Friday, August 28, 2009

Puasa aku masih full lagi

Malam tadi lepas balik dari kerja,aku terus bukak laptop.

Laptop dah dekat sebulan tak siap-siap format.

Sejak kebelakangan ni aku agak sibuk,dude...betul!!!

Tak pe...tak payah format dulu...aku ingat hujung minggu ni baru aku format laptop tu.

Sebab aku nak dengar lagu.


Lagu yang aku bukak malam tadi:

1) Bonjovi - Living On A Prayer
2) Guns n' Roses - Paradise City
3) Iron Maiden - The Trooper
4) Joan Jett - I Love Rock n Roll
5) Led Zeppelin - Immigrant Song
6) Mr Big - Wild World
7) Rolling Stones - Paint It Black

Lagu ni terus dan terus di mainkan.Aku dengar...tertidur...bangun untuk sahur...dan tidur semula dengan lagu-lagu ni.Tidur aku ditemani dengan bunyi-bunyian daripada rockers-rockers yang tidak akan di lupakan.

Terima kasih,Rock n Roll.

Tuesday, August 25, 2009

Aku masih di sini....



Kehidupan masih sama...tiada beza,kecuali bulan puasa kita tidak di benarkan makan di siang hari...masa untuk berehat...merehatkan perut,otot-otot perut dan semua yang bersangkut paut dengannya...

Flashback,

Aku mengajak si Arye lepak..dia suroh tunggu...aku tunggu...dalam 5 minit aku text Arye ni...

"Kat mane?" sms aku.

"Kat rumah member...jap ea.." balas dia.

Aku dah macam malas nak tunggu..aku pekena baring depan tv...tengok tv3..cerita "Fight Back To School 3"...Stephen Chow tu...aku khayal...

Tengah aku syok layan cerita abang Stephen Chow ni,tiba-tiba budak Arye ni call...aku jawab...bla..bla..bla(perbualan yang memang tak penting pun)...sebenarnya Arye ni call sebab tak dapat nak lepak(aku dah agak dah dari awal,cilakak..)...tapi takpe...abang Stephen Chow ni ade...aku tengok cerita ni sampai habis walaupun aku rasa aku dah tengok cerita ni banyak kali...Titik.

Lepas berbuka hari ni,

Aku ingat nak pergi umah Isam...dia cakap ada projek baik punya malam ni...

"Projek baik mana boleh buat siang-siang..."terang Isam.

"Ok...lepas buka,aku terus gerak pergi sane..."balas aku.

Lu tunggu Isam...lepas buka nanti...aku orang first ketuk pintu rumah lu...aku ingat lepas kasi gegar rumah Isam,aku ingat nak ajak Arye ni lepak...

p/s: lu orang try bukak link ni... Jangan bukak kalau lu orang puasa hari ni...

Monday, August 24, 2009

Aku tak makan pagi...patutlah lapar...



Benda-benda yang aku tak boleh tinggal bulan puasa kali ni...tapi majalah tu sebenarnya,buat menambah perisa je...majalah tu pun bukannya aku punya...Sumpah!!!

Koma,

Lu orang tunggu je lah...tak lama lagi,sebelah gitar Kapok tu akan ada satu lagi gitar...gitar apa...tu aku tak nak bagi tau...tapi sememangnya gitar yang memerlukan arus elektrik untuk mengeluarkan bunyi yang bingit...baru Rock n' Roll...

Titik.

Aku dah mula nak tampal gambar mountain bike kat dalam bilik aku...sebab..."Imagination more power than knowledge"...tu bukan aku cakap dude...tapi brader Albert Einstein yang cakap macam tu...

p/s: harga mountain bike tu sama dengan harga kete Viva sebijik...jadi lu orang pikir-pikirkan lah...

Friday, August 21, 2009

Puasa jang oi....



Selamat Bepuasa,dude...

Wednesday, August 19, 2009

Gila la diorang ni...



Benda ni aku jumpa kat lelong.com.my...dalam kepala otak aku yang berserabut ni hanya terfikir satu benda je...BENDA MACAM NI PUN DIORANG ADA JUAL..GILA ARGH...

Tapi aku tak puas hati dengan orang yang jual MC ni...bukan tak puas hati pasal dia ni mengeksploitasi MC untuk dijadikan bahan lelongan ke apa...tapi MC yang dia jual ni ada satu je...lain kali nak jual biarlah banyak...ni tak...satu je...tak patut(dengan nada kecewa yang teramat sangat)...

Monday, August 17, 2009

Search dan Di Awan Biru..



Entri ni aku tujukan khas untuk brader-brader Search...

Perbualan dengan seorang brader ni yang aku syak mesti rockers jugak...perbualan kami banyak mengisahkan mengenai konsert Search "Di Awan Biru"...brader ni ternyata kecewa bila konsert "Di Awan Biru" di Sarawak dibatalkan...aku??kecewa sebab tak dapat tengok diorang kat JB...masa tu aku tengah exam...nak buat macam mana...

Tapi rata-rata kipas-susah-mati Search mesti kecewa dengan konsert terakhir mereka yang berlangsung kat Kuala Lumpur...aku dah banyak baca review...MENGHAMPAKAN!!!

Untuk brader-brader Search - kalau lu orang betul-betul otai dan ada keberanian,buat konsert last kopek...yang ni kalau lu orang nak cakap last kopek pun aku tak kesah..janji mesti gempak punya..kalau tak,aku akan jerit...PULANGKAN DUIT KAMI!!!

Pc fair,H1N1 dan legaran seget...


Ni antara gambar-gambar di pc fair tahun bila punya,aku pun tak tahu...sebenarnya aku nak tunjuk gambar kesesakan yang berlaku di pc fair...maklumlah..first time pergi dan beli di pc fair...bukan sekadar jalan-jalan,dude...di tambah pulak dengan penyebaran penyakit H1N1...maka lebih dari 70 peratus pengunjung memakai topeng muka...pc fair,seperti biasa...tetap meriah...



Kotor,bau busuk merupakan persepsi setiap orang yang lalu di sungai seget...tapi tu cerita lama...sekarang ni dah lain...dah tak macam dulu...kira lagi ok la...sumpah...kalau lu orang x percaya,cuba pergi sana...agak menarik...tapi aku rasa lagi menarik kalau datang sebelah malam...


lu orang try tengok gambar ni...kalau lu orang boleh teka perasaan dia,lu orang memang terer...aku malas nak gambarkan perasaan mamat ni...lu orang teka sendiri la...

Saturday, August 15, 2009

Aku tengok gambar ni,teringat...



Klasik gile gambar ni...dah macam panglima zaman Kesultanan Melayu Melaka...okay2...serius ni...

Gambar yang di ambil sebelum xpdc mencari dan menyelamat seekor ikan paus pembunuh di Gunung Dato'...xpdc yang disertai oleh pesakit-pesakit dari Unit Integrasi Tahanan Mental, Segamat...

Aku rasa diorang ni betul2 punya sakit...ada ke nak cari ikan paus pembunuh kat Gunung Dato'...kepala hotak hang!!!

Kenapa aku ikut??aku sebenarnya nak menikmati panorama dari puncak gunung...yang lain aku tak kesah...titt..

Thursday, August 13, 2009

Benda ni dah makin serius da...



Mood: Sedih pada mangsa-mangsa yang terkorban, marah tahap maksima pada Amerika dan Israel(sial korang).

Aku dah tak tahu nak cakap apa...penyakit ni dah mengorbankan lagi seorang mangsanya di tempat kerja aku...risau??aku dah tak tahu nak risau macam mana lagi..

Apa-apa pun mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban...

Al-Fatihah...

Wednesday, August 12, 2009

YES! YES! YES!

To my 'selected' strange-minded friends:

If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the Person that sent it to you with 'yes' in the subject line.


--------------------------------------------------------------------------------


Only great minds can read this
This is weird, but
interesting!

fi yuo cna
raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe
out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht
I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch
at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod
are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rgh it
pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm.
Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the
wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
if you can raed tihs forwrad it

p/s: benda senang macam ni takkan lu orang semua tak boleh baca...aku??aku dah baca dah...ok je...lu orang try la baca benda alah ni...

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Sebenarnya benda ni bukan aku tulis pun...korang tak payah pening kepala pikir sape yang tulis benda ni...korang layan je...

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja.... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

Tuesday, August 11, 2009

Apa benda ni??



Sumpah,dude...ni bukan aku punya...tapi aku rasa aku tahu benda ni sapa punya...

Aku tak tahu kenapa diorang nak sokong sangat dengan Tan Sri yang sorang ni...tapi aku peduli ape...



Gambar kat atas yang korang tengok ni antara koleksi gambar matahari terbenam yang aku rasa terbaik sepanjang menggunakan enset yang aku rasa macam nak kena hempas je...

Friday, August 7, 2009

Aku dah mula suka pada...

"Bos,apa macam...ada bagus.."tegur aku kepada seorang yang aku syak berjawatan sebagai jurutera.

"Bagus-bagus...tuan apa macam...awal sampai..."balas jurutera ni.

"Tak da la...baru je sampai ..."aku jawab ringkas.

Mode perbualan ringkas yang di gunakan pada waktu pagi.Koma.



Gambar atas ni aku letak sebab aku dah tak dapat tengok lagi cerita Sinetron Upik, Abu dan Laura kat tv3 pukul 2.30 petang..Sumpah,dude...Aku tengok cerita ni...Koma.

Kalau la aku dapat awek lawa macam ni...Ishh..Isshh..Ishhh..memang gila ah...boleh ribut satu kampung...tu baru jadi awek,kalau jadi bini...perghhhh..aku dah malas nak pikir..Titik.

Wednesday, August 5, 2009

Bangun pagi, gosok gigi da...

Bunyi-bunyian malar segar untuk hari ini..

1) Aerosmith:

- Crazy
- Crying
- Dream On
- Dude Looks Like A Lady
- I Don't Want to Miss A Thing
- Livin On The Edge
- Love Hurts
- Rag Doll

2) Lagu jiwang sampai nak menangis kalau dengar:

Celine Dion - My heart will go on
Richard Marx - Right here waiting for you
Micheal Jackson - You are not alone

3) Indon mali(dah ni yg tertulis kat playlist aku,nak buat macam mane..):

Kangen Band - Kembali Pulang
Wali Band - Cari jodoh

Biarpun list bunyi-bunyian aku untuk hari ni tak begitu Rock,tapi...aku suka...yang penting dalam list bunyi-bunyian aku mesti ada yang rock n roll...Aerosmith rock n roll jugak pe...

p/s: aku bukannya ikut trend sangat bab bunyi-bunyian ni...apa yang aku dengar...sedap...maka masuklah dalam list bunyi-bunyian aku..tapi yang penting mesti ada lagu rock dalam list..sebab kite mesti rockin' sentiasa...

Monday, August 3, 2009

13 angka berhantu...kepala hotak kau!!!

"Jika anda melancong ke Amerika Syarikat atau Kanada, mungkin anda akan berasa pelik kerana salah satu nombor pada butang lif bangunan seolah-olah hilang.

Nombor 10,11 dan 12 ada tetapi kemudian terus melompat ke angka 14. Ke mana menghilangnya nombor tingkat 13.

Menurut laman sesawang National Geographic, angka 13 dipercayai membawa sial, disumpah dan berhantu. Malah ia akan membawa malang atau maut kepada mereka yang menggunakannya."


ni adalah petikan dari Kosmo yang bertarikh 2 Ogos 2009...aku malas nak cerita pasal benda ni...kalau korang nak percaya...terserah...aku tak campur...masing-masing ada kepercayaan masing-masing...tu kita tak boleh kacau...

Tapi yang aku pelik,diorang ni dah tak de modal lain ke nak tulis dalam paper...tulis la cerita pasal kejayaan rakyat Malaysia ke...ni tak...balik-balik cerita pasal artis cerai-berai...artis buat pembedahan...tu yang kadang-kadang aku malas nak baca paper...Sucks!!!

p/s : nasihat aku kepada peminat-peminat majalah hiburan...baik korang beli paper dari beli majalah hiburan...macam-macam ada...