Saturday, October 31, 2009

...but somewhere along the line,you change...

Malam tadi tengah aku syok lepak-lepak kat satu bundle kat Pasir Gudang,datang seorang brader.Aku tengok brader ni rilek je.Brader ni senyum kat aku,aku balas balik senyuman brader tu.Aku meneruskan aktiviti aku,hisap rokok.

Habis sebatang je rokok,aku terus naik.Mula-mula aku usha tingkat bawah.Tengok-tengok baju.Tengok-tengok seluar.Maklumlah orang takde duit.Mana mampu pergi butik-butik yang kat Jusco Tebrau mahupun kat City Square.Aku dah aim beberapa helai baju yang tergantung kat atas.

"Naik atas dulu la",gesa hati aku.Bundle yang aku pergi ni ada 2 tingkat.Naik tingkat yang atas,aku jumpa brader tadi sekali lagi.Aku tengok dia ni betul-betul khusyuk tengok,memilih,try segala benda yang dilihat menarik.Biarlah.Dia buat kerja dia,aku buat kerja aku.

Tengah syok memilih,membelek, tiba-tiba brader ni datang kat aku.Maka bermulalah kisah hidup antara aku dengan brader-yang-suka-membeli-belah-di-bundle.Banyak benda yang aku ngan brader ni bualkan.

"Kenapa lu suka beli barang-barang kat bundle?"tanya aku dalam kebingungan sebab aku tengok brader ni pakai jam mahal.

"Gua suka cari barang kat bundle,takde orang kacau."jawab brader tu.

"Takde orang kacau,ape maksud lu?"lagi bingung aku di buatnya.Cilakak.

"Lu pernah pergi kedai-kedai yang macam kat City Square ke,butik-butik kat Jusco ke?"tanya brader-yang-suka-membeli-belah-di-bundle.

"Pernah..."jawab aku ringkas.Tapi padat.

"Kalau lu masuk,apa pekerja diorang buat?"tanya brader tu lagi.

"Diorang layan lah customer yang masuk tu.Dah memang tu kerja diorang."jawab aku macam nak tumbuk je rusok brader sorang ni.

"Tu yang gua tak berapa suka.Gua sukakan kebebasan masa gua memilih,membelek,men-try,dan segala men-lah semasa gua ber-shopping.Tu namanya freedom dude.Orang tak marah lu nak stay lama-lama kat bundle diorang.Bundle biasanya tak ramai orang.Tu yang syok kalau pilih lama-lama.Kalau lu pergi butik plak,mesti orang ramai.Nak stay lama-lama pun macam malas sebab fitting room kadang-kadang penuh dan banyak lagi lah."terang brader sorang ni panjang lebar.

"Haha.Lu lagi sanggup beli seluar harga rm100 kat bundle ke beli seluar harge rm100 kat butik?"tanya aku lagi.

"Of course la bundle."jawab brader tu sengih-sengih.


Dewi Cinta pernah cakap kat aku yang dia pun suka shopping kat budle.Tapi dalam hati aku,Dewi Cinta bukan suka sangat pergi shopping kat bundle,cuma dia suka shopping ngan dia suka menghabiskan duit aku.Macam haram.Titik.

Quote yang aku suka pagi ni,"Is it too late now to write the philosophy and find the remedy?".Lu pikir baik-baik yang ni.

Tuesday, October 27, 2009

Cuti yang biasa-biasa je..

Percutian kali ini agak biasa-biasa je.Tiada pulau,tiada pemandangan yang indah,tiada gunung ganang yang mendamaikan dan segala-apa-benda-jadahnya yang lawa-lawa.Semua tak de.

Yang ada cuma gunung-gunung yang di bawa oleh manusia kehulu dan kehilir.Haha.

First day,
Bertolak dari Pasir Gudang jam 9 pagi.Naik bas transnasional 2 tingkat.Ye la,tak pernah naik bas 2 tingkat la katakan.Perjalan mulanya ok,sampai separuh jalan bas dah mula buat perangai.Mereka-mereka yang ada dalam bas terpaksa turun.Dalam hati aku,permulaan yang kurang baik ni.Macam GAMPANG!!tapi aku buat-buat rilek jugak.Tak lama lepas tu bas sampai.Tapi cuma satu bas.Ye la,kitorang kan naik bas 2 tingkat,mana muat nak tukar bas 1 tingkat.Jadi terpaksa tunggu lagi 1 bas.Nasib baik tak payah tunggu lama-lama.Kira ok la tu.Tak de la suwey sangat.Sampai ke destinasi lebih kurang jam 4 petang.Tak banyak benda yang aku buat petang tu selain jalan-jalan,usha-usha tempat.Malam,tido.

Second day,
Bangun tengah hari.Rilek-rilek,cari apa nak makan.Makan dulu baru boleh jalan,kata hati aku.Hari tu dapatlah tengok wayang cerita Surrogates.Ingat nak tengok cerita yang brader Brad Pitt berlakon tu.Nasib baik brade Bruce Willis berlakon ok.Kalau tak,taulah nasib diorang.Sebelah malam,dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti melihat panorama alam.Ok.Tak de masalah.

Third day,
Bangun pagi terus check duit kat bank.Cilakak.Gaji tak masuk lagi.Aku terus call orang yang sepatutnya.Dia cakap pun gaji memang belum masuk.Badan dah mula berangin.Hati dah terbakar.Mau saja aku pasang C4 kat bangunan tempat aku bekerja.Semua plan untuk hari ni terpaksa di batalkan.Sial.Tapi nasib baik sorang kawan lama ajak lepak sambil pekena minuman orang melayu.Aku layankan je.Lepak punya lepak.Tempat lepak silih berganti.Tak sedar dah pukul 3 pagi.Balik.Tido.

Fourth and last day,
Kemas-kemas barang.Sebab nak kembali ke selatan tanah air.Malas nak check duit kat bank sebab semua plan tak mengikut perancangan.Rasa macam palat pun ada gak.Sebelum balik,sempat lepak dengan kawan lama.Lebih kurang pukul 11 malam aku bertolak pulang.

Perasaan - Biasa-biasa je + marah sebab gaji tak masuk macam apa yang aku dah plan.
Misi - Gagal.
Keseluruhan - 40% okay.


Masa naik bas dari Pasir Gudang nak ke destinasi yang di tuju,aku harap sangat yang pak cik bawak bas tu terus bawak kitorang kat tempat macam ni.Tapi apa kan daya,pak cik tu dah hafal jalan.

Matematik punya hal

There is a more serious and more damaging reason why math, or at least a particular kind of math, is used in economics. This is inextricably linked with the concept of “economic man.” Economics is essentially a theory about how individuals behave. And the standard theory not only assumes that individuals are self-interested, but that they behave like some sort of supercomputer – always gathering every bit of information relevant to a decision. These individuals then make the best possible decision out of all available options. Not just a good decision, but the very best. Or, as economists like to say, optimal.

There is a whole branch of math devoted to optimal solutions: differential calculus. It is the ideal tool for a theory stating that individuals behave in a way optimal for them, given their tastes and preferences. So, for example, if you eat junk food and weigh 300 pounds as a result, or if you drink heavily and destroy your liver, or if you smoke and get cancer, hey, that’s your choice. You must have been making what you believed to be the best possible lifestyle choice for you, and calculus can prove it!


Di curi dari website adbusters...

Amacam?Lepas ni lu agak-agak ramai tak yang nak jadi pakar matematik macam abang dalam drama siri Numbers tu??

p/s: Aku dah rasa malas nak layan kerenah Dewi Cinta.Banyak hal dan masalah.Tapi aku buat-buat rilek je.Dewi Cinta ada kehidupan dia dan aku punya kehidupan aku.Masing-masing dengan kehidupan masing-masing.Tapi tu tak bermaksud kami berpisah...

Wednesday, October 21, 2009

Dance, Peter...Dance

Aku nak bercuti tapi masih tak tau nak pergi mana.Padahal besok dah start cuti.Adoyai..Aku cuma nak luangkan masa untuk diri sendiri dan dalam kepala hotak aku yang serabut ni cuma pikir,"pergi saja ke mana-mana kamu mahu pergi".

What the HELL!!

Bila di pikir-pikir balik,"ok jugak ni".

Maka,bermulalah kisah pengembaraan yang penuh dengan kegembiraan,mungkin. Siapa tahu.Hanya Tuhan saja yang tahu semua itu.Dan kaki,bawa aku kemana saja yang kau hendak pergi.Aku akan ikut segala kemahuan kau kali ni.


Mungkinkah aku akan sampai di sini?Siapa tahu...


atau berjalan seperti perempuan itu...


atau mungkin duduk di tempat lelaki itu...MUNGKIN.

p/s : Aku saje tak nak ajak Dewi Cinta pergi bercuti.Sebab hari tu aku dah bawak Dewi Cinta jalan-jalan.Pergi meronda-ronda.Sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Monday, October 19, 2009

BENCI....

List BENCI aku untuk entri kali ni...

1) Aku dah mula BENCI pada benda di sekeliling aku.

2) Aku BENCI pada orang yang cakap-tak-serupa-bikin.

3) Aku BENCI pada orang yang tak percaya pada aku.

4) Aku BENCI pada orang yang tanya soalan tapi aku rasa soalan tu dia boleh jawab sendiri.

5) Aku BENCI bila orang berbual pasal nak beli kereta(memang,sebab gua tak mampu nak beli kereta).

6) Aku BENCI bila orang mula mendesak untuk lakukan sesuatu.

7) Aku BENCI pada dunia yang kejam.

8) Ak BENCI pada diri sendiri.

9) Aku BENCI pada hidup ini - Life Sucks!!

10) Aku BENCI segala-galanya.

[Titik]



Dewi Cinta cakap,perempuan dalam band ni adalah ikon "Wanita Rebel" masa kini. Tapi aku cakap band ni hanyalah band pop. Dewi Cinta balas balik,"ingat band main pop,lagu catchy-catchy sket tak rebel ke?".

Aku hanya mampu senyum di sebalik kata-kata Dewi Cinta.

Thursday, October 15, 2009

SALUN EKSOTIKATA

"Tanpa sebuah sajak, seorang anak manusia masih tetap boleh hidup sebagaimana layaknya seorang yang bergelar manusia. Masih tetap boleh dan berhak untuk bersantai bersama keluarga, mengencani kekasih, melepaskan syahwatnya sendiri, menjadi politikus yang licik, menjadi ahli perniagaan paling lihai atau apa sahaja yang diingini serta untuk dan atas segala apa yang diniat dan kehendaknya sendiri.
Tanpa menulis, menerbit dan membaca sajak seorang anak manusia masih tetap bergelar seorang manusia dan kerana inijuga dirinya bukanlah seekor lembu, pedati atau kereta kebal....

Kita memang tidak selalu sempurna dan akan terus belajar berbenah diri."

Petikan di ambil dari buku Salun Eksotika-ta...


Aku dah beli buku ni.Lu orang bila lagi?

p/s : Aku dengan Dewi Cinta macam biasa,cuma semenjak-dua-menjak ni aku selalu ajak Dewi Cinta berbual.Berbual tentang kehidupan,tentang aku dan juga tentang Dewi Cinta...

Sunday, October 11, 2009

Kena tengok ni!!

Lu dengar baik-baik apa dia cakap...



p/s: Malam tadi aku berbual panjang dengan dewi cinta....

Thursday, October 8, 2009

Selepas Se-Tahun


Sedar tak sedar,blog ni dah berusia setahun.Walaupun mula-mulanya blog ni di buat atas sebab assignment.Kalau tak sebab assignment,konpem sampai sekarang pun aku takde blog.



"Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It is a very mean and nasty place and it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't how hard you hit; it's about how hard you can get hit, and keep moving forward. How much you can take, and keep moving forward."

Cheers!!

Bila kau tak berkata apa-apa...

Flashback (3 hari lepas),

Aku duduk,rilek-rilek,main internet.Tiba-tiba aku teringat bait-bait lirik ni:

The smile on your face
Lets me know
That you need me
There's a truth
In your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall....



Lu layan je la video ni.Memang indah untuk yang sedang dilamun cinta.

p/s : bermulalah kisah hidup,aku dan dewi cinta...

Monday, October 5, 2009

Nak tulis bahan ilmiah mestilah panjang...

Dia kata,"Never be complete."

Dia kata,"Stop being perfect."

Dia sambung lagi,"Let's evolve.Let the chips fall where they may."

Aku termenung memikirkan kata-kata itu.Kemudian aku teringat satu phase ayat yang bunyinya lebih kurang macam ni,"orang yang gagal adalah orang yang gagal merancang".

What the f**k!!

Mana yang lu orang lebih suka,merancang sesuatu sebelum melakukan atau lakukan sahaja mengikut gerak hati.Let the chips fall where they may atau everything must be plan?

Aku mula yang ini dulu,everything must be plan...

Ni penting sebenarnya.Tapi apa yang lagi penting sebenarnya lu mesti punya target yang clear untuk dapat apa yang lu nak.Kalau lu sendiri tak tahu apa yang lu nak,macam mana lu nak dapat semua benda tu.Betul tak?Kalau lu tak de plan untuk diri lu sendiri,lu nak jadi apa?bagi aku satu je,"orang yang gagal adalah orang yang gagal merancang".

[,]

Let the chips fall where they may...

Yang ini ok, kalau lu pandai jaga diri lu.Lagi satu lu kena ada asas agama yang kuat,kalau takde,konpem lu akan hanyut punya.Aku pernah lalu keadaan ni.Hidup?Memang rileks.Tak de pikir banyak benda sangat.Tapi aku hanyut.Lost dalam kehidupan sendiri.

[,]

Aku rasa, kalau lu nak ikut dua-dua benda ni pun tak salah.Cuma aku rasa lagi elok lu plan lu punya hidup dulu baru let it go.Paling tak pun,lu dah ada target.Yang lain tu akan follow sendiri.Percayalah.Aku pun bukannya perfectionist.Cuma aku sentiasa belajar untuk hidup dan meneruskan hidup di bumi yang kelam ni.Brader ni pun dah pesan awal-awal dulu...


Apa yang dia pesan,"imagination is more important than knowledge".Tapi kalau knowledge tak de imaginasi akan terhad.Jadi,dua-dua ada kepentingan sendiri.Terpulang pada lu nak pikir macam mana.