Thursday, February 24, 2011

Revolusi Mesir..

Benda ni gua rasa dah lama tapi gua rasa belum basi lagi....

Revolusi Mesir 2011.

Bekas Presiden Mesir,Hosni Mubarak telah berjaya di gulingkan oleh rakyat Mesir.Kenapa rakyat Mesir nak gulingkan Perdana Menteri diorang.Apakejadahnya semua ni.Tapi mungkin atas beberapa sebab yang menjadi pencetus kepada penggulingan Hosni Mubarak.

Satu,Hosni Mubarak dah memerintah Mesir lebih 30 tahun dan beliau ingin menyerahkan tampuk pemerintahan kepada anaknya.Otak dia.Ingat Mesir tu dia punya ke apa.Suka-suka hati nak bagi kat anak dia pulak.Bapak pernah jadi Perdana Menteri,tak semestinya anak kena jadi Perdana Menteri.

Dua,harga barang semakin naik.Dalam masa tak sampai 4 bulan harga barang naik.Kalau harga barang makin naik,gaji rakyat makin naik takpe jugak.Ni tak,Hosni nak untung sorang.Harga naik,rakyat makin menderita,Hosni Mubarak makin ceria.Nah amek kau.Kan dah kena guling.



Tiga,pemerintahan Hosni Mubarak tidak bersifat demokrasi.Peratusan rakyat Mesir yang keluar mengundi hanya 40 peratus.Mana lagi 60 peratus?Rakyat Mesir sedar,kalau mereka keluar mengundi pun takde gunanya sebab Hosni kompem menang punye.


Gambar semasa tercetusnya revolusi.


Gambar dia atas memnunjukkan rakyat Mesir meraikan kemenangan di atas penggulingan Hosni Mubarak.

Think a while...

Gua rasa situasi yang mencetus kepada revolusi Mesir dah wujud kat Malaysia.Cuma bezanya,kat Malaysia takde perdana menteri yang memerintah lebih 30 tahun.Harga barang,selalu naik.Nak kata Malaysia mengamalkan demokrasi?Tak jugak.

Pernah sorang pak cik,pesara tentera cerita dengan aku,dulu askar boleh pangkah undi sendiri.Tapi lepas kes ada satu kem askar yang majoriti undi pas,kantol.Jeneral kem kena marah.Askar dah tak boleh pangkah undi sendiri.Mungkin tak terjadi pada semua kem.Tu memang suck!!

Jadi pikir-pikirkanlah.Undi ditangan anda.Bak kata Nabil Raja Lawak,"Lu pikir lah sendiri".

No comments: