Thursday, September 3, 2009

Akhirnya...

Dude,nak cakap gembira tapi aku takde lah gembira sangat.Biasa-biasa je...

Pukul 5 lebih nak dekat pukul 6,

Aku call si Arye.Tapi dia tak angkat.Dalam hati aku,nak kena budak ni.Aku call lagi.Kali ni dia angkat.Baru aku nak start cakap,dia terus potong.Cilakak punya budak.Dia ajak aku keluar teman dia nak beli barang.Aku kata ok.Aku tanya dia pukul berapa.Dia cakap dalam pukul 8 lebih atau pukul 9.

Pukul 8 lebih,

Aku baru sampai rumah.Ingat nak rilek jap,pekena baring dulu.Tengah syok dengar lagu Senapang dan Mawar(Guns n' Roses la),tiba-tiba aku dengar macam bunyi enset aku berdering.Tapi aku buat-buat tak tahu je.Sebab aku tengah melayan perasaan menyanyikan lagu band Senapang dan Mawar.Habis je satu lagu,baru aku sedar ada orang call.Aku angkat.Rupanya budak si Arye.Kacau betollah budak ni,bisik hati aku.

"Jadi tak nak teman Arye pergi Kipmart?"via sms.

Aku call si budak Arye.Aku cakap jadi.Tapi aku cakap helmet ada satu je.Aku cuba untuk mendapatkan helmet satu lagi.Tapi gagal.Aku call dia balik.Aku cakap macam tak jadi je nak teman Arye.Dari kata-kata Arye ni bunyinya macam nak merajuk.Tapi aku rilek je.Buat macam tak da apa-apa yang berlaku.

Lebih kurang pukul 9.20 malam,

Arye call aku.Dia suruh aku amek dia kat rumah kawan dia.Aku amek dia.Dia cakap sebelum naik motor,bawak motor laju-laju sikit.Kita dah lambat ni.Aku dengan pantas memandu seperti orang yang lari dari di kejar oleh Pulis-Pulis(Polis) kerana melakukan kesalahan mencabul binatang yang aku nampak di tepi jalan.

Aku dan si Arye berjaya sampai sebelum kedai-kedai di sana menutup pintu mereka.Dengan pantas kitorang terjah satu persatu kedai kat situ.Hasilnya.Pasti ada.Lepas tu,kitorang lepak di kedai Pak Cik janggut kaler putih.


Dalam pukul 11.20 malam,Aku hantar Arye balik ke rumah.Satu malam yang sangat cepat.Masa bergerak seperti 2 kali ganda lagi laju kalau nak di bandingkan dengan time nak tunggu buka puasa.

Apa-apa pun,terima kasih,Tuhan.

No comments: