Malam tadi tengah aku syok lepak-lepak kat satu bundle kat Pasir Gudang,datang seorang brader.Aku tengok brader ni rilek je.Brader ni senyum kat aku,aku balas balik senyuman brader tu.Aku meneruskan aktiviti aku,hisap rokok.
Habis sebatang je rokok,aku terus naik.Mula-mula aku usha tingkat bawah.Tengok-tengok baju.Tengok-tengok seluar.Maklumlah orang takde duit.Mana mampu pergi butik-butik yang kat Jusco Tebrau mahupun kat City Square.Aku dah aim beberapa helai baju yang tergantung kat atas.
"Naik atas dulu la",gesa hati aku.Bundle yang aku pergi ni ada 2 tingkat.Naik tingkat yang atas,aku jumpa brader tadi sekali lagi.Aku tengok dia ni betul-betul khusyuk tengok,memilih,try segala benda yang dilihat menarik.Biarlah.Dia buat kerja dia,aku buat kerja aku.
Tengah syok memilih,membelek, tiba-tiba brader ni datang kat aku.Maka bermulalah kisah hidup antara aku dengan brader-yang-suka-membeli-belah-di-bundle.Banyak benda yang aku ngan brader ni bualkan.
"Kenapa lu suka beli barang-barang kat bundle?"tanya aku dalam kebingungan sebab aku tengok brader ni pakai jam mahal.
"Gua suka cari barang kat bundle,takde orang kacau."jawab brader tu.
"Takde orang kacau,ape maksud lu?"lagi bingung aku di buatnya.Cilakak.
"Lu pernah pergi kedai-kedai yang macam kat City Square ke,butik-butik kat Jusco ke?"tanya brader-yang-suka-membeli-belah-di-bundle.
"Pernah..."jawab aku ringkas.Tapi padat.
"Kalau lu masuk,apa pekerja diorang buat?"tanya brader tu lagi.
"Diorang layan lah customer yang masuk tu.Dah memang tu kerja diorang."jawab aku macam nak tumbuk je rusok brader sorang ni.
"Tu yang gua tak berapa suka.Gua sukakan kebebasan masa gua memilih,membelek,men-try,dan segala men-lah semasa gua ber-shopping.Tu namanya freedom dude.Orang tak marah lu nak stay lama-lama kat bundle diorang.Bundle biasanya tak ramai orang.Tu yang syok kalau pilih lama-lama.Kalau lu pergi butik plak,mesti orang ramai.Nak stay lama-lama pun macam malas sebab fitting room kadang-kadang penuh dan banyak lagi lah."terang brader sorang ni panjang lebar.
"Haha.Lu lagi sanggup beli seluar harga rm100 kat bundle ke beli seluar harge rm100 kat butik?"tanya aku lagi.
"Of course la bundle."jawab brader tu sengih-sengih.
Dewi Cinta pernah cakap kat aku yang dia pun suka shopping kat budle.Tapi dalam hati aku,Dewi Cinta bukan suka sangat pergi shopping kat bundle,cuma dia suka shopping ngan dia suka menghabiskan duit aku.Macam haram.Titik.
Quote yang aku suka pagi ni,"Is it too late now to write the philosophy and find the remedy?".Lu pikir baik-baik yang ni.
No comments:
Post a Comment