Thursday, January 6, 2011

Lagi-lagi....

Gua bukak blog gua,gua ingat nak dengar lagu The Official yang gua letak ari tu.Boleh pulak gua ter-klik kat video tu.Lu orang tahu la bila dah ter-klik kat video tu,keluar ape...Kalau lu orang nak try,boleh klik atau buat-buat ter-klik kat video The Official kat bawah.Nanti lu orang tahu apa yang keluar.



Bila gua dengar balik,gua rasa macam lain.Tapi bila gua pikir-pikir balik,memang diorang ada buat lagu ni.Kalau tak silap gua dalam album yang last.Lepas tu terus gua tak de dengar cerita pasal diorang.

Apa-apa pun,LAYAN(ikut cara Wahid cakap dalam Melodi)...

Tuesday, January 4, 2011

We are still here

2-3 hari kebelakangan ni gua asyik teringat zaman-zaman dulu.Zaman-zaman gua sekolah dulu.Pergh...Mengimbau memori siak.Lu orang try layan lagu-lagu kat bawah ni.





Last but not least...



Gua letak video The Official bukan pasal gua fanatik dengan The Official.Cuma diorang budak-budak Johor dan gua jugak budak Johor.Bukan pasal memilih negeri,cuma dband ni lahir satu negeri dengan gua lahir.Titik.

p/s: those days are over....

Sunday, January 2, 2011

Post-New Year

Benda ni sebenarnya gua dah post kat facebook,tapi gua rasa gua nak jugak letak kat blog ua ni.

Year's end is neither
an end nor a beginning
but
a going on,
with all the wisdom
that experience
can instill in us.


Pengalaman akan men-dewasa-kan kita.Wak lu!

OUT.

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011,new year again...

Selalunya,bila masuk tahun baru,gua rasa semua orang ada azam baru.Biasalah,malam tahun baru,keluar dengan awek atau kawan-kawan.Pergi dataran,lepak sambil cuci-cuci mata sambil tunggu artis nersilih ganti mengambil tempat untuk perform,tepat pukul 12 malam,countdown dengan mengira dari nombor sepuloh sampai satu,lepas tu tengok percikan bunga api sambil berasa kagum,tapi kepala kena isi penuh sebelum pergi-pergi ke acara sebegini,on-the-way nak balik rumah,bilas lagi dengan beberapa "tegukan kehausan",balik rumah,bangun pagi esoknya tak ingat apa-apa.Azam baru kemana,gua ntah kemana.

Gua bukan tulis entri ni untuk cerita malam merdeka gua pergi mana,gua buat apa,gua minum apa,gua makan apa.Apa yang gua tulis kat atas tu merupakan rutin gua masa tingkatan 3 dan tingkatan 4.Sekarang ni dah takde aktiviti-aktiviti macam tu.Sebelum kalender bertukar tahun tadi,lebih kurang pukul 10.30 malam,gua masih berada di tempat biasa yang gua kunjungi ditemani oleh beberapa kutu dan sekawan asap yang membuatkan gua bersama kutu-kutu tadi berbual sampai nampak gusi.Sambil layan lagu Wings,ok jugak beb new year macam ni.Rare jugak.

Azam gua untuk 2011??

Masa start tukar tahun 2010 pun gua ada post entri pasal azam baru.Klik sini kalau tak pernah baca.

Gua dah malas nak letak azam yang panjang-panjang,azam gua tahun ni gua nak,tahun 2011 ni lagi baik dari tahun sebelum-sebelumnya.Amin.



Kalau untuk pembukaan 2010 lepas,No money,no job,no drug and I'm fucking flat broke...
Sekali lagi,setelah maasuk tahun 2011,No money,have job,have drug,still,I'm fucking flat broke mand always rock n roll!!

Sunday, December 26, 2010

Semalam...

Cerita ni sebenarnya dari semalam gua nak masuk dalam entri blog gua.Tapi gua lupa.Gua pun tak tahu macam mana gua boleh lupa.Gua rasa semalam "Ho Ho HO Merry Christmast",tu yang sampai terlupa semua benda.

Gua bukan nak cerita apa yang gua buat sampai gua lupa nak masukkan cerita ni dalam blog,bukan.Gua nak cerita pasal benda yang gua tengok bila first time bukak internet untuk hari semalam.Terlalu RARE...



Kalau nak tahu cerita lebih lanjut klik sini.

Saturday, December 25, 2010

Hohoho...

Saat gua taip entri ni,gua dapat rasa kemeriahan mereka yang menyhambut tahun baru natal atau hari krismas.Entri kali ni bukan gua nak berhujah pasal sambutan hari natal.Kalau gua taip panjang berjela pun belum tentu ada yang nak baca sebab gua tahu ramai yang pernah dengar pasal sambutan hari natal.

Lu orang sambut hari krismas tak??

Kepada mereka yang sambut hari krismas,CHEERS MATE!!!



Hua sebenarnya teringin jugak nak pergi negara yang ada salji.Betul2 punye salji.



Selamat hari Krismas!!!

HOHOHO...Merry Christmast!!!

Saturday, December 18, 2010

Cicak Tokek

Lu orang kenal tak gambar ni??



Ni lah dia cicak tokek atau cicak yang tergolong dalam keluarga cicak gergasi.Kalau nama pun dah gergasi,lu orang agak-agak berapa besar cicak ni boleh membesar.Tak pun kalau lu orang tak boleh bayangkan,lu try google je.Konfirm ada gambar cicak tokek ni.Lu nilai sendiri la mana satu ambar betul dan tipu.

Gua rasa nak persoal kan kat sini adalah nilai cicak tokek ni.Logik ke cicak ni kalau 1 kilo boleh sampai RM 1,000,000??Logik ke?Kalau nak dikira rare tu mungkin la.Tapi kalau gua ada RM1,000,000,gua tak beli binatang ni,dah la kecik.Kalau terpijak kat rumah,mati pulak.Kan dah rugi.Baik gua beli harimau bintang.Lagi rare.
Nak kata cicak tokek ni boleh ubatkan penyakit,baik lu beli tanah yang baik untuk pertanian.Lepas lu beli tanah,lu tanam semua herba-herba yang boleh sembuhkan penyakit.

Gua pun tak tahu betul atau tak cicak tokek ni betul-betul mahal atau sekadar satu spekulasi untuk menaikkan martabat cicak tokek.Maklumlah,zaman Nabi Muhammad S.A.W dahlah cicak kene fuck.Memang lah,dah cicak ni jenis binatang yang jahat.Tu pasallah kene fuck.Lu pikir la sendiri sebelum membuat keputusan sama ada wujud kebenaran mengenai harga cicak tokek tu sendiri.Bagi gua,harga cicak tokek terlalu BULLSHIT!