Sunday, June 16, 2013

Too Much Work!!!!

Seperti biasa, gua agak sibuk jugak bulan ni. Kerja tak pernah berkurang, tapi makin bertambah.

















[koma],

















Gua harap masih ada peluang untuk gua beralih arah sebelum habis projek gua yang satu ni. Gua dah tak boleh toleh kiri, kanan dan belakang. Gua meti terus pandang ke-DEPAN.









[titik]






Layan video di bawah ni.





p/s: Lagu untuk KJ, Rembau Most Wanted! hehehehe...

Wednesday, June 5, 2013

Dah Gian Sangat Ni...


Walau macam mana pun, gua tetap akan naik gunung bulan ni sebab bulan depan dah masuk bulan Ramadhan. Jadi, gua perlu lepaskan gian gua sebelum habis bulan ni.






[titik].





Sunday, June 2, 2013

Jun sudah tiba, bermakna....

Jun sudah tiba, ini bermakna tidak lama lagi kita akan melalui Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang di nanti-nantikan oleh semua umat Islam kerana dapat melipat gandakan amalan. Jadi, sama-samalah kita berniat untuk puasa penuh untuk tahun ini.





[titik].





Layan video kat bawah ni...




Friday, May 31, 2013

Agong's Birthday??

Gua cuba bersengkang mata untuk buat research tentang Tanjung Pinang. Sebab ada seorang member gua yang berasal dari sana kata, "tempat gua memang cantik. Lu kena pergi walaupun seumur hidup sekali...".


Jadi, gua cuba usha-usha gambar di google image, untuk dapat gambaran mengenai Tanjung Pinang.


Flashback (2 hari lepas),

"Tempat gua lagi cun dari gambar tu..."kata Mat Indon tu merujuk gambar yang gua letak kat desktop komputer gua di tempat kerja.


"Apa? Lu kata tempat lu lagi cantik dari tempat ni??"tanya gua dalam kesangsian.

"Betul. Tempat gua memang cantik,cantik lagi dari tempat dalam gambar ni..."kata Mat Indon tadi.

"ok. Kalau macam tu, lagi sekali lu balik kampung, gua nak ikut sama. Gua nak tengok tempat lu dengan mata kepala gua sendiri."kata gua lagi.

"Boleh. Takde hal.."kata Mat Indon tu.



[koma],


Jadi gua pun ambil keputusan untuk buat research tentang tempat yang di katakan tu. Apa yang gua jumpa belum ada tanda-tanda yang Tanjung Pinang lebih cantik dari gambar yang gua letak kat desktop gua.


[titik].

p/s: tempat dalam gambar tu....Kampung Salang, Pulau Tioman.

Monday, May 27, 2013

Oh Cintaku!

Saat gua tengok kali pertama, gua dah jatuh cinta.










Bukan pada perempuan, pada gambar kat atas ni. Gua akan pastikan gua dapat lu tahun ini juga.

Thursday, May 9, 2013

He's a Legend!


Gua membesar dengan bola sepak yang di persembahkan oleh Sir Alex sebab arwah bapak gua merupakan antara kipas-susah-mati (die hard fan) pasukan ni. Tapi ni tak bermakna gua sokong Manchester United. Setelah lama Brader ni berkhidmat di Manchester United, akhirnya beliau memberi laluan kepada generasi baru untuk menyambung zaman kegemilangan kelab ni.

[titik].






Tak sabar dah nak pergi bercuti.

[titik].





Dayak si pemburu Setan Hitam: Padan muka lu kena mainkan dengan dia. Bodoh!

Friday, April 26, 2013

Germany 8 - 1 Spain

Dalam masa 2 hari ni, gua dapat saksikan kebangkitan Liga Jerman atau dikenali dengan Bundesliga. Mana tak nya, hari pertama masa Bayern vs Barcelona, ni lah yang terjadi...



Keputusan: Bayern Munich 4 - 0 Barcelona


Tadi pagi,



Keputusan: Borussia Dortmund 4 - 0 Real Madrid

dan ini juga antara perlawanan semi-final yang berbaloi untuk di tonton.

p/s: EPL tetap di takuk lama....

Sunday, April 21, 2013

Pra-PRU 13

Orang sana sini sibuk berkempen, gua masih rilek sambil menikmati saat-saat asap keluar dari mulut.


[koma],





Bulan ni,

Gua rasa, gua kena setelkan banyak kerja sebelum masuk bulan Mei.



[koma],




Perancangan Bulan 5,

"A Place to Get Lost...Part 2"



[titik].








p/s: kalau korang tak paham, tak pe. Tu adalah normal.Hehehehe.




Wednesday, April 17, 2013

Jangan Pakai!

Gua online, gua buka yahoo! untuk check gua punya email. Benda pertama yang gua terbaca,












"PEREMPUAN TAK BAIK PAKAI COLI.."












WTF man,












Jadi gua teruskan membaca. Jadi kalau lu orang nak baca sama, klik sini.


Friday, April 5, 2013

Avoid!

Tengah gua klik satu persatu email gua, gua terpandang benda ni...

Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas



p/s: tiada idea....:-p

Tuesday, April 2, 2013

Post-April Fool's

Gua rindukan zaman-zaman "keganasan" yang dulu...





p/s: gua pun tak perasan yang gua dah lama tak update blog ni...

Thursday, February 28, 2013

Seminggu

" Ku bermimpi,
Engkau Kembali,
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta...

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama..." via sms kepada Bidadari Biru..


p/s: dah seminggu, masih membisu...

Sunday, February 24, 2013

The Return of....



The Return of Dayak sipemburu Setan Hitam...

"Kenapa lu masih jumpa dia?"tanya Dayak sipemburu Setan Hitam kepada gua.

"Jumpa siapa? Gua tak paham apa yang lu cakap..."jawab gua dalam keadaan tertanya-tanya.

"Siapa lagi kalau bukan 'dia'?"desak Dayak sipemburu Setan Hitam.

"Oh...dia tu...a'ah gua ada jumpa dia baru-baru ni..."jawab gua selamba.

"Gua rasa lu ni tak pernah rasa serik..."kata Dayak sipemburu Setan Hitam.

"Kenapa pulak? Gua setakat jumpa dia, berbual-bual kosong, pergi makan, takkan tu pun tak boleh..."keluh gua.

"Bukan apa...lu takkan tak ingat apa yang orang tua-tua pernah kata, kalau dah berdua mesti ada yang ketiga..."terang si Dayak bersungguh-sungguh.

"Gua ingat dan akan ingat sampai bila-bila..."kata gua kepada si Dayak.

"Gua tak halang kalau lu nak jumpa dia, tapi cuba kurangkan masa dengan dia. Lu kena ingat siapa dia..."nasihat Dayak kepada gua.

"Gua akan cuba..."kata gua ringkas.

Dayak sipemburu Setan Hitam terus berlalu meninggalkan gua berseorangan.




Saturday, February 16, 2013

B.A.T.U




Sudah menjadi resmi manusia
Ingin hidup seribu tahun lagi
Seperti batu-batu
Setulus putih hati
Melihat kurniaan Tuhan
Lihat batu-batu diiringan jalan
Telanjang disinari dan dibasahi hujan
Terbiar detik pagi
Tangisan mengiringi
Lihat anak kecil hadiri
Sampai akhir nanti
Batu sayang kau tak boleh berkata
Semuanya kau lihat
Walau kau tak bermata
Terhiburlah dunia engkau dicipta
Hingga akhir dunia engkau kekal jua
Batu sayang kau tak boleh berkata
Semuanya kau lihat
Walau kau tak bermata
Terhiburlah dunia engkau dicipta
Hingga akhir dunia engkau kekal jua

Friday, February 15, 2013

Misi Mustahil

Tahun 2013 dah masuk pertengahan bulan 2...

Dah lama gua rasa gua tak update blog ni sebab gua dah makin jarang duduk depan komputer yang ada internet. Jadi tak sempat la gua nak update pasal aktiviti gua.


[koma],



Dia datang balik dalam hidup gua, SHIT!

Dia yang gua maksudkan ni, pernah gua ceritakan 2 tahun lepas. Klik sini untuk cerita yang lebih lanjut.



[koma],

Gua pasang misi yang agak mustahil dalam hidup gua. Mampukah gua untuk melaksanakan misi itu? Kita sama-sama tunggu dan lihat.


Malam ni kita layan lagu ni,



Dayak sipemburu Setan Hitam: Jangan lu ulang kesilapan dulu!


Sunday, January 6, 2013

Masa

Kesibukan akan berlaku dalam 1-2 minggu ni...GGGGrrrrrgggghhhhh...BERJUANG!