Sunday, February 20, 2011

Pertubuhan Pemikir Professional

Semalam, rumah sepupu gua ada kenduri. Kenduri potong jambul dang aqiqah. Macam biasalah kalau kenduri,mesti sibuk. Dengan yang masak lain,dengan yang potong bawang lain,dengan yang basuh kupang-nya lain.Agak riuh.Cuma tak sampai tahap riuh kerja kahwin.

Nak di pendekkan cerita,gua lepak berbual dengan sorang sepupu gua ni.Sepupu gua ni belajar kat Mesir.Jadi perbualan gua dengan dia banyak berkait dengan rusuhan yang berlaku kat Mesir baru-baru ni.Gua tanya dia,"tempat kau ada rusuhan??".

"Takde.Rusuhan tu kat negeri lain,kat negeri aku takde."balas sepupu gua.

"Habis,kalau negeri lu tak kena,kenapa diorang gelabah sangat sampai nak balik?"gua mengajukan soalan yang agak killer sikit.

"Diorang rissau banduan yang terlepas.Takut banduan-banduan tu masuk rumah."balas sepupu gua ni lagi.

"Tapi aku memang respek la dengan diorang.Macam ni lah nak gulingkan pemimpin.Mula-mula buat rusuhan,lepas tu lepaskan banduan.Bila banduan dah lepas,bakar balai polis pulak.Lepas tu gulingkan kerajaan.Memang style."balas gua dengan sedikit perasaan kagum.

"A'ah..."jawab sepupu gua pendek.

"Tapi memang jihad kita,kena pilih pemimpin yang betul-betul ikut ajaran agama.Kalau pemimpin dah ajar,'kubur masing-masing' macam mana...betul tak?"soal gua.

"Betul..."balas sepupu gua ringkas.

[titik]

Saturday, February 19, 2011

Pra-kata






Cinta itu ibarat hantu,
ramai yabg bercerita tentangnya,
hanya segelintir yang bertemu...





Hahahaha...

Saturday, February 12, 2011

Bila susah,baru nak ingat

Dalam banyak-banyak watak dalam cerita Melayu zaman moden ni,ada satu watak,tiap kali teringat,konpem gelak.Watak yang buat gua ketawa bukan Adnan Sempit,tapi WAK KETARI.Siapa WAK KETARI??Lu layan dulu video kat bawah ni.



Apa yang buat gua kagum dengan Wak Ketari ni,dalam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak,dia penakut. Nampak hatu terus masuk rumah. Lari.Gua rasa masa tu ilmu dia tak banyak.Tapi dalam Jangan Pandang Belakang Congkak 2,dia jadi mahaguru,siap ada apprentice lagi.Mau gua tak kagum dengan Wak Ketari.

Gua cuba cari part video untuk Jangan Pandang Belakang Congkak,tapi gagal.Sebab gua nak suroh lu orang tengok part Wak Ketari tu je.Bagi yang tak pernah tengok,lu beli dvd cetak rompak kat mana-mana kedai,lu tengok.

Bila gua tengok Jangan Pandang Belakang Congkak 2,Wak Ketari siap ada anak perempuan yang cun melecun.Tu yang tak boleh tahan tu.Kalau lu tak pernah tengok cerita ni lagi,baik lu pergi tengok sekarang.

Friday, February 11, 2011

What a f**ked-up day...

Gua bangun tidur hari ni,terus ada call masuk.Gua ingat dari customer baru yang nak apply loan,rupanya dari agent gua.Dia call gua,dia bagitau gua yang salah sorang customer gua ada masalah sikit. Dia suroh gua amek slip gaji yang baru.Dalam hati gua, baru bangun dah ada berita yang kurang baik.

Gua rilek,kena rokok 2 batang,cari tune nak pergi mandi.Gua siap-siap,cari kedai top-up,kasi top-up henset gua RM 3.Maklumlah,agent sengkek memang tak pakai bill punya.Lepas tu gua call balik gua punya customer,gua bagitau loan dia yang approved.

Gua ingatkan dia nak teruskan.Dia boleh cakap dia nak cancel loan tu. Macam nak gugur jantung gua bila dengar dia cakap nak cancel.Punya lah lama tunggu kes ni nak approved. Gua rasa dekat 2 bulan gua tunggu kes ni. Tapi nak buat macam mana,customer always right. Gua dah tak tahu nak buat apa dah. Dengan kes gua ada lagi satu yang reject. Memang teruk la nampaknya.

Tapi nak buat macam mana,inilah dinamakan sandiwara dunia...

Sunday, February 6, 2011

Post-Chinese New Year

Petang ahad bagi gua adalah masa-masa untuk rilek dan santai-santai.Tiada aktiviti yang berat-berat.Bak kata orang Sabah,

"Steady dirimu bah..."

Dalam pada rilek-rilek tu,kene ingat jugak besok Isnin.Jangan sampai kene penyakit "Monday Blues".Penyakit paling berbahaya dikesan pada abad ini selain penyakit "mim".

Mulakan hari Isnin dengan penuh semangat.Ingat ayat pemangkin semangat untuk hari ini,

"Steady dirimu bah..."

Friday, February 4, 2011

Fernando Torres pindah Chelsea,tak semestinya Chelsea power gile...

Flashback,hari Selasa lepas.

Ada sorang kutu call,"jom ar turun,layan kan gua.Kita jadi orang muda hari ni.""Lu tunggu kejap,gua nak pergi collect document kat client gua dulu.Dalam 15 minit gua sampai."bagitau gua.

Setel semua kerja gua,gua terus jumpa kutu ni.Mula-mula dia nak ajak gua tengok wayang cerita The Rite.Memandangkan cerita ni takde kat wayang hari tu,gua dan kutu ni amek keputusan untuk lepak-lepak sambil pekena Espresso.



Rupanya cerita ni belum keluar lagi da...

Sambung balik cerita,tengah gua syok layan kopi,gua terdengar satu lagu.Tapi lagu ni gua hanya dengar dalam versi rock.Gua tak pernah dengar dalam versi yang agak santai.Lagu apa?Lu klik lagu kat bawah ni.



Gua pernah dengar versi dari kugiran NOFX.Ni first time gua dengar versi rilek-rilek-santai.Tapi lagu ni memang rilek.Jadi,layan je lagu ni.

Peace.

Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year



Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.Kecuali kalau lu rabun.Hahahaha.