Hari Jumaat,
Misi ke segamat kali ini untuk menyebarkan risalah-risalah.Bukan risalah berbentuk agama ataupun politik, jauh sekali risalah untuk fuck capitalist.Gua amek keputusan untuk naik bas dari Pasir Gudang terus ke Larkin.Dah lama tak rasa naik bas.Bas yang gua naik dari Pasir Gudang tak ramai orang.Pak Cik driver bas amek keputussan keluar dari route biasa yang dia jalan.Dia ikut sepanjang highway Pasir Gudang,terus naik flyover menghala ke jalan Datin Halimah.
Sampai Larkin,gua terus cari brader yang menunggu gua.Naik foodcourt minum kejap sebab tiket bas pukul 4.30 petang padahal masa tu baru pukul 3 setengah.Lepak punye lepak,dah masa untuk naik bas.Sepanjang perjalanan dari Larkin ke Segamat mulut gua tak henti-henti berbual dengan brader tu.Banyak hal.
Sampai Segamat hari dah gelap.Terus ke rumah sewa yang pernah gua duduk satu masa dahulu untuk jumpa brader ni.Mission pertama settle.Lepas tu peri pulak rumah dia ni.Gua dengan brader sorang tu lepak umah dia ni.
Sabtu,
Ingatkan nak gerak balik JB terus sebab misi dah selesai.Rilek punya rilek,abang dia ni pulak datang dengan family nya sekali.Lagi rancak berbual sebab dah lama tak jumpa.Siap lepak kedai kopi yang kami selalu lepak masa dulu-dulu.
Ni lah tempatnya.
Lepak punya lepak sampai diorang balik,tengok jam dah pukul 4 lebih.Nak gerak balik JB pun dah malas.Tangguhkan hasrat balik JB untuk satu hari lagi.
Ahad,
Dari Segamat naik bas pukul 1, terus direct balik JB.Sampai Larkin mula-mula tak hujan,lepas mencekik dengan mentakedarah,gua terus tunggu bas balik Pasir Gudang.Masa gua tunggu bas,hujan dah start lebat.Masa gua naik bas,hujan lagi lebat.Dalam bas punyalah sejuk,gua tengok kanan,brader sebelah gua dah peluk tubuh tanda kesejukan.Gua tengok yang lain pun lebih kurang macam tu.Gua apatah lagi.Gua sampai Pasir Gudang dalam pukul 7 malam.
p/s : terima kasih pada sponsor sebab menaja perjalanan kami.hahaha.
No comments:
Post a Comment