Saturday, November 6, 2010

Semangat Baru

Tadi,gua ada lepak rumah sorang member ni.Lepak-lepak.Melepak adalah kegiatan utama untuk kutu-kutu.Tak kiralah sama ada kutu tu ada pekerjaan atau tak.Kalau dah nama nya kutu,memang itulah kerjanya hari-hari.Kalau lu orang pernah tengok Zombie Kampung Pisang,masa scene awie tengah pegang gitar dengan Ac, dan lagi 2 orang mamat yang gua pun tak tau nama dia.Lebih kurang macam tu la aktiviti gua.Tapi gua tak lepak sambil pegang gitar.Gua main carrom.

Gua bukan nak beritahu pasal gua handal main carrom.Gua main biasa-biasa je.Tak handal sangat,tak lemau sangat.Average.Bila gua pikir-pikir balik situasi yang gua hadapi sekarang ni memang agak mencabar.Masa gua tengah lepak-lepak tu gua pasang la mp3 dari enset buruk gua.Sampai lagu Perhentian yang didendangkan oleh kugiran Wings.Bait-bait lagu Perhentian macam kat bawah ni...

Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri Oh.. Oh..
Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan pegaganku

Hari berganti masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri


Lagu ni memang ada sikit menggambarkan pasal jiwa gua sekarang ni.Jiwa yang boleh dikategorikan sebagai agak lost jugak.Tapi bait-bait lagu ni takde kena dengan kerjaya gua yang dah berubah dari Consumer Loan Executive kepada Personal Loan Agent.Gua rasa kerja yang gua buat ni lagi seronok buat secara freelance.

Titik.

[Iklan] Bagi mana-mana penjawat awam dan nak buat pinjaman peribadi boleh contact gua kat nombor ni,017-7876623/Haikal.

No comments: