Semalam,gua membuat tinjauan mengejut ke salah satu rumah yang pernah di gunakan oleh Persatuan Ninja-ninja.Persatuan ninja-ninja telah dibubarkan kerana kekurangan bajet dari kerajaan Malaysia.Mau tak,semenjak nak pilihan raya kat Sarawak,kat tv ada saja cerita pasal sarawak.
Bukan cemburu tapu kalau baru nak pilihan raya,masa tu lah nak amek berat,apakejadahnya tu.Balik kepada tinjauan gua ke rumah bekas Persatuan Ninja-ninja,kali ni di sambut oleh pencak silat dan aksi terbang dari pokok ke pokok ala "naruto" oleh ninja-ninja yang ada.Dalam hati gua,halus je semua ni.
Gua menantikan sesuatu yang lebih dahsyat,lebih aksi dari yang pernah gua belajar di sini dulu.Tak lama lepas tu,ninja-ninja semua duduk dalam kawasan bulatan.Dua orang bangun dan terus berlawan ala ninja,dan kedua ninja tadi hilang.Mereka semua masih selamba.Dua orang lagi ninja bangun untuk berlawan ala ninja lagi.Mereka berdua pun hilang.
Bangun lagi 4 orang ninja unyuk berlawan.Kali ni pun masih mengekalkan aksi ala ninja seiras naruto.Perlawanan yang kali ini agak dahsyat.Tak macam pelawanan yang sebelumnya.Lebih dahsyat lagi sehingga kereta yang lalu ditepi jalan boleh meletup.
Salah seorang daripada mahaguru ninja yang pernah mengajar gua sebelum gua menamatkan pengajian di Persatuan ninja-ninja,menyuruh gua untuk memejamkan mata dan membaca salah satu mantera yang pernah diajar kepada gua.Gua baca dengan tenang sampai satu tahap gua rasa macam melayang.Tiba-tiba gua rasa maam badan gua di hentam oleh satu kuasa yang gua rasakan teramat kuat.Badan gua jadi kebas.
Gua dah tak boleh buat apa-apa.Bila gua bukak mata keadaan sekeliling gua gelap.Gua tak mampu untuk bangun.Gua hanya mampu untuk menyandar ditep yang gua rasa maam dinding tapi gua tak berapa pasti sebab badan gua kebas.Jadi gua rehatkan badan sehingga gua rasa badan gua boleh digerakkan.Dalam pada gua menyandarkan badan,gua masih berfikir apa yang terjadi pada gua dan ninja-ninja yang lain.Apakah kami dalam satu peperangan?Gua bingung dan terus pengsan.Bila ua tersedar baru gua tahu gua ada kat depan rumah gua,menyandar pada dinding tiang.
Gua jadi lagi bingung.Dalam hati gua,gua kena segera kembali ke rumah Persatuan Ninja-ninja secepat mungkin untuk mendapatkan kepastian mengenai apa yang terjadi.Kalau gua tak dapat jawapan tu gua akan terus di belenggu kebingungan.
No comments:
Post a Comment