Saturday, December 18, 2010

Gua dan blog

Sejak 2 bulan kebelakangan ni,gua rasa gua dah jarang update blog gua nih.Kenapa?Mari kita rungkai satu persatu persoalan yang terdapat di segenap benak kepala hotak gua dan lu orang semua.

Pertama,

Kenapa gua dah jarang update blog?Mungkinkah gua sibuk,sesibuk Khairi Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ?Gua rasa gua tak sesibuk brader KJ.Cuma bila gua buat-buat sibuk,gua rasa KJ pun kalah.Silap gua cuma takde Personal Assistant je.Kalau gua ada PA,konfirm gua suruh PA gua update blog gua.Jadi gua dah tak payah nak ambil port sangat dengan dunia mem-blog ni.Ye la,kalau gua dah ada PA konfirm kerja gua bukan hantar pizza.

Kedua,

Kenapa gua malas nak update blog?Mungkinkah gua dilamun cinta??Jawapannya....Tidak!!Sama sekali,TIDAK.Ada beberapa faktor yang gua rasa penyebab gua tak selalu update blog.Faktor pertama,asrama tempat tinggal gua tidak di-provide-kan dengan internet jalur lebar.Bila internet dah takde macam mana nak update blog.Kedua,henset masih tak canggih.Henset gua pattern lama,jadi memang tak boleh nak main internet dalam henset.Maklumlah,gua bukannya KJ,boleh buat loan suka-suka hati dengan bank.Ketiga,takde pusat cyber yang berdekatan dengan asrama tempat tinggal gua.

Last but not least,

Kenapa gua tak update blog gua secara kerap??Kerja gua juga membataskan gua untuk terlibat dengan lebih serius dalam dunia blog.Kadang-kadang pun gua kekurangan idea untuk update blog.Bila gua dah rasa kurang idea,memang tak datang lah idea-idea yang bernas lagi baik untuk dimasukkan kedalam blog gua.Jadi untuk apa gua update blog kalau tak tahu nak tulis ape.For what??

Saturday, December 11, 2010

Hahaha Pt 2

Gua bangun pagi hari ni,tanpa gosok gigi,gua terus sarapan pagi walaupun jam gua perasan dalam pukul 11.45 pagi.Pagi lagi tu beb.Belum pukul 12 tengah hari.Setel gua makan,gua ambil sebatang rokok untuk di hisap kasi habis.Setel gua hisap rokok,gua online.Gua bukak facebook,bukak yahoo-mail dan semua benda gua bukak kecuali baju dengan gua punye boxer.

First video yang gua jumpa,



Lepas tu gua jumpa yang ni pulak,lu terus baca je kat link ni.Gua malas nak membebel panjang-panjang sebab gua ada benda lain nak kasi setel dulu.

Chow...

Tuesday, December 7, 2010

Gua,kerja dan Mega Sale!!



Ni adalah gua.Kenapa gambat ni gelap??Mungkin ini soalan yang terlintas kat fikiran lu orang bila tengok gambar kat atas tu.Bukan pasal gua tak hensem.Bukan.Gua malas nak letak gambar gua yang clear,nanti ramai pulak yang sibuk dok call gua.Gambar kat atas gua blur-kan sebab gua nak bagi tau kat lu orang yang gua semakin hari,semakin....lu orang try sambung,gua tak nak keluarkan statement apa.Nanti lu orang cakap gua perasan pulak.

Koma,

Gua, secara rasminya tidak lagi memegang title Consumer Loan Executive sebab gua malas nak jadi exec.Mahu taknya,peri kerja pakai smart2.Pakai kemeja,kasut kilat.Kalau budak tingkatan 5 tengok konfirm cair punya.Tu belum lagi yang akak-akak tengok.Konfirm kejong.Sekarang ni gua meneruskan kerjaya gua sebagai Personal Loan Agent.Sedap sikit nama dia.Ala-ala macam government's agent,tak pun secret agent.Memang stailo.Tu yang gua suka.

Titik.



Bulan ni merupakan bulan dimana rakyat Malaysia berbelanja macam kena sampuk dek jin afrait.Berbelanja tak ingat dunia.Masa ni jugalah,ramai yang ambil kesempatan.Maklumlah,nak untung lebih.Gua ingat,kalau ada duit lebih,gua nak buat passport,lepas tu gua nak ke Singapore untuk ber-shopping.Gua nak shopping macam kene sampuk jin paling ganas dalam ahli keluarga jin.Tu pun kalau ada duit la...Kalau takde,nak buat macam mana...Kahkahkah...

p/s: bagi sesiapa yang tersesat kat dalam blog gua,kerana masih mencari pekerjaan.Gua ada tips sikit.Klik sini.

Monday, November 22, 2010

Baca dengan penuh feeling...

My God Allah, if tonight is the heart that are stored hate change it into love. When our hearts were dirty, please wash away. When the injured heart sore,please heal it. My God Allah, please see our tears. I beg and pray to change the sorrow, anyone who reads this prayer,change every tear that flows into happiness and a gift in our lives. Amin ya robbal alamin.

Kalau di alihkan bahasa,

Ya Allah, bila malam ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang. Bila hati kami kotor, sucikanlah. Bila hati terluka perih, sembuhkanlah. Ya Allah, lihat air mata kami ini. Aku mohon ubahlah kesedihan siapapun yang membaca doa ini menjadi kebahagiaan dan ubahlah setiap air mata yang mengalir dipipi menjadi karuniaMu dalam hidup kami. Amin ya robbal alamin.

Lu orang try la baca.Tak banyak,sekali je.Baca betul-betul.

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidiladha

Sedikit penghayatan untuk lu semua...



Hayati erti pengorbanan...



Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua...

Saturday, November 6, 2010

Semangat Baru

Tadi,gua ada lepak rumah sorang member ni.Lepak-lepak.Melepak adalah kegiatan utama untuk kutu-kutu.Tak kiralah sama ada kutu tu ada pekerjaan atau tak.Kalau dah nama nya kutu,memang itulah kerjanya hari-hari.Kalau lu orang pernah tengok Zombie Kampung Pisang,masa scene awie tengah pegang gitar dengan Ac, dan lagi 2 orang mamat yang gua pun tak tau nama dia.Lebih kurang macam tu la aktiviti gua.Tapi gua tak lepak sambil pegang gitar.Gua main carrom.

Gua bukan nak beritahu pasal gua handal main carrom.Gua main biasa-biasa je.Tak handal sangat,tak lemau sangat.Average.Bila gua pikir-pikir balik situasi yang gua hadapi sekarang ni memang agak mencabar.Masa gua tengah lepak-lepak tu gua pasang la mp3 dari enset buruk gua.Sampai lagu Perhentian yang didendangkan oleh kugiran Wings.Bait-bait lagu Perhentian macam kat bawah ni...

Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri Oh.. Oh..
Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan pegaganku

Hari berganti masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri


Lagu ni memang ada sikit menggambarkan pasal jiwa gua sekarang ni.Jiwa yang boleh dikategorikan sebagai agak lost jugak.Tapi bait-bait lagu ni takde kena dengan kerjaya gua yang dah berubah dari Consumer Loan Executive kepada Personal Loan Agent.Gua rasa kerja yang gua buat ni lagi seronok buat secara freelance.

Titik.

[Iklan] Bagi mana-mana penjawat awam dan nak buat pinjaman peribadi boleh contact gua kat nombor ni,017-7876623/Haikal.

Thursday, November 4, 2010

Stick to the plan

Jadi, selepas dilemma yang agak membelenggu gua sejak kebelakangan ni,akhirnya,setel. Gua telah memilih satu jalan yang agak berani.Gua ambil jalan yang jarang dilalui orang lain.ua tak tahu sama ada keputusan yang gua buat ni betul atau tak. Gua rasa keputusan yang gua buat ni berdasarkan apa yang gua fikir dari semua aspek. Gua bukan jenis yang suka buat keputusan ikut hati.

Kata orang tua-tua,"kalau ikutkan hati,nanti mati...".Gua tak tahu la kalau lu orang tak pernah dengar ayat ni. Tapi gua memang agak selalu mendengar ayat ni. Gua dah kira dari segala sudut,keputusan yang gua buat ni agak "high risk". Gua rasa dalam hidup gua,ni-lah antara benda paling gamble pernah gua buat.Berhenti kerja sekali lagi.

Gua pun tak tahu apa yang akan terjadi pada gua.Jalan yang gua ambil ni memang "high risk" tapi gua tetap berpegang pada satu falsafah, "hih risk,high return".Ni lah antara cabaran yang gua buat untuk diri sendiri.Gua pun tak tahu sama ada misi gua kali ni boleh berjaya atau tak.Gua namakan perjalanan hidup ua selepas ni, Jouney from Inner-self.Amacam?? Cara tak?