Tuesday, December 6, 2011

Majlis Penghantaran Resume Kepada Amy untuk Melamar Nabila...

Pukul 3,

Gua kat rumah lagi tengah cari mood sebab nak rockin' pada sebelah malam. Gua rilek-rilek sambil belek-belek koleksi dvd. Belek punya belek gua jumpa satu movie yang berjudul 'Detroit Rock City'. Cerita ni sebenarnya gua dah tengok,tapi gua tengok lagi untuk dapatkan semangat lamina. Cerita ni mengisahkan 4 orang sahabat yang terlalu meminati band KISS. Di pendekkan cerita,diorang ni nak pergi tengok konsert KISS kat Detroit City. Dalam perjalanan dan bila dah sampai tempat konsert tu macam-macam yang berlaku. Jadi gua tak nak review panjang lebar pasal movie ni,lu kena tengok sendiri.

Sekitar pukul 5,

Gua siap-siap pakai seluar koyak-koyak gua,pakai t-shirt hitam. Gua keluar tengok awan, sedikit mendung tapi takpe gua rasa tak hujan. Gua nak gerak je,tup-tup hujan turun. "Alamak",gesa hati gua.Gua cekal kan hati. Gua pergi ambil member gua di rumahnya dan hujan masih turun renyai-renyai. Dalam perjalanan ke tempat kejadian,hujan semakin lebat. Gua redah. Habis basah baju dan seluar. Basah semuanya. "Lautan api sanggup ku redah, inikan pula hujan lebat", kata gua kepada member gua.

Pukul 6,

Sampai saja di perkarangan stadium Larkin, gua tengok hujan takde menunjukkan tanda-tanda berhenti. Gua terus call salah seorang kawan gua sebab tiket dia yang belikan. Gua beli tiket awal sebab gua tak nak ada masalah pada hari konsert. Seperti yang di janjikan gua tunggu kawan gua kat luar stadium. Hujan masih tidak menunjukkan tanda mahu berhenti.

Sekitar pukul 7,

Kami dah berada di dalam stadium.Hujan masih belum berhenti. Persembahan opening band terpaksa di batalkan atas masalah teknikal. Itu yang di beritahu oleh pihak penganjur. Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 9 baru SEARCH keluar ke pentas untuk meng-rock-kan malam minngu gua.Nak tahu happening ke tak,tunggu dvd yang akan keluar SEARCH: Konsert Fenomena 30 Tahun.



p/s: gambar diatas hanyalah hiasan semata-mata.

No comments: