Saturday, October 1, 2011

Syair Si Bidadari Biru 2

Cinta amat mahal takrifnya,
Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal di lihat pada zahir,
Kerana cinta itu adalah tanggungjawab,
Di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran yang bersatu di dalamnya,
Ingatlah pada yang satu,
Jujur pada yang setia,
Setia pada yang kasih,
Kasih pada yang rindu,
Rindu pada yang menyayangimu,
Cinta itu takkan hadir jika tidak di cari,
Cinta juga takkan ada kalau tiada siapa yang memberi,
Tetapi mencari biarlah pada yang sudi,
Bukan meminta pada yang simpati,
Itulah erti sebenar,
Cinta yang SUCI dan SEJATI...

No comments: