"Setiap orang ada pemikiran yang berbeza terhadap apa yang dia lihat dan dengar..."jelas Mak Senah.
"Kita sebenarnya sebagai manusia tak boleh untuk buat penilaian tanpa mendengar penjelasan daripada apa yang kita lihat mahupun apa yang kita dengar..."sambung Mak Senah lagi.
"Tapi Mak Senah,kalau dia tak tanya penjelasan dari apa yang cakap macam mana pulak?"soal Dayak sipemburu Setan Hitam.
"Memang betul.Kebanyakkan orang,diorang ni tak tanya apa maksud apa yang kita cakap.Diorang main pikir je apa benda yang kita cakapkan.Padahal apa yang kita cakapkan dengan apa yang ada dalam kepala otak diorang dalam memproses apa yang kita cakapkan tu lain.Maksud tak sama.Tu yang kadang-kadang sampai sampai terjadinya salah faham."jelas Mak Senah panjang lebar.
"Macam kita mengaji Quran juga lah Mak Senah.Kalau kita baca bunyi lain padahal yang ada dalam Quran bunyinya lain.Maksud dia jadi lain.Contohnya kita baca satu ayat,dalam Quran tulis baris atas tapi kita baca baris bawah.Lain maksud nya tu.Betul tak Mak Senah?"tanya Dayak sipemburu Setan Hitam.
"Betul tu.A mistake is to commit misunderstanding."balas Mak Senah.
"Wah Mak Senah.Speaking London nampak."sindir Dayak sipemburu Setan Hitam.
"Kalau dalam bab agama,bila kita salah andai maksud apa yang orang cakap dan lepas tu kita cakap apa yang kita pikir tu dah jadi membawa prasangka buruk dan boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap seseorang.Tu dah jadi dosa."terang Mak Senah lagi.
Dayak sipemburu Setan Hitam hanya mengangguk sambil meng-iya-kan kata-kata Mak Senah.
"Kita kena tanya betul-betul apa yang orang tu cakap.Biar kita tak salah tafsirkan apa yang dia cakap..."kata Mak Senah.
No comments:
Post a Comment