Monday, November 2, 2009

Permulaan yang di tunggu-tunggu...

Aku dah tak sabar nak tunggu sampai 4 November 2009,jatuh kat hari Rabu.Tarikh ni bukan tarikh aku bertunang,lagi pulak kahwin.Itu jauh daripada perancangan bulan ni.Tapi tetap,aku tak sabar nak tunggu hari Rabu.



Aku rasa dah menang walaupun plan aku belum direalisasikan dalam bentuk fizikal.Yang ada sekarang ni cuma bentuk idea,tapi aku tetap rasa menang.Aku teringat masa zaman sekolah dulu,tu yang aku letak video ni.

Kalau betul la apa yang aku plan ni menjadi,mungkinkah aku akan jadi engineer,kontraktor,inspektor polis yang paling korup atau ahli perniagaan paling lihai??Buat masa ni takde siapa pun yang tahu.Hanya Tuhan saja yang tahu kerana Dia yang mencipta hidupan di muka bumi ini.Kalau dilihat dari skop perfileman,seperti cerita-cerita box office yang lain,Tuhan adalah direktornya dan kita adalah pelakon untuk cerita kita sendiri.

p/s : Aku dah luahkan isi hati aku pada Dewi Cinta.Tapi tak luahkan habis cuma bunga-bunga je.Tak tahulah kalau Dewi Cinta ni boleh pikir ke tak apa yang aku cakap dengan dia.Sebab dia buat-buat rilek je.Aku tak tahu sama ada dia punya perasaan yang sama atau tak.Tapi aku tak kisah.Sebab aku dah bersedia untuk hilang sesuatu.Sepertimana kata-kata ini,"Untuk dapatkan sesuatu,kita kena hilang sesuatu".Munkin ini boleh diguna pakai.

No comments: