Friday, July 24, 2009

Sampai meremang bulu roma di buatnye...


Minah ni memang lawa...dah la lawa,suara sedap pulak tu...

My Heart Will Go On...antara lagu-lagu legend minah ni...

Lu orang try klik kat sini la kalau tak percaya

Dengar lagu ni dari awal sampai habis...pas tu dengar part hujung-hujung yang minah ni tarik sampai meremang bulu tengkuk...kalau tak percaya,kasi try la...

Sejak 2-3 hari ni bila aku bangun tido,aku pasang lagu ni...konfirm...terus tak jadi nak bangun...

p/s : nasib baik aku tak reti nak masukkan video...kalau tak,aku dah letak video Celine Dion kat blog aku ni...

Wednesday, July 22, 2009

Asyik jamming lagu "Hey Ho,Let's Go" je...

Ahad,19 Julai 2009.

Aku memulakan misi menyelamat beberapa rakan di Unit Integrasi Tahanan Mental,Segamat...misi kali ini adalah memberi mereka ubat-ubatan traditional yang di seludup dari Indonesia.


Mereka ni adalah antara pesaki-pesakit yang telah dirawat tapi aku ingat penyakit mental diorang dah kronik sangat dah...

Isnin,20 Julai 2009.

Lebih kurang jam 2.00 petang,aku memulakan sesi "melawat sambil merawat" di sekitar Unit Integrasi Tahanan Mental,Segamat...pesakit-pesakit di situ telah menunjukkan perkembangan positif...sesuatu yang agak baik untuk mereka...

Aku menamatkan sesi "melawat dan merawat" sekitar jam 4.00 petang..

Niat aku sebenarnya nak balik petang tu...tapi apa kan daya...

Selasa,21 Julai 2009.

Lebih kurang jam 6.00 pagi, aku naik train untuk pulang kembali ke Johor Bahru..


Mereka ni lah yang menggagalkan niat aku untuk balik ke Pasir Gudang hari isnin petang...tapi nak buat macam mana...lagi satu, terima kasih kat mereka ni sebab kasi aku menginap kat rumah mereka untuk beberapa hari...


Gambar yang aku try mms kat sorang minah yang juga merupakan pesakit di Unit Integrasi Tahanan Mental,Segamat...banyak kali aku try,tak boleh saje...lepas aku cuba beberapa kali,keputusannya masih sama,tak berjaya..rupa-rupanya kredit tak cukup untuk send mms...cekik darah punya maxis..Cilakak punya Ananda Krishnan!!!


Tengok sun shine dari keretapi...aku rasa ni gambar paling cantik dalam banyak-banyak gambar yang aku amek masa kat dalam keretapi...amek gambar pun pakai henset yang dah layak kena hempas ni.Titik.

Friday, July 17, 2009

Gambar ni tak de kena mengena langsung...Betul!!!



Dah dekat 2 bulan aku masih mencari-cari lagi kerja yang sesuai dengan jiwa aku..jiwa yang biasa-biasa je dan tak memberontak sangat...tapi masih ada lagi perasaan anti-kerajaan...bukan tak suka dengan Barisan Nasional,cuma tak suka pada sistem yang di guna pakai...dan aku juga bukan penyokong kepada mana-mana parti politik kat Malaysia ni...sebab...POLITIK ITU KOTOR!!!

Aku ingat lagi cerita kutu-kutu tahun lepas...

"Wei,jom ar kita sokong PAS..."kata seorang daripada kutu-kutu di situ.

"Aku tak minat politik ar...sori..."jawab aku ringkas.

"Tak de...bukannya kita sokong gila babi pun..."kata kutu yang cuba meyakinkan aku untuk menceburkan diri dalam dunia politik ini.

"Abis tu?"tanya aku.

"Kan diorang nak cetak duit sendiri...lepas tu diorang nak agihkan RM 10,000 pada orang-orang miskin yang sokong PAS.."kutu tu tetap cuba meyakinkan aku.

"Kalau kita sokong,kita dapat RM 10,000 ape...tak payah kerja susah-susah...sokong PAS je..."terang kutu tu lagi.

"A'ah..betul gak cakap kau tu...hahahaha..."aku menyampuk lepas tu ketawa berdekah-dekah...aku ingat,pontianak pun kalah..

Gila apa?sape dalam dunia ni nak bagi RM 10,000 senang-senang macam tu je...kalau betul PAS nak bagi aku sejumlah duit tu,aku sanggup...korang?

p/s :gambar kat atas tak de kena mengena dengan cerita ni...tapi aku suka gambar ni...betul dude..tak tipu...

Monday, July 6, 2009

Rock dan Techno: Dua jenisan musik yang tidak boleh di satukan...


Mood: Marah sampai keluar api kat kepala..

Intro lagu Metallica, Nothing Else Matters....

Aku bukan nak cerita pasal lagu ni pun...yang aku nak cerita ni sebenarnya pasal lagu Metallica ni dah di remix-kan kepada versi techno...

Sumpah,dude...tak sedap langsung...bayangkan irama rock dan techno disatukan...perghh..tak ngam langsung...jadinya...macam gampang!!!

Aku dengar lagu ni masa aku sedang berjalan-jalan di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang...ada pertandingan Shuffle...kalau tak silap aku...tapi...peduli apa aku...

Lagu rock di remix-kan menjadi lagu techno...sememangnya...tak boleh di maafkan...