16 haribulan-18 haribulan,bermula lah minggu orientasi di pusat pengajian gua yang paling latest.
Minggu orientasi,ni benda yang malas gua nak cerita.Kalau cerita pasal orientasi ni memang panjang cerita nya.Nak di pendekkan pun tak boleh.Tak seronok.Kalau nak di pendekkan juga,gua pendekkan.Senang cerita kalau kat mana-mana tempat yang ada orientasi,minggu orientasi adalah minggu kena buli.
Betul tak??
Tak kiralah buli dari segi apa.Kena merangkak tengah lumpur,kena simbah air,kena...macam-macam.Tapi sebenarnya,bukan apa sangat pun.Gua pun dah lali dengan benda-benda macam tu.Tak kisah sangat.Gua jenis layankan je semua.Kadang-kadang penat jugak nak layankan kepala diorang.
Bak kata orang tua-tua,masuk kandang rimau,mengaum.Masuk kandang kambing,mengembek.Bagi gua minggu orientasi ni bukan apa sangat pun,kita dah datang tempat diorang,kena ikut diorang punya rentak.kalau ikut rentak sendiri,orang lain cakap degil nanti.
Masa gua taip entri ni pun,minggu orientasi dah setel.Hari Isnin start gua punya kelas.Tapi bila gua pikir-pikir balik gua punya bidang ni,memang banyak lari.Tapi gua dah set cita-cita gua.Gua nak jadi pensyarah atau bagi syarahan kat mana-mana sebab gua nak kongsi pengalaman gua dengan semua orang.Lu rasa-rasa,cita-cita gua boleh tercapai tak??
p/s:respect each other like brother....
No comments:
Post a Comment