu sama ada misi gua kali ni boleh berjaya atau tak.Gua namakan perjalanan hidup ua selepas ni, Jouney from Inner-self.Amacam?? Cara tak?

No comments: