Tuesday, March 17, 2009

Lebih Kurang Gig Review La…



Check,Check…Fuck,Fuck…

Ha…ni bukannye scene report yang betul-betul sangat…habis kalau bukan betu-betul takkan main-main pulak…SHIT…

Kita mulakan dengan sedekahkan Al-fatihah untuk saudara mara kita yang berada di Palestin sekarang ni…AL-FATIHAH…

Perjalanan dari Segamat ke Muar mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih (aku ingatkan sejam lebih je tak sampai 2 jam pun…jauh gak Muo ni dari Segamat rupanya..). Sebenarnya aku memang dah tak nak pergi lagi gig. Disebabkan oleh ajakan beberapa orang rakan-rakan, aku pun pergi la…tapi agak ralat bila orang yang mengajak ni tak perg…memang siot gile…hati panas pun ada gak…tapi kejap je sebab cepat-cepat aku pergi ambil air sembahyang…baru la sejuk sikit hati ni…Aku ingat pun dah tak bergelumang dengan dosa ni lagi (mana taknya dengar lagu sampai terkinja-kinja…apa nak jadi budak zaman sekarang ni…arghh…tapi aku pun sama)…Aku sampai Muo dalam pukul 3…menapak pergi ke Dewan tu tapi nasib baik tak jauh sangat…

Sampai je kat sana…dah tak macam dulu…masa awal penglibatan aku dalam scene kalau pergi gig majoritinya mesti baju hitam…ditambah dengan beberapa group yang mengenakan celak..pergh…ketar lutut siot nak masuk gig…tapi berbeza dengan sekarang ni…baju dah berwarna-warni, siap ada yang pakai seluar kaler perghhh…mencapap gile (ada ke lelaki pakai seluar warna merah, hijau, macam-macam kale lagi la…macam bapok…)itu adalah first impression aku bila sampai kat dewan tu…tapi mampos la dengan muka diorang…peduli apa aku…

Sampai je aku terus masok…harga tiket mahal nak mampos…RM25 siot…nasib baik diorang (organizer) menyumbang untuk orang-orang kat Palestin..kira tak kisah la tu…Aku datang gig ni pun sebab nak tengok Sil-Khannaz…band Metal legend tu kat Malaysia ni…hahaha…ni pun merupakan gig yang terakhir aku akan pergi sebab aku dah tak nak lagi bergelumang dengan dosa ni…Sebelah siang di mulakan dengan set band-band Indie…aku dok kat tepi je mase band-band Indie ni main…sempat pergi makan lagi…tapi tak berpeluang nak rasa mee bandung Muo sebab bajet lari kat tambang bas…aku ingatkan murah je tambang bas dari segamat ke Muo…mahal jugak sial…memang mahal la…

Set sebelah siang diakhiri oleh band Oddity..band yang line-up nya perempuan kecuand skali drummer nya…memang jahat vokalis diorang dengan hentakan double pedal…puas hati gak layan diorang ni…tapi sebelum Oddity ni main, band Ska Punk dari Pasir Gudang mengambil alih stage dari band Indie sebelumnya…mereka main macam biasa penuh dengan keceriaan serta jangkitan daripada wabak-wabak kegembiraan...Set berhenti pada pukul 7.00 pm dan akan disambung pada pukul 8.00 pm…

Set di sambung oleh band Revenge…aku berbisik pada kawan-kawan…back to 80’s…it’s Rock N Roll time…persembahan yang cukup bertenaga…antara lagu yang dimainkan, Anak Liar, R.E.V.E.N.G.E, dan lain-lain…kemudian band yang aku tunggu mengambil alih stage…Sil-Khannaz…di depan stage tidak lagi kelihatan budak-budak yang memakai seluar yang kalenye mencapap gila…yang dapat dilihat sekarang hanyalah mamat-mamat yang berbaju hitam…Salute pada brader-brader yang sing-a-long (siap sing-a-long dengan suara growl lagi..hahaha…respect la lu)…Sil-Khannaz hanya memainkan 4 buah lagu sahaja…tak puas tu memang tak puas tapi kira puas jugak la dapat tengok diorang perform depan mata…Set disambung oleh band Amarah, Sensor! Sensor!, dan diakhiri oleh band Hidden Silent yang hanya memainkan sebuah lagu disebabkan masa tidak mengizinkan…Apa boleh buat…tapi set sebelah malam lagi puas la bagi aku…baru la gig namanya kalau nak dibandingkan dengan sebelah siang…

Tapi apa-apa pun memang puas sungguh hati aku untuk gig kali ni…tak sia-sia membayar RM25 untuk gig ni…dapat la jugak beramal…kira ok la tu...2 in 1…ni akan menjadi gig terakhir aku…apasal gig terakhir…sebab dah tak de apa-apa yang tinggal..semuanya tinggal kenangan..lagi satu sebab tak de apa nak di perjuangkan…underground scene dah lama mati…dan ada kebenaran di sebalik underground tu.. Malas nak cakap lebih-lebih sebab mungkin ada yang tak percaya denga aku…apa-apa pun gig ni memang layan…layan je…belum sampai tahap best lagi…hahahaha…

No comments: