Monday, April 11, 2011

Penceramah Bebas

Sepanjang gua belajar dari tadika, naik sekolah rendah, naik sekolah menengah sambung lagi pengajian gua di Unit integrasi Tahanan Mental, belum pernah dalam sejarah hidup gua dapat pensyarah Mat Saleh.Bukan pensyarah nama Mat Saleh,tapi betul-betul punya dari seberang laut menyeberangi tembok besar cina,gua rasa pun jauh lagi tu.

Pensyarah ni dari UK,nama dia kalau gua tak silap,Dave Griffith.Awal-awal masuk kelas kitorang dah di inform.Memang tiap-tiap kali kalau kursus,2 minggu brader ni akan stay kat Malaysia.Sebab dia akan ajar kitorang,dan dia jugalah pembuat soalan untuk gua dan budak-budak yang lain.

Flashback(Pagi sebelum masuk kelas),

Gua tertanya-tanya macam mana muka pensyarah gua??


Gua dah doa banyak kali,jangan sampai muka pensyarah gua maam ni dah.Kes berat ni.Kang ada kerja nak gelak sepanjang kelas.Boleh mati dibuatnya.Mamat kat atas ni pun pensyarah jugak.

NAsib baik bila dah masuk kelas,tak sampai 10 minit pensyarah ni datang.Muka ok.Takde la sampai nak gelak.Pensyarah gua ni umur lingkungan 60 an.Gua rasalah.Macam biasa brader ni perkenalkan diri.Tak cerita banyak pasal diri beliau,terus kepada motif pembelajaran.

Subjek yang diajar kepada gua dan penyamun-penyamun yang lain,PAINTING AND CORROSION.Corrosion atau dalam bahasa Melayunya adalah cat dan pengaratan.What on earth did I need to study on this thing.Penerangan untuk persoalan ini adalah rumit dan untuk dijawab akan memakan masa 1 hari suntuk.Search kat google untuk detail.

Sempena gua dapat pensyarah dari UK,mari kita belajar English using British accent.



Gua bagi yang ringan sikit.



Titik.

p/s:just take it as a entertainmet and don't go too far.

Saturday, April 9, 2011

The Revealable - Kau Bukan "Brader"

Brader??

Apa yang di maksudkan "Brader" dalam lagu Kau Bukan "Brader" nyanyian Wings.

Layan lagu Kau Bukan "Brader",cuba cari maksud "Brader" dalam lagu ni.



Dapat tak?

OK.Bagi sesiapa yang masih lagi tak dapat tangkap maksud "Brader" dalam lagu ni,gua akan terangkan serba sikit.

Dengar baik-baik start dari part "Tapi air tenang,jangan sangka tiada buaya" sampai part chorus.

Dapat tak??

Kalau tak dapat lagi dengar part chorus ulang-ulang kali.Kompem dapat punya.Kalau tak dapat,lu memang ada masalah.

THINK OUT OF THE BOX.

Monday, April 4, 2011

April Fool

Siapa yang lagi bodoh,orang yang menyambut hari April fool atau yang kena "fool" dengan kawan-kawan diorang.


Klik pada umej untuk gambar yang lebih jelas.


p/s: Gua lupa pasal April fool sebab dah lama tak kenakan orang...

Sunday, April 3, 2011

The Saparate Way

Semalam,gua membuat tinjauan mengejut ke salah satu rumah yang pernah di gunakan oleh Persatuan Ninja-ninja.Persatuan ninja-ninja telah dibubarkan kerana kekurangan bajet dari kerajaan Malaysia.Mau tak,semenjak nak pilihan raya kat Sarawak,kat tv ada saja cerita pasal sarawak.

Bukan cemburu tapu kalau baru nak pilihan raya,masa tu lah nak amek berat,apakejadahnya tu.Balik kepada tinjauan gua ke rumah bekas Persatuan Ninja-ninja,kali ni di sambut oleh pencak silat dan aksi terbang dari pokok ke pokok ala "naruto" oleh ninja-ninja yang ada.Dalam hati gua,halus je semua ni.

Gua menantikan sesuatu yang lebih dahsyat,lebih aksi dari yang pernah gua belajar di sini dulu.Tak lama lepas tu,ninja-ninja semua duduk dalam kawasan bulatan.Dua orang bangun dan terus berlawan ala ninja,dan kedua ninja tadi hilang.Mereka semua masih selamba.Dua orang lagi ninja bangun untuk berlawan ala ninja lagi.Mereka berdua pun hilang.

Bangun lagi 4 orang ninja unyuk berlawan.Kali ni pun masih mengekalkan aksi ala ninja seiras naruto.Perlawanan yang kali ini agak dahsyat.Tak macam pelawanan yang sebelumnya.Lebih dahsyat lagi sehingga kereta yang lalu ditepi jalan boleh meletup.

Salah seorang daripada mahaguru ninja yang pernah mengajar gua sebelum gua menamatkan pengajian di Persatuan ninja-ninja,menyuruh gua untuk memejamkan mata dan membaca salah satu mantera yang pernah diajar kepada gua.Gua baca dengan tenang sampai satu tahap gua rasa macam melayang.Tiba-tiba gua rasa maam badan gua di hentam oleh satu kuasa yang gua rasakan teramat kuat.Badan gua jadi kebas.

Gua dah tak boleh buat apa-apa.Bila gua bukak mata keadaan sekeliling gua gelap.Gua tak mampu untuk bangun.Gua hanya mampu untuk menyandar ditep yang gua rasa maam dinding tapi gua tak berapa pasti sebab badan gua kebas.Jadi gua rehatkan badan sehingga gua rasa badan gua boleh digerakkan.Dalam pada gua menyandarkan badan,gua masih berfikir apa yang terjadi pada gua dan ninja-ninja yang lain.Apakah kami dalam satu peperangan?Gua bingung dan terus pengsan.Bila ua tersedar baru gua tahu gua ada kat depan rumah gua,menyandar pada dinding tiang.

Gua jadi lagi bingung.Dalam hati gua,gua kena segera kembali ke rumah Persatuan Ninja-ninja secepat mungkin untuk mendapatkan kepastian mengenai apa yang terjadi.Kalau gua tak dapat jawapan tu gua akan terus di belenggu kebingungan.