Sunday, May 6, 2012

Hujan

Kadang-kadang bila hari hujan, banyak kenangan-kenangan lama yang mengimbau dalam kepala otak gua tatkala gua menghala asap dari jantung gua.


Satu demi satu kenangan meresap dalam otak gua yang dah sarat dengan pelbagai input.


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun setiap yang berlalu pasti ada memori yang tersendiri dalam hidup gua yang akan gua kenang sampai bila-bila.


Cuma bagi gua hidup harus diteruskan walau apa jua yang telah berlaku pada diri gua. Kerana gua sentiasa belajar dari hidup dan akan terus belajar sehingga akhir hayat gua.


[titik].

No comments: