Lu baca yang bawah ni...
Kartika Sari tidak jadi disebat
Oleh YULPISMAN ASLI dan SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my
KUANTAN 1 April - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman sebat terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, kerana kesalahan minum arak yang digantikan dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah bertitah, Sultan Pahang yang menggunakan budi bicara baginda meringankan hukuman itu selepas mengambil kira kesalahan tersebut merupakan kali pertama dilakukan oleh Kartika Sari.
Tengku Abdullah juga tidak menolak kemungkinan Sultan Ahmad Shah membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan juga hasil pertemuan baginda dengan Kartika Sari di Pekan bulan lalu.
Baginda bertitah demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan hoki Piala Razak antara Pahang dengan Selangor di Stadium Hoki Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), Indera Mahkota di sini hari ini.
Ibu dua anak itu pada Julai tahun lalu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang.
Isu hukuman sebat terhadap bekas model itu menjadi hangat apabila terdapat pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mempertikaikan hukuman itu yang dikatakan agak kejam untuk dijatuhkan ke atas seorang wanita.
Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bertitah, baginda telah dimaklumkan kira-kira 10 hari lalu mengenai keputusan Sultan Pahang itu dan arahan telah diberikan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya.
Menjawab satu soalan, Tengku Abdullah bertitah, keputusan tersebut bukan satu prosedur baru, sebaliknya ia dibuat atas ihsan Sultan Pahang yang menggunakan kuasa baginda mengikut peruntukan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002.
Sementara itu ketika dihubungi, Kartika Sari berkata, dia diperintah menjalani kerja-kerja khidmat komuniti di Rumah Anak-anak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang selama tiga minggu bermula esok.
Menurut wanita itu, beliau dimaklumkan tentang perkara itu menerusi surat oleh Muip yang diterima semalam.
"Mengikut surat itu, Sultan Pahang memutuskan sebagai ganti hukuman sebat, saya diperintah menjalani kerja-kerja kemasyarakatan selama tiga minggu bermula esok," katanya.
Ditanya tentang perasaannya menerima perintah tersebut, Kartika Sari berkata, beliau reda dan bersedia menjunjung titah Sultan Pahang walaupun jauh di sudut hatinya sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak.
"Sebagai ibu, saya tentunya akan merindui anak-anak tetapi dalam masa sama saya perlu menjunjung titah Sultan," ujarnya.
Bapanya, Shukarnor Abd. Mutalib pula berharap dia dapat bertemu dengan anaknya itu pada setiap hujung minggu.
"Kartika Sari tidak pernah berpisah dengan anak-anaknya. Kalau boleh, saya mohon beliau dibenarkan berjumpa dengan keluarga dalam tempoh pelaksanaan perintah tersebut," katanya.
Flashback 5-6 bulan lepas,
"Dia ni kompem tak kena sebat punye"kata gua kepada seorang mak cik.
"Mane boleh.Dia kena sebat punye."balas mak cik tu dengan nada yang agak tegas.
"Mula-mula cakap takde warden perempuan yang jadi tukang sebat.Lepas tu cakap tangguh lagi.Lepas boleh ada cerita pasal perempuan ni ada kaitan dengan Sultan Pahang..."panjang lebar gua berleter.
"Ye ke...tapi dia mesti kena sebat..."mak cik tu cuba meyakinkan gua.
Sekarang,
Gua dah cakap dah...
No comments:
Post a Comment