Friday, April 30, 2010

Ada cerita

Gua balik,tak tau nak buat ape,gua terus bukak mesin ajaib gua.Mula-mula gua baca pasal "10 perkara yang syarikat penerbangan takkan bagitahu".Lu pun boleh baca kat sini.Dalam kepala gua,makin pandai manusia mencari salah pihak lain.Bagus jugak soalan-soalan ni di ajukan.Bagi yang tak pernah naik kapal terbang macam gua ni,takdelah rasa tertipu.Mana taknya.Masyarakat selalu disogokkan dengan benda yang indah-indah je bila sebut pasal kapal terbang.Tapi hakikatnya...

Lepas tu gua baca yang ni pulak,sini,gua baca ni lagi.Last sekali gua baca yang ni.

Lu komen la sendiri.

Friday, April 23, 2010

Rasa-rasa...

Kalau gua kumpul duit dari sekarang,agak-agak lu boleh tak gua pergi tengok ni...


Benda-benda macam ni mana boleh tak pergi.Gua akan balun semua kerja yang ada minggu ni lepas tu sambung lagi dengan minggu depan.

Agak-agak lu orang,cukup tak?

Wednesday, April 21, 2010

Arghhh...:

2-3 hari ni kepala gua memang agak kusut.Gua harap gua dapat betulkan apa yang tak betul lagi ni.Termasuk betulkan kepala gua ni.


Lebih kurang macam ni lah kepala gua punya kusut sekarang ni.

Thursday, April 8, 2010

Shite!

Gua ditimpa malang semalam.

Semoga hari esok akan lebih baik dari semalam.

Tuesday, April 6, 2010

Masih ada...

Benda ni gua nak post 3 hari lepas.Dah 2 hari straight gua lupa nak tulis pasal ni.Hari i baru gua ingat...

Flashback(Jumaat lepas),

Pukul 6 lebih kalau tak silap gua,gua dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.Dalam perjalanan motor gua boleh pulak buat hal."Ini kalau bukan carburetor gua buat hal,ni mesti kes gua lupa keluar duit isi minyak",bak kata Nabil pakwenye si Irma.

Tolak punya tolak.Tengah syok gua tolak motor dengan menggunakan sebelah kaki,datang satu brader naik rxz.Mula-mula gua perasan brader ni kat seberang jalan,kat U-turn brader ni pusing,parking motor kat sebelah motor gua,terus tolak juga menggunakan sebelah kaki.

Gua memang respek la sama lu.Lu tolong gua tanpa banyak soalan.Masa brader ni tengah menunda motor gua,dia sempat tanya,"Habis minyak pe?"

"A'ah"jawab gua ringkas.

"Gua tunda sampai traffic light je ea?"tanya brader tu.

"Ok",gua jawab.

Memang gua tak nafi kan pakaian gua pada hari tu memang rock.Seluar koyak rabak.Kalau orang lalu sebelah mesti cakap gua mat pet punye.


Gua rasa seluar gua lagi teruk dari yang minah ni pakai.

Dalam hati gua,"masih ada manusia yang baik kat muka bumi ni".

Sunday, April 4, 2010

Kau pergi jua...

2-3 hari sebelum kematian pak cik ni,gua rajin jugak dengar radio chanel ERA pagi-pagi.Kalau nak ikutkan memang jarang gua bangun pagi.Asal gua bangun tido je mesti matahari dah terpacak.

Tapi rancangan yang paling gua suka,DRAMA SEBABAK...cayalah pak cik!!!




Al-Fatihah untuk pak cik Din Beramboi kerana menceriakan pagi rakyat Malaysia.Semoga rohnya di cucuri rahmat.Al-Fatihah.

Saturday, April 3, 2010

Gua dah agak dah ni...

Lu baca yang bawah ni...

Kartika Sari tidak jadi disebat

Oleh YULPISMAN ASLI dan SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

KUANTAN 1 April - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman sebat terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, kerana kesalahan minum arak yang digantikan dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah bertitah, Sultan Pahang yang menggunakan budi bicara baginda meringankan hukuman itu selepas mengambil kira kesalahan tersebut merupakan kali pertama dilakukan oleh Kartika Sari.

Tengku Abdullah juga tidak menolak kemungkinan Sultan Ahmad Shah membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan juga hasil pertemuan baginda dengan Kartika Sari di Pekan bulan lalu.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan hoki Piala Razak antara Pahang dengan Selangor di Stadium Hoki Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), Indera Mahkota di sini hari ini.

Ibu dua anak itu pada Julai tahun lalu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang.

Isu hukuman sebat terhadap bekas model itu menjadi hangat apabila terdapat pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mempertikaikan hukuman itu yang dikatakan agak kejam untuk dijatuhkan ke atas seorang wanita.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bertitah, baginda telah dimaklumkan kira-kira 10 hari lalu mengenai keputusan Sultan Pahang itu dan arahan telah diberikan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya.

Menjawab satu soalan, Tengku Abdullah bertitah, keputusan tersebut bukan satu prosedur baru, sebaliknya ia dibuat atas ihsan Sultan Pahang yang menggunakan kuasa baginda mengikut peruntukan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002.

Sementara itu ketika dihubungi, Kartika Sari berkata, dia diperintah menjalani kerja-kerja khidmat komuniti di Rumah Anak-anak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang selama tiga minggu bermula esok.

Menurut wanita itu, beliau dimaklumkan tentang perkara itu menerusi surat oleh Muip yang diterima semalam.

"Mengikut surat itu, Sultan Pahang memutuskan sebagai ganti hukuman sebat, saya diperintah menjalani kerja-kerja kemasyarakatan selama tiga minggu bermula esok," katanya.

Ditanya tentang perasaannya menerima perintah tersebut, Kartika Sari berkata, beliau reda dan bersedia menjunjung titah Sultan Pahang walaupun jauh di sudut hatinya sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak.

"Sebagai ibu, saya tentunya akan merindui anak-anak tetapi dalam masa sama saya perlu menjunjung titah Sultan," ujarnya.

Bapanya, Shukarnor Abd. Mutalib pula berharap dia dapat bertemu dengan anaknya itu pada setiap hujung minggu.

"Kartika Sari tidak pernah berpisah dengan anak-anaknya. Kalau boleh, saya mohon beliau dibenarkan berjumpa dengan keluarga dalam tempoh pelaksanaan perintah tersebut," katanya.


Flashback 5-6 bulan lepas,

"Dia ni kompem tak kena sebat punye"kata gua kepada seorang mak cik.

"Mane boleh.Dia kena sebat punye."balas mak cik tu dengan nada yang agak tegas.

"Mula-mula cakap takde warden perempuan yang jadi tukang sebat.Lepas tu cakap tangguh lagi.Lepas boleh ada cerita pasal perempuan ni ada kaitan dengan Sultan Pahang..."panjang lebar gua berleter.

"Ye ke...tapi dia mesti kena sebat..."mak cik tu cuba meyakinkan gua.

Sekarang,

Gua dah cakap dah...

Friday, April 2, 2010

Cerita Rossa...

Lu orang layan je video kat bawah ni....



Ayat first keluar dari mulut gua lepas dengar lagu ni,
"Sial la...Betol-betol depress lu ni..."